MILAN, 29 September 2017 /PRNewswire/ -- Edison dan Venture Global Calcasieu Pass, LLC (Venture Global) memeterai satu Perjanjian Jual Beli (SPA) Gas Asli Cecair (LNG), berhubung pembelian 1 juta tan LNG setahun oleh Edison (bersamaan kira-kira 1.4 bilion meter padu gas asli setahun) daripada kemudahan eksport Calcasieu Pass LNG, yang kini dibangunkan oleh Venture Global di Cameron Parish, Louisiana, Amerika Syarikat.
Menurut SPA ini, Edison akan membeli gas atas dasar percuma atas kapal (FOB) bagi tempoh 20 tahun bermula dari tarikh operasi komersial kemudahan Calcasieu Pass, yang kini dijangka beroperasi pada tahun 2021.
Perjanjian ini akan menyumbang kepada daya saing dan kepelbagaian portfolio bekalan gas Edison, yang terus meningkatkan keupayaan Edison untuk memenuhi keperluan pelanggan Syarikat.
Edison
Edison ialah peneraju utama di Itali dan Eropah bagi perolehan, pengeluaran dan penjualan tenaga elektrik, selain penyediaan perkhidmatan tenaga dan alam sekitar, hasil sumbangan subsidiarinya Fenice dan sektor E&P. Ditubuhkan sejak lebih 130 tahun lalu, Edison telah menyumbang kepada pengelektrikan dan pembangunan Itali. Kini ia beroperasi di Itali, Eropah dan Lembangan Mediterranean, serta menggaji 5,000 kakitangan. Dalam sektor penjanaan kuasa, Edison mempunyai loji-loji kuasa dengan jumlah kapasiti sebanyak 6.5 GW. www.edison.it
Edison mencakupi kira-kira 20% daripada import gas Itali melalui perjanjian-perjanjian jangka panjang bagi tujuan pembelian 14.4 bilion meter padu gas setahun (2 bilion daripada Algeria, 4 bilion daripada Libya, 6.4 bilion daripada Qatar dan 2 bilion daripada Rusia).
Venture Global LNG
Venture Global LNG merancang untuk menjadi pengeluar LNG berkos rendah dalam tempoh jangka panjang daripada lembangan pengeluaran gas asli di Amerika Syarikat. Venture Global kini membangunkan terminal eksport LNG di Calcasieu Pass dan Plaquemines, yang berjumlah 30 MTPA kapasiti papan nama jangkaan. Maklumat lanjut boleh ditemui di www.venturegloballng.com.