omniture

Cambium Networks umum penyelesaian jalur lebar tanpa wayar baharu perluas sambungan

Cambium Networks
2017-10-10 22:00 1033

Angkut balik jarak jauh gigabit, sambungan luar bandar menjimatkan kos, Wi-Fi perusahaan letak atur pesat perluas sambungan bagi peroleh peluang baharu

ROLLING MEADOWS, Illinois, 10 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia bertaraf global yang terkemuka bagi penyelesaian rangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan penyelesaian fungsi ketersambungan baharu bagi membolehkan pengendali rangkaian memenuhi permintaan yang semakin pesat berkembang terhadap penstriman video dan daya pemprosesan tinggi. "Sambungan internet adalah penting untuk keluarga moden," kata Daryl Schoolar, Penganalisis Utama, Ovum. "Rangkaian akses tanpa wayar pihak pengendali perlu menyediakan sokongan untuk lebih daripada sekadar sambungan data berkelajuan tinggi. Rangkaian ini perlu menyokong pelbagai aplikasi pengguna dengan penstriman video sebagai satu keutamaan."

"Cambium Networks terus melabur dalam pembangunan penyelesaian fungsi ketersambungan yang dapat meluaskan dan memperkayakan rangkaian 'fabrik tanpa wayar'," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Pembangunan terkini kami menyediakan sambungan yang berpatutan dan andal bagi meluaskan fungsi ketersambungan ke kawasan-kawasan baharu dan mengagihkan isyarat kepada pelbagai lokasi dan turut menyediakan akses Wi-Fi dalam dan luar yang lengkap."

Angkut balik titik-ke-titik Gigabit
Dengan kapasiti daya pemprosesan mencecah sehingga 1.36 Gigabit, PTP 550 menyediakan kapasiti yang diperlukan oleh pengendali rangkaian untuk menghubungkan lebih ramai pelanggan dan memperoleh peluang pasaran baharu. "PTP 550 merupakan satu penyelesaian lengkap," kata Scott Imhoff, Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk di Cambium Networks. "Spektrum ialah satu komoditi penting dan keupayaan pengagregatan saluran tak simetri bukan bersebelahan dalam PTP 550 yang menggabungkan dengan cekap blok spektrum terhad bagi memberikan kapasiti yang dikehendaki oleh pengendali rangkaian termaju. Perisian LINKPlanner menyediakan penyelesaian perancangan rangkaian percuma yang disesuaikan untuk sumber yang tepat dan titik destinasi pada peta Google Earth, manakala pengoptimuman spektrum dinamik di dalamnya mendayakan pautan bagi memantau prestasi pada masa sebenar dan membuat pelarasan secara automatik demi memaksimumkan daya pemprosesan." Sila daftar bagi menghadiri webinar percuma tentang PTP 550 baharu pada 17 Oktober jam 9:00 PAGI CDT.

Sambungan pelanggan titik-ke-berbilang titik 500 Mbps
ePMP Force 300 memberikan sehingga 500 Mbps kadar data baris kepala pada nilai harga yang berpatutan. Modul pelanggan 802.11ac wave2 baharu beroperasi pada jalur frekuensi tidak berlesen 5.1-5.9 GHz dan mempunyai antena reflektor 25 dBi bagi menyokong sambungan jarak jauh. "Dengan Force 300, pengendali rangkaian boleh terus mendapat manfaat daripada platform ePMP yang terbukti dalam industri dan menyediakan sambungan berkelajuan tinggi yang berkesan kos untuk pelbagai aplikasi titik ke titik, menjadi unit pelanggan untuk rangkaian titik ke berbilang titik," kata Sakid Ahmed, Naib Presiden Perniagaan ePMP, Cambium Networks. "Dengan 1.3 juta unit dihantar setakat ini, Force 300 meneruskan usaha peluasan portfolio ePMP dan memasarkan produk 802.11AC Wave 2 pertama daripada ePMP."

Mengurangkan masa dan kos pemasangan
Menerusi berjuta-juta modul yang digunakan, Cambium Networks memasukkan input daripada juruteknik lapangan bagi membangunkan aplikasi pengesahan cnArcher™. "Kos pemasangan pelanggan mungkin merupakan kos paling ketara yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan," kata Matt Mangriotis, Pengarah Pengurusan Produk, Cambium Networks. "cnArcher ialah aplikasi telefon pintar yang mudah digunakan dan akan menyelaraskan proses pemasangan, yang membawa kepada penjimatan masa dan juga kos. Ia akan menghapuskan kesilapan demi memastikan segala kerja dibuat dengan betul pada kali pertama dan mengesahkan pemasangan semasa di tapak."

Baru-baru ini, Cambium Networks menjalankan tinjauan terhadap ISP Tanpa Wayar (WISP) dari serata dunia dan akan menerbitkan set keputusan pertama di WISPAPALOOZA, acara terunggul Amerika Utara Persatuan ISP Tanpa Wayar. Lebih 500 WISP mengambil bahagian dalam tinjauan ini dan Cambium Networks mula berkongsi keputusannya dalam satu acara Rumah Terbuka yang diadakan sempena acara tersebut.

Cambium Networks mendemonstrasi penyelesaian ini di WISPAPALOOZA di Las Vegas pada minggu ini, di reruai #249.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar dipercayai yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubungOrang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian perindustrian, perusahaan dan kerajaan membangunkan fungsi ketersambungan yang berpatutan, andal dan tinggi prestasi. Kini, syarikat mempunyai lebih tujuh juta radio digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di lebih 150 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.

Maklumat Perhubungan Media:
Sara Black
1-213-618-1501
sara@bospar.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/567755/Cambium_Networks_logo.jpg 

 

 

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Trade show news