![]() |
![]() |
Seabras-1 Seaborn dan Sistem Kabel Dasar Laut AEConnect Aqua Comms Kini Saling Hubung Wujudkan Laluan Terkini Antara São Paulo dan London
BOSTON dan DUBLIN, 1 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Seaborn Networks ("Seaborn"), pemilik-pengendali bagi rangkaian gentian dasar laut paling terus antara São Paulo dan New York, serta Aqua Comms DAC ("Aqua Comms"), pengendali bagi rangkaian gentian optik dasar laut yang pertama khusus untuk Ireland yang saling menghubungkan New York, Dublin dan London, hari ini mengumumkan pemeteraian perkongsian strategik untuk menyediakan laluan dasar laut generasi seterusnya yang baharu antara Amerika Selatan dan Eropah. Sistem kabel dasar laut Seabras-1 Seaborn kini saling menghubungkan secara terus dengan rangkaian kabel dasar laut America-Europe Connect-1 (AEConnect) Aqua Comms. Penawaran ini disediakan eksklusif melalui Seaborn dan Aqua Comms.
Seabras-1 Seaborn menyediakan laluan terpantas antara kawasan metropolitan New York-New Jersey dan São Paulo. AEConnect Aqua Comms memberikan laluan terbaharu dan paling terus antara New York dan London melalui Dublin. Kedua-dua sistem kabel dasar laut ini akan saling terhubung di Secaucus, New Jersey, iaitu di lokasi pusat operasi rangkaian utama Seaborn. Kedua-dua Seaborn dan Aqua Comms menawarkan angkut balik yang pelbagai dari segi geografi serta berbagai-bagai lokasi Titik Kehadiran (PoP) di kawasan-kawasan metropolitan berkaitan lokasi-lokasi pendaratan mereka.
Pelanggan akan berpeluang untuk membuat kontrak sama ada melalui Seaborn atau Aqua Comms untuk mendapatkan manfaat penuh daripada gabungan laluan Amerika Selatan ke Eropah ini.
Perkongsian strategik ini menawarkan pelbagai faedah untuk pelanggan, termasuk:
"Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Aqua Comms untuk menawarkan laluan yang belum pernah disediakan dari Eropah ke Amerika Selatan," kata Larry Schwartz, Ketua Pegawai Eksekutif, Seaborn Networks. "Organisasi-organisasi kami merupakan pengendali sealiran yang mempunyai pandangan sama tentang cara untuk menawarkan penyelesaian terbaik dalam kategori bagi syarikat telekomunikasi, penyedia kandungan, ISP, kerajaan dan juga perusahaan."
"Aqua Comms dan Seaborn mempunyai warisan dan etos yang sama dalam usaha menyediakan penyelesaian ketersambungan yang inovatif, anjal dan andal dengan cekap untuk pasaran telekomunikasi Atlantik," ujar Nigel Bayliff, Ketua Pegawai Eksekutif, Aqua Comms. "Kami pakar dalam membangunkan, membina dan mengendalikan sistem kabel dasar laut yang moden serta sofistikated, dan jalinan kerjasama ini akan membantu kami menyediakan pelanggan dengan faedah daripada gabungan kedua-dua rangkaian."
Perkongsian strategik antara Seaborn dan Aqua Comms juga berkaitan dengan sistem dan cawangan masa depan, yang bleh dibangunkan dan dikendalikan oleh satu pihak, dan dengan yang demikian menawarkan keanjalan maksimum untuk pelanggan masing-masing bagi setiap pengendali.
Untuk maklumat lanjut tentang Seaborn Networks, layari www.seabornnetworks.com.
Untuk maklumat lanjut tentang Aqua Comms, layari www.aquacomms.com/ atau e-melkan kepada media@aquacomms.com.
Latar Belakang Seaborn Networks
Seaborn Networks ialah pembangun-pemilik-pengendali utama bagi sistem kabel gentian optik dasar laut bebas, termasuk Seabras-1 antara New York dan São Paulo serta ARBR antara São Paulo dan Buenos Aires (dijangka mula beroperasi pada Suku Keempat Tahun 2018). Seaborn diasaskan oleh para eksekutif kabel dasar laut yang berjaya yang mempunyai pengalaman dalam mereka bentuk, membangunkan dan mengendalikan banyak rangkaian dasar laut serta darat yang terbesar di dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Seaborn Networks dan sistem kabel dasar laut Brazil – AS baharunya, Seabras-1, layari www.seabornnetworks.com.
Latar Belakang Aqua Comms DAC
Aqua Comms DAC ialah pemilik dan pengendali kabel rentas Atlantik AEConnect dan kabel Laut Ireland CeltixConnect, dan telah ditubuhkan dengan visi untuk membangunkan, memperoleh atau menggabungkan rangkaian kabel gentian optik dasar laut bagi menyediakan penyelesaian rangkaian kapasiti untuk media global, penyedia kandungan dan juga syarikat IT. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Aqua Comms dan sistem kabel dasar laut rentas Atlantik baharunya, AEConnect, layari www.AquaComms.com.
Maklumat Perhubungan Media:
Kate Wilson, Seaborn Networks
No. Telefon: +1 978 471 3169
E-mel: kate.wilson@seabornnetworks.com
iMiller Public Relations untuk Aqua Comms
Tel: +1 866 307 2510
pr@imillerpr.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/564494/Seabras_1___Aquacomms_GE__Hi_Res.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/564518/SEABORN_LOGO_STRAPLINE_2.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/564495/Aqua_Comms_RGB__1_Logo.jpg