omniture

Cees van Gent Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif JF Hillebrand Group

JF Hillebrand Group
2017-10-06 00:39 1407

MAINZ, Jerman, 6 Oktober 2017/PRNewswire/--

Lembaga Penyeliaan JF Hillebrand Group telah melantik Cees van Gent untuk mengambil alih jawatan Christophe Bernand sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuatkuasa pada 1 Oktober 2017.

Pelantikan Cees van Gent sebagai Ketua Pegawai Eksekutif menandakan fasa pertumbuhan baharu bagi JF Hillebrand Group. Beliau mempunyai rekod prestasi yang kukuh dan terbukti daripada syarikat-syarikat logistik multinasional utama, antaranya pernah memegang peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, DHL Freight Germany GmbH, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Lehnkering Logistics and Services GmbH dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Van Gansewinkel Groep BV.

"Cess membawa gabungan kepakaran pengurusan yang mendalam daripada syarikat-syarikat multinasional yang terkemuka dalam pelbagai bidang seperti logistik, infrastruktur dan alam sekitar yang sepadan dengan nilai kami yang mesra kepada perkhidmatan dan mesra pelanggan," kata Christof Hillebrand, Pengerusi Lembaga Penyelia. "Perlantikan beliau menetapkan syarikat ini dalam laluan yang mengalakkan kami terutamanya untuk matlamat Pelan Perniagaan 2020 iaitu mendigitalkan pengalaman pelanggan dan inovasi perkhidmatan dengan segera."

"Ini merupakan satu penghormatan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif JF Hillebrand Group," kata Cess van Gent. "Apa yang menjadikan organisasi ini istimewa ialah budayanya yang ramah dan fleksibel, bersifat keusahawanan dan budaya desentralisasi. Dalam industri kami, syarikat ini dikenali kerana perkhidmatannya yang tiada tandingan dan itulah yang akan terus saya bina pada tahun-tahun akan datang. Dengan adanya pengalaman saya dalam membina dan memperolehi perniagaan yang lebih baik, saya berharap dapat mempercepatkan pelaksanaan visi Pelan Perniagaan 2020 meliputi penumpuan berpusatkan pelanggan dan inovasi."

Cees van Gent akan mengambil alih jawatan Christophe Bernand, yang akan kekal dalam syarikat untuk membantu peralihan ini sehingga Mac 2018. "Bagi pihak seluruh syarikat, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Christophe di atas perkhidmatan cemerlang beliau selama 35 tahun yang telah berjaya membangunkan perniagaan di seluruh empat benua dan memimpin syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan sejak tahun 2013. Di sepanjang empat tahun yang lalu, kami telah mencapai kemajuan yang besar dalam membangunkan bakat, memperbaiki strategi dan mengukuhkan prestasi perniagaan kami," kata Christof Hillebrand.

Biodata dan foto disediakan atas permintaan.

LATAR BELAKANG JF HILLEBRAND GROUP

JF Hillebrand Group adalah sebuah syarikat penyediaan perkhidmatan logistik antarabangsa yang dimiliki secara peribadi dan beroperasi dalam dua peluang pasaran khususnya Bir, Wain dan Minuman Keras (BWS) dan Perindustrian Pukal. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 90 buah negara dan bilangan pekerja seramai 2,500 orang serta menjana pendapatan sebanyak  €1.3 bilion pada tahun 2016.

 

Source: JF Hillebrand Group
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements