omniture

Xbox Reka Konsol Xbox One S Unik Diinspirasi Paul Walker raih dana untuk Reach Out WorldWide Paul Walker

Xbox
2017-09-28 01:25 907

LOS ANGELES, 28 September 2017 /PRNewswire/ -- Hanya sebilangan kecil francais filem yang lebih berjaya berbanding 'Fast and Furious' dan untuk memperingati kejayaan ini, Xbox telah menghasilkan konsol Xbox One S khas yang meniru kereta pertama Paul Walker dalam The Fast and the Furious. Konsol unik ini mempunyai reka bentuk berwarna hijau terang dan biru yang sama seperti mana kereta yang digunakan dalam babak awal dan juga dalam perlumbaan pertama antara Vin Diesel dan Paul Walker.  

Vin Diesel with the Paul Walker Inspired Xbox One S Console to be raffled off on Sunday, October 1 during Reach Out WorldWide’s  livestream charity event, Game4Paul on Mixer.com/xbox
Vin Diesel with the Paul Walker Inspired Xbox One S Console to be raffled off on Sunday, October 1 during Reach Out WorldWide’s livestream charity event, Game4Paul on Mixer.com/xbox

Konsol ini merupakan koleksi memorabilia sebenar bukan sahaja untuk peminat francais filem tersebut, tetapi juga untuk peminat Xbox, dan ditandatangani oleh beberapa teman rapat Paul Walker serta para pelakon termasuk Vin Diesel, Tyrese Gibson, Cody Walker, abang Paul Walker, dan ramai lagi.

Seorang peminat akan berpeluang untuk memiliki konsol khas ini memandangkan ia akan dijual secara rafel pada hari Ahad, 1 Oktober, apabila Xbox bekerjasama dengan Reach Out WorldWide (ROWW) untuk menganjurkan acara amal strim langsung tahunan kali ketiga mereka. Acara tersebut memberi penghormatan kepada Paul Walker dan semangat beliau terhadap orang ramai dan menyebarkan kebaikan. Semua hasil kutipan yang dikumpulkan daripada lelongan konsol ini akan disumbangkan terus kepada ROWW, badan bukan untung bantuan bencana, yang ditubuhkan oleh Paul Walker, dengan tujuan untuk memberikan bantuan yang pantas dan cekap kepada mereka yang paling memerlukan dalam keadaan kekacauan selepas dilanda bencana alam. Tiket-tiket jualan secara rafel boleh dibeli sekarang di www.game4paul.com.

"Saya sukakan idea Xbox yang kembali kepada saat permulaan pertama untuk Paul dan The Fast and the Furious menerusi reka bentuk konsol khas yang hebat ini," kata Cody Walker, abang Paul dan Ketua Pegawai Eksekutif Reach Out WorldWide. "Penerusan segala usaha ROWW amat penting dan kami amat menghargai usaha Xbox menghasilkan Xbox One S ini dan menjualnya secara rafel sebagai sebahagian daripada strim langsung Game4Paul kami."

"Keluarga Xbox kami amat berbangga dapat memainkan peranan yang amat kecil bagi memperingati kerjaya hebat Paul serta titik peluhnya bersama ROWW," kata Aaron Greenberg, Pengurus Besar Pemasaran Permainan di Xbox. "Pasukan ini bersungguh-sungguh memikirkan reka bentuk konsol khas ini dan kami berasa teruja dapat memberi penghormatan kepada watak Paul yang tidak dapat dilupakan dalam Fast and Furious."

Para peminat yang ingin mengambil bahagian dalam jualan secara rafel atau sesiapa yang ingin memberi sokongan kepada ROWW boleh menyumbang dan menonton Game4Paul secara langsung di www.game4paul.com, dan melalui Mixer Xbox ChannelTwitch Xbox Channel serta Halaman Facebook Cody Walker.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/562441/Xbox_Vin_Diesel_Paul_Walker_Xbox_Console.jpg

 

Source: Xbox
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Corporate Social Responsibility