omniture

Kinova peroleh pembiayaan signifikan untuk melabur dalam mempercepat pertumbuhan dan inovasi syarikat

Kinova Robotics
2017-10-01 18:54 1075

BOISBRIAND, Quebec, 1 Oktober 2017 /PRNewswire/ --  Kinova ®, pereka bentuk dan pengeluar penyelesaian robotik, telah menerima dana berjumlah $25 juta CAD daripada empat penyumbang utama, termasuk pelabur utama Fonds Manufacturier Québécois S.E.C. II; pelabur bersama KTB Network Co., Ltd. (Korea Selatan) dan Foxconn (Taiwan); dan BDC Capital, syarikat pelaburan BDC (Kanada).

Kinova secures $25 million in funding to invest in accelerating the companies growth and innovation. “We want our users to achieve the extraordinary with our robots - creating more value for themselves and our society,” said Kinova CEO Charles Deguire. “The financial support, broad expertise and geographic coverage of our experienced partners gives us additional resources to accelerate our growth, quickly and strategically establish our presence in new markets, develop an extended line of breakthrough products, and propel our advanced manufacturing capabilities.”
Kinova secures $25 million in funding to invest in accelerating the companies growth and innovation. “We want our users to achieve the extraordinary with our robots - creating more value for themselves and our society,” said Kinova CEO Charles Deguire. “The financial support, broad expertise and geographic coverage of our experienced partners gives us additional resources to accelerate our growth, quickly and strategically establish our presence in new markets, develop an extended line of breakthrough products, and propel our advanced manufacturing capabilities.”

"Kami mahu pengguna kami mencapai sesuatu yang luar biasa dengan robot kami - mewujudkan lebih nilai untuk diri mereka sendiri dan masyarakat kita," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kinova Charles Deguire. "Sokongan kewangan, kepakaran luas dan liputan geografi rakan kongsi kami yang berpengalaman memberikan kami sumber tambahan untuk mempercepat pertumbuhan kami, dengan cepat dan secara strategik mewujudkan kehadiran kami dalam pasaran baharu, membangunkan produk penemuan ulung yang diperluas, dan meningkatkan keupayaan pembuatan lanjutan kami."

Bekerjasama dengan firma penasihat pelaburan Keira Capital Partners Inc., yang membantu Kinova memudahkan proses pengumpulan dana, syarikat dapat mengukuhkan sokongan utama Kanada dan antarabangsa untuk membantu ia terus membentuk masa depan yang cerah. Setiap pelabur dalam kumpulan geografi yang pelbagai ini membawa elemen pengalaman pelengkap yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan Kinova.

"Kami teruja untuk melabur dalam robotik bantuan manusia dengan peneraju dunia ini, dan berpeluang untuk berkongsi kepakaran dalam pembangunan perniagaan dan pengoptimuman operasi. Dengan berbuat demikian, kami akan dapat menyokong rancangan pertumbuhan syarikat," kata Jean Rochette dan Marc Dufresne, rakan kongsi di FMQ.

"Kami sangat kagum dalam kepimpinan dan visi Kinova dalam robotik kerjasama manusia dan bangga menyokong syarikat yang sungguh inovatif ini," kata HoChan Lee, pengarah urusan KTB Network.

"Foxconn melihat nilai strategik dalam kerjasama dengan Kinova dan sedang meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang robotik," menurut kenyataan dari Bahagian Pelaburan Korporat di Foxconn Technology Group/Hon Hai Precision Industry Co., Ltd.

"Kami berbangga menyokong Kinova, sebuah syarikat Kanada yang berinovatif tinggi dengan misi untuk menyediakan robot perkhidmatan yang mengubah kehidupan kepada orang ramai. Sokongan kewangan kami akan membolehkan pasukan muda dan dinamik ini meneruskan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, sambil membolehkan mereka merealisasikan rancangan pertumbuhan mereka yang hebat," kata Jean-Philippe Poissant, Pengarah, Pertumbuhan & Peralihan Modal di BDC Capital.

Secara kolektif, sumbangan pendanaan yang besar ini akan membolehkan Kinova — salah satu syarikat yang paling pesat berkembang di Kanada, seperti yang didokumenkan baru-baru ini oleh senarai Canadian Business's PROFIT 500  — untuk mempercepat pertumbuhannya dalam tiga bidang khusus:

Penyelidikan, pembangunan dan inovasi produk

Pelaburan ini akan membolehkan Kinova mengusahakan dan mempelopori kemajuan baharu dalam pelbagai produknya, meningkatkan lagi perjuangan untuk manusia. Dengan itu, orang ramai akan diberi peluang yang lebih baik untuk mencapai prestasi yang luar biasa melangkaui had mereka sendiri.

Sebahagian daripada strategi khusus Kinova adalah memainkan peranan utama dalam robotik perubatan, termasuk melanjutkan usaha untuk mendapatkan penerimaan teknologi baharu di pasaran yang lebih konservatif.

"Kami amat yakin bahawa teknologi dan kepakaran kami dapat membantu meningkatkan penjagaan pesakit," kata Deguire. "Kami ingin mewujudkan perkongsian dengan hospital, kerajaan dan yang lain-lain dalam industri supaya produk kami menyumbang kepada penyembuhan pesakit."

