![]() |
Kemas kini termasuk pemacu Eternet Keyence KV, penambahbaikan API Konfigurasi dan pemuatan projek jarak jauh yang selamat dengan ThingWorx®
PORTLAND, Maine, 29 September 2017 /PRNewswire/ -- Kepware®, sebuah syarikat PTC yang membangunkan perisian ketersambungan perindustrian, hari ini mengumumkan pelancaran platform ketersambungan perindustrian KEPServerEX versi 6.3. Ciri-ciri peningkatan utama termasuk fungsi Cipta, Baca, Kemas Kini dan Padam (CRUD) yang dipertingkat untuk API Konfigurasi, fungsi penyegerakan masa baharu untuk pemacu dengan keupayaan Pengukuran Aliran Elektronik (EFM), pemacu Eternet Keyence KV baharu dan pemuatan projek jarak jauh melalui Platform IoT ThingWorx®.
"KEPServerEX versi 6.3 ialah satu lagi pengemaskinian strategik kepada penyelesaian kami yang utama dalam industri, dengan tumpuan untuk menjimatkan masa pengguna, menyelaraskan proses dan meningkatkan keupayaan penyesuaian projek mereka," kata Jeff Bates, Pengurus Produk Kepware. "Keluaran ini akan memberikan pengguna dengan lebih kawalan terhadap projek-projek mereka, meskipun apabila terhubung secara jarak jauh. Menerusi versi 6.3 ini, kami turut menambah pemacu baharu ke dalam portfolio kami yang utama dalam industri."
Turut disertakan dalam keluaran 6.3 ini ialah pemacu Eternet Keyence KV baharu, yang membolehkan pengguna KEYENCE PLC menghubungkan PLC siri KV dengan mudah dan andal kepada pelbagai peranti serta aplikasi perisian, termasuk pelanggan OPC dan juga penyelesaian IoT. KEYENCE PLC amat popular di Jepun manakala pemacu Eternet Keyence KV baharu daripada Kepware diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun untuk terus meningkatkan kebolehcapaiannya kepada pengguna berbahasa Jepun.
Selain pemacu Eternet Keyence KV, KEPServerEX versi 6.3 turut menyertakan:
Sumber-sumber Tambahan
Latar Belakang Kepware
@Kepware ialah syarikat pembangunan perisian milik PTC Inc. yang terletak di Portland, Maine. Kepware menyediakan portfolio penyelesaian perisian untuk membantu syarikat-syarikat menghubungkan pelbagai peranti automasi dan aplikasi perisian selain menyokong Internet Komunikasi Benda Perindustrian. Dari tapak loji ke tapak telaga hingga ladang angin, Kepware berkhidmat untuk pelbagai kumpulan pelanggan dalam banyak pasaran vertikal termasuk Pembuatan, Minyak & Gas, Automasi Bangunan, Kuasa & Utiliti, dan banyak lagi. Ditubuhkan pada tahun 1995 dan kini diedarkan di lebih 100 negara, penyelesaian perisian Kepware membantu beribu-ribu syarikat menambah baik operasi dan proses membuat keputusan. Ketahui lebih lanjut di https://www.kepware.com/.
Latar Belakang PTC
PTC memiliki teknologi Internet Komunikasi Benda paling mantap di dunia. Pada tahun 1986, kami merevolusikan reka bentuk 3D digital. Kini, platform IoT dan AR terkemuka kami dan penyelesaian yang terbukti di lapangan menyatukan dunia fizikal dan digital untuk mencipta semula cara anda mencipta, mengendali dan menservis produk. Dengan PTC, pengeluar bertaraf global dan ekosistem rakan kongsi serta pembangun dapat memanfaatkan jaminan IoT masa kini dan memacu masa depan berinovasi.
PTC, logo PTC, Kepware dan logo Kepware ialah tanda dagangan berdaftar PTC Inc. atau subsidiarinya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Maklumat Perhubungan Media
Torey Penrod-Cambra
Kepware
+1 (207) 775-1660
tpenrodcambra@ptc.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/563220/kepware_logo.jpg