![]() |
PISCATAWAY, New Jersey, 11 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- IEEE, organisasi profesional teknikal yang terbesar di dunia yang dikhususkan untuk memajukan teknologi demi kepentingan manusia sejagat, hari ini mengumumkan bahawa Stephen Welby akan menjadi pengarah eksekutif dan ketua pegawai operasi (COO) , berkuat kuasa pada 2 Januari 2018.
"Stephen Welby mempunyai pengalaman dan kesungguhan untuk memimpin IEEE ke masa depan," kata Karen Bartleson, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IEEE. "Beliau ialah pemimpin dinamik dengan komitmen yang utuh kepada misi IEEE. Bekerjasama dengan Lembaga Pengarah, Stephen akan membantu memastikan IEEE diiktiraf secara universal sebagai suara komuniti teknikal global dan penyumbang penting dalam pembangunan dan pelaksanaan teknologi yang baru muncul dan disruptif. "
"Saya berbesar hati dan teruja kerana dipilih untuk menyertai IEEE sebagai pengarah eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi," ulas Welby. "IEEE ialah sebuah organisasi yang berfungsi di seluruh dunia untuk menyokong komuniti luas golongan profesional teknikal. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan kepimpinan, keahlian dan kakitangan profesional IEEE untuk meningkatkan impak global IEEE, menyokong ahli-ahli kami dan meneruskan misi IEEE."
Baru-baru ini, Welby berkhidmat sebagai penolong setiausaha pertahanan AS untuk penyelidikan dan kejuruteraan. Dalam peranan ketua pegawai teknologi untuk Jabatan Pertahanan AS, beliau mengetuai salah satu organisasi penyelidikan, pembangunan dan kejuruteraan terbesar di dunia. Pengalaman teknikal beliau termasuk pembangunan sistem penerbangan dan ruang jarak jauh, robotik, pembelajaran mesin, perisian berprestasi tinggi dan sistem sensor.
IEEE dan ahli-ahlinya menginspirasi masyarakat global untuk berinovasi demi masa depan yang lebih baik menerusi lebih 423,000 ahli di lebih 160 negara, dan penerbitan yang amat sering dipetik, persidangan, aktiviti profesional dan pendidikannya. IEEE ialah suara yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat tentang kejuruteraan, pengkomputeran dan teknologi di peringkat global. IEEE menaja lebih 1800 persidangan dan acara tahunan dan menerbitkan hampir sepertiga dari penulisan teknikal dunia dalam bidang kejuruteraan elektrik, sains komputer dan elektronik. IEEE juga merupakan pembangun piawaian antarabangsa yang termasuk standard IEEE 802® yang terkenal untuk rangkaian kawasan tempatan, metropolitan, dan lain-lain, termasuk Ethernet dan Wireless LAN (Wi-Fi®).
Latar Belakang IEEE
IEEE ialah organisasi profesional teknikal yang terbesar di dunia yang dikhususkan untuk memajukan teknologi demi kepentingan manusia sejagat. Melalui penerbitan yang amat sering dipetik, persidangan, piawaian teknologi, aktiviti profesional dan pendidikan, IEEE ialah suara yang dipercayai dalam pelbagai bidang yang terdiri daripada sistem aeroangkasa, komputer dan telekomunikasi hinggalah kepada kejuruteraan biomedikal, kuasa elektrik dan elektronik pengguna. Ketahui lebih lanjut di http://www.ieee.org
Hubungan Media:
Monika Stickel
m.stickel@ieee.org
+1-732-562-6027