omniture

Telekom Serbia Mengubah Pengalaman Pelanggan dengan Avaya

Avaya
2017-10-09 16:59 915

DUBAI, UAE, 9 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat komunikasi terkemuka perlihat keputusan hasil inisiatif selama empat tahun

Telekom Serbia, syarikat komunikasi terkemuka negara ini, mengubah pengalaman pelanggannya untuk lebih tujuh juta pelanggan, setelah bekerjasama dengan Avaya dalam rancangan strategik empat tahun untuk menyepadukan sentuhan komunikasi yang berbeza. Setelah menunjukkan keputusan yang dramatik dalam salah satu pameran inovasi terbesar, Minggu GITEX Technology, pengendali mengumumkan ia telah menggandakan pencapaian SLA dalam perkhidmatan mudah alih dengan hampir tiada panggilan terabai setelah memanfaatkan penyelesaian dan kepakaran pusat panggilan Avaya.

generated by system

Avaya bekerjasama dengan pihak pengendali untuk melaksanakan model pengalaman pelanggan berbilang saluran yang kini menghubungkan semua pasukan Telekom Serbia dengan pandangan yang menyeluruh terhadap pelanggan. Kira-kira 430 ejen pusat hubungan di Telekom Serbia kini dapat memanfaatkan sumber kecerdasan tunggal mengenai sejarah pengguna dan analitik rangkaian, yang membolehkan mereka menyesuaikan tawaran secara proaktif mengikut pelanggan individu. Ini membolehkan pihak pengendali meningkatkan kadar kepuasan pelanggannya sebanyak hampir 16% dan mengurangkan panggilan yang terabai bagi talian tetap serta perkhidmatan sokongan teknikal sebanyak lebih 25%. Selain itu, Telekom Serbia menyediakan resolusi kali pertama kepada 32% pelanggannya – meningkat daripada hampir sifar pada tahun 2013.

"Sepanjang projek transformasi yang strategik ini, Avaya bekerjasama erat dengan Telekom Serbia selaku rakan terpercaya – mereka memahami keperluan kami dengan begitu mendalam dan komited untuk menyediakan penyelesaian yang dapat bertahan, dan bukan sekadar suit produk.  Melalui perkongsian ini, kami dapat mencapai hasil yang melebihi jangkaan kami – dan membolehkan kami melebihi jangkaan pelanggan kami. Kehadiran kami dalam GITEX ini adalah untuk menunjukkan manfaat yang berjaya kami capai melalui transformasi terhadap strategi pengalaman pelanggan kami ini bersama Avaya," kata Dejan Ognjanovic, pengurus Penjagaan Pelanggan di Telekom Srbija.  

Dengan mengubah pusat panggilannya daripada pencipta kos kepada penjana keuntungan, Telekom Serbia kini menetapkan sasarannya untuk memasuki perniagaan-perniagaan vertikal baharu seperti Perbankan Maya Mudah Alih dengan mempelbagaikan platform-platform digitalnya dengan keupayaan yang dikuasakan oleh AI dan dipacu fungsi suara.

"Dalam industri telekomunikasi yang kompetitif, para peneraju pasaran seperti Telekom Serbia berada selangkah di hadapan dengan menyediakan pengalaman pelanggan berbeza menerusi perniagaannya. Bukti kejayaan Telekom Serbia memperlihatkan sejauh mana organisasi-organisasi utama memanfaatkan pendekatan Avaya yang bersifat terbuka dan mengikut standard terhadap reka bentuk pengalaman pelanggan bagi menyepadukan teknologi baru muncul dalam dunia digital masa kini." Nidal Abou-Ltaif, Presiden, Avaya International.

Untuk maklumat lanjut tentang Avaya, sila layari http://www.avaya.com.

Source: Avaya
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Survey, Polls & Research Trade show news