omniture

Telepizza Perkukuh Kehadiran di Republik Czech Setelah Ubah Kesemua Kedai Forty's Pizza Jadi Telepizza

Telepizza
2017-10-06 20:49 1519

OLOMUC, Republik Czech, 6 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

  • Mac lalu, Telepizza tandatangani Perjanjian Usaha Sama dengan Forty's Pizza, syarikat penghantaran piza terkemuka di Republik Czech. Syarikat usaha sama ini dipimpin oleh En. Jakub Šlezar, pengasas Forty's Pizza
  • Rancangan Telepizza untuk negara tersebut termasuk 25 kedai dalam tempoh 3 tahun
  • Telepizza kini memiliki 1,440 kedai di seluruh dunia, 469 kedai sendiri (33%) dan 971 kedai francais dan francais induk (67%) 

Telepizza Group, syarikat penghantaran piza berpangkalan di luar AS yang terkemuka berdasarkan bilangan kedai, mengumumkan pembukaan 10 kedai pertamanya di Republik Czech, setelah menandatangani perjanjian usaha sama pada Mac 2017 bersama Forty's Pizza, syarikat penghantaran piza terkemuka Republik Czech. Kedai-kedai ini dirasmikan minggu ini di bandar Olomuc. Usaha sama Czech itu dipimpin oleh pemilik dan pengasas Forty's Pizza, En. Jakub Šlezar.

generated by system

generated by system

Hari ini, semua kedai Forty's Pizza menjadi kedai-kedai Telepizza, menawarkan rasa terbaik daripada jenama Sepanyol, dengan doh yang sangat baik dan bahan-bahan berkualiti tempatan terbaik, selain kepakaran dan juga rekod prestasi terbukti dalam pemasaran, teknologi, pemfrancaisan dan rantaian bekalan.

Pablo Juantegui, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Telepizza menjelaskan,"Usaha peluasan antarabangsa kami merupakan salah satu kunci kejayaan kami dan kami mengharapkan peluang perniagaan baharu demi membawakan jenama kami ke seluruh dunia. Pembukaan rangkaian di Republik Czech adalah penting untuk Telepizza, bagi memanfaatkan sepenuhnya peluang pertumbuhan ini bagi mengembangkan perniagaan pemfrancaisan kami di Eropah Tengah."

"Kami amat berbangga dengan perasmian 10 kedai pertama Republik Czech kami. Kami benar-benar yakin pelanggan kami akan menyukai produk serta perkhidmatan kami," ujar Presiden Antarabangsa Telepizza, Giorgio Minardi.

Peluasan antarabangsa, tunggak utama Telepizza 

Rancangan untuk Telepizza di Republik Czech adalah begitu bercita-cita tinggi. Ramalan syarikat termasuk beroperasi di negara tersebut menerusi 25 kedai dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Bahkan, perjanjian yang dimeterai bersama syarikat-syarikat terkemuka dalam pasaran-pasaran utama adalah bahagian penting dalam rancangan pertumbuhan antarabangsa Telepizza, berserta usaha inovasi.

"Menerusi warisannya yang mantap dan tumpuan terhadap kualiti, jenama Telepizza adalah suatu padanan sempurna buat kami. Kami berbesar hati dapat menyertai organisasi yang hebat ini dan berharap dapat memanfaatkan pengetahuan setempat kami yang luas bagi membantu mengembangkan perniagaan Telepizza di Republik Czech," ulas En. Jakub Šlezar.

Telepizza Group: 

Kami merupakan syarikat penghantaran piza di luar A.S. yang terbesar di dunia berdasarkan bilangan kedai. Beribu pejabat di Madrid, Sepanyol, Telepizza beroperasi di lebih 20 negara menerusi rangkaian kedai sendiri, penerima francais dan francais induk, dengan 1,440 kedai di seluruh dunia, termasuk 469 kedai sendiri (33%) dan 971 kedai francais dan francais induk (67%) setakat 30 Jun 2017.

Termasuk pesaing kami yang berpangkalan di A.S., kami merupakan syarikat penghantaran piza keempat terbesar di dunia dari segi bilangan kedai. Kami merupakan peneraju pasaran dalam pasaran teras kami berdasarkan bilangan kedai (nombor satu di Sepanyol, Portugal, Chile dan Colombia dan nombor dua di Poland).

Jumlah jualan dalam rangkaian kami, termasuk kedai sendiri, penerima francais dan francais induk yang direkodkan sebagai jualan rangkaian, berjumlah €541.2 juta dalam tempoh dua belas bulan berakhir pada 30 Jun 2017.

Telepizza tersenarai dalam bursa saham Barcelona, Bilbao, Madrid dan Valencia dan syernya mula didagangkan pada 27 April 2016. Jumlah syer adalah sebanyak 100,720,679.

http://www.telepizza.com
https://www.facebook.com/telepizza
https://twitter.com/telepizza_es

Hubungi:
Telepizza,
Miguel Justribó
+34-91-6576200
miguel.justribo@telepizza.com

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail