NEW YORK, 28 September 2017 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality, diasaskan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, telah menyaksikan pertumbuhan luar biasa yang merangkumi lima benua; kini Nobu Hotels gembira untuk mengumumkan pelancarannya ke Amerika Selatan.
Dengan mencerminkan penawaran terasnya daripada jenama gaya hidup mewah, pelancaran menarik ini ke Amerika Selatan akan menjadi gabungan bersepadu Hotel, Kediaman dan Restoran Nobu di São Paulo, Brazil. Merangkumi keseimbangan aspirasi perniagaan dan gaya hidup, hartanah Nobu Hospitality yang pertama di Amerika Selatan akan dibuka di daerah Wall Street São Paulo.
Hotel Nobu São Paulo tidak hanya menawarkan hidangan gastronomi yang menjadi tarikan di Nobu terus ke bilik tetamu tetapi juga terdapat bar dan kolam renang di atas bumbung, ruang acara, pusat kecergasan dan kesihatan serta 15,000 meter persegi Kediaman Nobu yang eksklusif. Ini akan menjadi projek Kediaman Nobu eksklusif kedua berikutan perancangan, pelancaran dan penjualan Kediaman Nobu Toronto yang berjaya. Hotel Nobu São Paulo sedang dikendalikan di bawah perjanjian pemilikan dengan Ester Endo, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Address Consulting and Associates dan Fabiano Barletta, Rakan kongsi Perdagangan.
Untuk keterangan lanjut untuk Nobu Hotels, sila layari http://www.nobuhotels.com/
Untuk keterangan lanjut untuk Address Consulting, sila layari www.addressconsulting.com.br
Latar Belakang Nobu Hospitality
Dinamakan salah satu daripada 25 Jenama Paling Inovatif mewah oleh Laporan Robb, Nobu Hospitality digolongkan dalam pilihan elit jenama mewah global. Pertumbuhan semulajadi hospitaliti Nobu yang dibina atas perkhidmatan, imej, dan reputasi, menawarkan spektrum pengurusan hotel dan restoran yang lengkap untuk projek unik di seluruh dunia. Ditubuhkan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, dengan operasi yang merangkumi lima benua, jenama Nobu berkembang dengan baik di ibu-ibu negara dunia sebagai pengalaman gaya hidup destinasi terunggul. Hotel Nobu yang pertama dibuka pada tahun 2013 sebagai hotel butik dalam Caesars Palace Las Vegas dan kemudiannya dinamakan salah sebuah Hotel Baharu Paling Hangat oleh CNN Travel, kedudukanTeratas Pembukaan Hotel Amerika Utara oleh Luxury Travel Advisor dan seterusnya penerima Anugerah Kecemerlangan Luxury Travel Advisor. Hotel Nobu City of Dreams Manila dibuka pada tahun 2014, Hotel Nobu Miami Beach pada 2016 dan Nobu Ryokan Malibu, Hotel Nobu Shoreditch London, Hotel Nobu Ibiza Bay telah dibuka pada 2017. Hotel Nobu lain sedang dibangunkan di Palo Alto, Marbella, Riyadh, Los Cabos, Chicago, Barcelona, Toronto, dan Bahrain.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/561588/Nobu_Hospitality_Sao_Paulo.jpg