Jualan, pemasaran dan pengembangan

Pengeksportan bertanggungjawab untuk lebih dari 90% perniagaan Kinova. Untuk membekalkan dunia dengan teknologinya dengan lebih baik, langkah logik seterusnya dalam pembangunan syarikat adalah untuk terus membuka pejabat di luar Kanada, terutamanya di Asia dan Amerika Syarikat, yang menjadi lebih mudah untuk dicapai dengan adanya dana-dana ini. Baru-baru ini, Kinova menubuhkan sebuah pejabat baharu di Jerman pada awal tahun 2017.

Pembuatan lanjutan

Dengan pembiayaan baharu ini, Kinova mengharapkan untuk mempercepat penyelidikan ke atas kecekapan pengeluarannya sendiri melalui pendigitan dan perobotan operasinya. Hasrat syarikat adalah untuk mengurangkan kos pengeluarannya, sambil meningkatkan kualiti dan ketepatan masa pengeluaran, dengan membawa konsep "Kilang 4.0" ke tahap yang baharu.

Latar belakang Kinova
Kinova ialah syarikat Kanada yang beroperasi di seluruh dunia. Kinova mereka bentuk dan mengeluarkan penyelesaian robotik yang mudah digunakan, serba boleh dan, yang paling utama, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan manusia melalui penggunaan teknologi yang bertanggungjawab dan dihormati. Kinova memperkasa golongan yang hidup dengan ketidakupayaan mobiliti bahagian atas badan untuk bebas bergerak, para profesional dan universiti untuk mendorong penyelidikan mereka ke hadapan, dan para profesional penjagaan kesihatan untuk memberikan hasil yang lebih baik untuk pesakit mereka.

Latar belakang Fonds Manufacturier Québécois S.E.C. II
Dengan lebih daripada $200 juta modal dan penajaan daripada Caisse de dépôt et placement du Québec, Fonds Manufacturier Québécois membantu perniagaan pembuatan Quebec berkembang secara organik dan melalui pengambilalihan untuk mengoptimumkan prestasi mereka. FMQ menggabungkan pengetahuan kewangan Caisse de dépôt dengan kemahiran operasi pengurus-pengurus yang berpengalaman. Oleh itu, kami menawarkan bantuan dan kepakaran dalam pembangunan perniagaan, pengurusan operasi dan pengurusan kewangan kepada usahawan pembuatan Quebec untuk membantu mereka merealisasikan projek mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fondsmanufacturier.com atau lawati laman LinkedIn kami.

Latar Belakang KTB Network Co., Ltd.
KTB Network ditubuhkan pada tahun 1981 sebagai syarikat Modal Teroka pertama di Korea dan merupakan pelabur teroka yang aktif di Korea, China, AS dan Kanada. Sepanjang sejarah 35 tahun KTB, syarikat ini telah melabur dalam lebih 3,000 syarikat baharu dalam sektor teknologi dan penjagaan kesihatan, dengan lebih 300 daripadanya disenaraikan dalam beberapa bursa saham, mewakili lebih 10% IPO Korea. KTB Network juga mempunyai entiti bersekutu dalam Ekuiti Persendirian, Pengurusan Aset dan Perbankan Internet, memenuhi keperluan kewangan pelbagai peringkat syarikat-syarikat.

Latar belakang Foxconn
Hon Hai Precision Industry Co., Ltd. / Foxconn Technology Group dan anak-anak syarikatnya secara khususnya terlibat dalam pembuatan, penjualan dan perkhidmatan penyambung, kelongsong, modul termal, produk komunikasi berwayar / tanpa wayar, produk optik, modul bekalan kuasa dan barisan pemasangan untuk kegunaan dalam IT, komunikasi, peralatan automotif, acuan tepat, industri automobil dan elektronik pengguna.

Latar Belakang BDC Capital
Dengan lebih daripada $ 2 bilion di bawah pengurusan, BDC Capital ialah cabang pelaburan BDC, berkhidmat sebagai rakan strategik kepada firma-firma Kanada yang paling inovatif dan berpotensi tinggi. Ia menawarkan pelbagai ekuiti, modal teroka dan pertumbuhan fleksibel, dan penyelesaian modal peralihan untuk membantu usahawan Kanada mempertingkat perniagaan mereka menjadi juara dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati bdc.ca/capital.

Latar Belakang Keira Capital Partners Inc.
Keira Capital adalah peniaga sekuriti pasaran bebas berdaftar dengan Autorité des Marchés Financiers dari Quebec. Keira memberi tumpuan kepada isu-isu transaksi syarikat-syarikat Kanada,  di peringkat nasional dan antarabangsa, dengan bantuan pasukan profesional yang inovatif, yang kesemuanya mempunyai pengalaman luas dalam transaksi perniagaan dan kewangan.

Nathalie Tremblay, Pengarah Kanan Pemasaran, 514-277-3777, media@kinova.ca

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/564095/Kinova_Robotics.jpg

 

Source: Kinova Robotics
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Health Care/Hospital Medical Equipment Economic news, trends, analysis Financing agreements