omniture

Kumpulan Pemegang Nota Global A&T yang Menolak Meterai Perjanjian Rasmi Sekat Cadangan Penstrukturan Semula Global A&T

Marble Ridge Capital LP
2017-09-28 13:01 1224

NEW YORK, 28 September 2017 /PRNewswire/ -- Kumpulan Pemegang Nota Global A&T yang Menolak ("Pemegang Nota yang Menolak," juga dikenali sebagai "Dechert Group"), melaksanakan perjanjian yang menentang cadangan penstrukturan semula Global A&T, dengan ini menyekat keupayaan Syarikat untuk mendapatkan kelulusan pemegang notis yang diperlukan untuk cadangan tersebut, iaitu 1/3 sokongan pemegang notis, daripada 10% Notis Bercagar Senior Syarikat sebelum tahun 2019. Laporan media menunjukkan Global A&T berhasrat untuk memulakan permohonan kebenaran untuk cadangan penstrukturan semulanya, namun begitu, berdasarkan penentangan rasmi Pemegang Notis Penolakan, permohonan berkenaan tidak akan mendapat sokongan Pemegang Notis yang diperlukan dan dengan itu dianggap gagal.

Sehubungan itu, Pemegang Nota yang Menolak menghantar surat berikut kepada lembaga pengarah Global A&T memaklumkan bahawa Global A&T tidak mendapat sokongan pemegang nota yang diperlukan terhadap cadangan tersebut dan komitmen rasmi Pemegang Nota yang Menolak untuk menyekat cadangan berkenaan.

Berikut merupakan surat Pemegang Nota yang Menolak kepada pihak Lembaga (tidak termasuk terma-terma yang dilampirkan kepada Lembaga):

26 September 2017

Lembaga Pengarah Global A&T Electronics Ltd.
d/a Kirkland & Ellis LLP
26/F Menara Gloucester, Mercu Tanda
15 Queen's Road Central
Hong Kong
Untuk Perhatian:      Neil McDonald (neil.mcdonald@kirkland.com
                              Patrick J. Nash Jr. (patrick.nash@kirkland.com)

Rujukan:  Global A&T Electronics Ltd. ("GATE")

Kepada Lembaga Pengarah GATE:

Merujuk kepada surat terdahulu saya kepada pihak tuan bertarikh 18 September 2017 ("Surat 18 September "). Setiap terma dengan awalan huruf besar yang dinyatakan dalam surat ini mempunyai maksud yang diertikan untuk terma berkenaan dalam Surat 18 September.

Sejak tarikh surat tersebut, pelanggan kami telah mengkaji semula artikel yang muncul dalam Debtwire berhubung permohonan kebenaran yang ingin dilaksanakan oleh pihak Syarikat, walau apa pun penolakan terma-terma Cadangan Transaksi oleh kira-kira 40% daripada pemegang Nota Lama. Kami sedia maklum bahawa Syarikat dan pihak berkepentingan tertentu berhasrat untuk "menguji keazaman" Dechert Noteholder Group.

Hari ini, surat ini ditulis bagi memaklumkan kepada pihak tuan bahawa keazaman Dechert Noteholder Group adalah teguh seperti sebelum ini. Ahli-ahli kumpulan tersebut yang memegang kedudukan menyekat dalam Nota Lama telah memeterai satu perjanjian penyelarasan kedua yang  telah mereka persetujui untuk menolak, tidak mengizinkan dan menentang Cadangan Transaksi dan juga tidak menyokong, mengizinkan atau menerima transaksi selain transaksi yang mengikut terma-terma yang sebelum ini dimaklumkan kepada penasihat tuan. Bagi memudahkan pihak tuan, terma-terma tersebut dilampirkan bersama-sama ini.

Keputusan untuk meneruskan hasrat permohonan kebenaran walaupun berhadapan dengan penentangan tegas daripada kira-kira 40% daripada pemegang Nota Lama memperlihatkan konflik yang berlaku dalam struktur modal Syarikat dan memberikan gambaran bahawa pihak Lembaga melakukan bidaan bagi pihak Affinity, memandangkan kedudukannya sebagai pemegang nota dan ekuiti baharu. Kami terus hairan dengan Syarikat yang berkeras mahu meneruskan transaksi yang pasti gagal. Kehendak ini sehingga ke tahap Pihak Lembaga bertindak untuk meneruskan kepentingan parokial orang dalam, ia berbuat demikian atas risiko yang ditanggung sendiri. Dengan harapan Dechert Noteholder Group akan tunduk kepada tekanan, dengan pengetahuan bahawa kumpulan berkenaan telah memeterai satu perjanjian yang menentang hasrat itu, ialah perbuatan melulu dan membazirkan sumber berharga Syarikat, satu gangguan sia-sia terhadap pasukan pengurusan yang berkualiti tinggi, dan meletakkan keteguhan kewangan syarikat dalam bahaya.

Semua hak Dechert Noteholder Group dan setiap ahlinya terpelihara dan dengan ini tiada sebarang kemasukan dirancang.

Yang benar,
Michael J. Sage

Maklumat Perhubungan Media

Pemegang Nota Awal boleh menghubungi Michael J. Sage atau Brian E. Greer di Dechert LLP, michael.sage@dechert.com dan brian.greer@dechert.com.

Untuk Marble Ridge Capital LP:

Robert Siegfried 
Kekst 
212-521-4832
robert.siegfried@kekst.com

ATAU

Luke Devlin
Kekst
1 (212) 521-4895
luke.devlin@kekst.com

 

Source: Marble Ridge Capital LP
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Telecommunications