Jurnal-jurnal akses Terbuka OMICS International kini lebih popular dan minggu akses Terbuka diraikan mulai 23-29 Oktober 2017
LONDON dan SINGAPURA, 11 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Setakat Oktober 2017, terdapat 11,000 jurnal akses Terbuka yang menerbitkan 2,322,691 artikel setiap tahun, seperti yang ditunjukkan oleh Google Scholar sebagai bukti revolusi bagi sistem penerbitan berbanding penerbitan berasaskan cetakan tradisional. Sistem penerbitan digital menyediakan akses percuma kepada maklumat saintifik berkenaan sains, teknologi dan perubatan serta laporan saintifik lain melalui teknologi didayakan Internet.
Penerbitan akses Terbuka Dalam Talian memperluas sokongan cemerlang kepada proses penerbitan tradisional keseluruhan, termasuk penyuntingan dan semakan. Sistem-sistem penerbitan akses Terbuka didayakan Teknologi berupaya menarik beberapa universiti terkenal, persatuan-persatuan saintifik, para ilmuwan dan syarikat-syarikat bebas untuk mendigitkan cara mereka menerbit dan mengarkib.
Mengulas tentang perkembangan terkini dalam forum penerbitan digital, Dr. Srinubabu Gedela, Ketua Pegawai Eksekutif OMICS International menyebutkan bahawa penerbitan saintifik akses Terbuka kini menghapuskan halangan bahasa. Sekiranya kajian saintifik diterbitkan dalam jurnal akses Terbuka, ia boleh diterjemahkan kepada pelbagai bahasa tanpa terikat kepada undang-undang hak cipta. "Industri kini berusaha menambah baik capaian walaupun ke pelosok dunia yang paling terpencil dengan maklumat saintifik yang berkesan kos, berpatutan dan percuma," tambah Dr. Gedela. "Berita palsu dan beberapa blog palsu memberi kesan kepada reputasi jurnal akses Terbuka, memandangkan berita dan blog palsu tersebut diwujudkan oleh boneka penerbit akses berbayar."
Kini, jurnal-jurnal akses Terbuka sudah mendapat rentaknya. Hampir semua penerbit terkemuka mengekalkan atau mengguna pakai dasar-dasar jurnal akses Terbuka, yang bakal menetapkan hala tuju penerbitan masa depan dan arkib penulisan. "Ini satu petanda baik," tambah Dr. Gedela. Sokongan daripada masyarakat ilmuwan, termasuk persatuan-persatuan akademik, badan-badan kerajaan, kesemua ahli komuniti saintifik yang lain semakin mencurah-curah setelah menyedari impak yang luas bagi penerbitan digital akses Terbuka.
OMICS International bersama lebih 2500 kakitangannya menjadi perintis bagi penyebaran maklumat saintifik dan penjagaan kesihatan serta turut meraikan minggu akses Terbuka. Dengan bantuan lebih 50,000 saintis berkelayakan sebagai ahli lembaga editorial, OMICS International berupaya berkembang daripada 10 jurnal pada tahun 2009 menjadi lebih 1000 jurnal berwasit setakat tahun 2017 dengan peningkatan kumpulan pembaca seramai 30 juta orang. OMICS Group turut menjalankan lebih 3,000 mesyuarat saintifik dan perubatan tahunan dengan kerjasama rakan-rakan kongsi antarabangsa.
Hubungi: contact.omics@omicsonline.org ; 650-268-9744
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/569968/OMICS_INTERNATIONAL_150X30.jpg