omniture

Jalou Media Group Dan GEM Group Umum Pelancaran L'Officiel USA Inc.

L’Officiel USA Inc.
2017-10-11 23:45 1119

PARIS, 11 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Jalou Media Group dan GEM Group dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran L'Officiel USA Inc., memperkenalkan buat julung kalinya platform digital antarabangsa itu pada hari Isnin, 6 November dan edisi cetakan pertama pada Februari 2018. Jenama L'Officiel dimiliki oleh Jalou Media Group, sebuah kumpulan media milik keluarga yang berpangkalan di Paris dan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Benjamin Eymere.

LOFFICIELUSA.COM akan menjadi bilik berita digital yang bersepadu sepenuhnya, menawarkan pengguna dengan liputan antarabangsa berkenaan fesyen berkualiti, aksesori, seni, pelancongan dan gaya hidup. Kira-kira 40% daripada kandungan tersebut akan menumpu pada Amerika dan diterbitkan di kawasan tempatan, manakala baki 60% akan menumpu pada berita-berita antarabangsa.

Edisi-edisi cetakan L'Officiel USA, yang akan muncul di gerai-gerai akhbar pada Februari 2018, akan mencerminkan platform dalam talian serta menggabungkan semua kategori kandungan. 6 edisi cetakan akan dikeluarkan setahun, yang dijual pada harga $1 bagi setiap edisi. Setiap edisi akan mengandungi gabungan unik fesyen, seni, pelancongan dan gaya hidup untuk lelaki dan wanita. Jenama Amerika merupakan pencapaian penting untuk imej jenama ini di seluruh dunia, tatkala ia melengkapkan tawaran globalnya kepada para pembaca. Komunikasi dan pengedaran akan menumpu pada 5 bandar terkemuka Amerika dan dalam semua acara gaya hidup sepanjang tahun seperti minggu fesyen, pameran seni, festival muzik, antaranya.

Perniagaan AS akan beroperasi di luar New York dan Los Angeles. New York akan menempatkan pasukan laman sesawang dan editorial dengan 10-15 kakitangan. Pejabat Los Angeles akan bertindak sebagai platform untuk tujuan komersial dan menempatkan harta intelek iaitu artikel dan video yang berusia hampir 100 tahun melalui pembangunan kandungan asli untuk televisyen dan filem, dengan matlamat untuk menjadi Divisyen Hiburan L'Officiel USA. Pasukan AS akan turut melancarkan platform pensindiketan pihak ketiga B2B baharu untuk terus memanfaatkan tawaran kandungan global L'Officiel dan juga Jalou Media Group.

"Kami telah mengalami transformasi sejak 18 bulan lalu daripada sebuah syarikat media berusia 100 tahun kepada hab gaya hidup digital. Kami mendekati audiens yang terdiri daripada berjuta-juta penduduk di seluruh dunia dengan menghubungkan kandungan gaya hidup dipilih susun menerusi kehadiran kami dalam 30 pasaran antarabangsa dengan menjadikan L'Officiel sebagai platform yang benar-benar bersifat global." – Benjamin Eymere, Ketua Pegawai Eksekutif Jalou Media Group dan L'Officiel USA Inc.

Selain itu, L'Officiel USA melantik Joseph Akel sebagai Ketua Editor dan Pengarah Editorial. Berpangkalan di Bandar Raya New York sebelum menyertai L'Officiel, Akel merupakan Editor V dan VMAN, serta Editor bagi At Large Magazine.

"L'Officiel ialah bahan penerbitan dengan sejarah tersendiri dan menarik apabila memikirkan cara yang dapat kami lakukan untuk menterjemahkan perspektifnya, di samping turut mewujudkan visi baharu untuknya, dan bukan sekadar menghasilkan semula sesuatu yang telah sedia ada. Saya berpendapat, dalam banyak cara, syarikat ini mempamerkan keberanian kerana mengambil langkah sebegini—untuk melancarkan jenama baharu—tetapi saya turut berpendapat bahawa kita berada pada zaman yang mana budaya— iaitu budaya yang pintar, berfikiran terbuka dan berdaya kreatif—menjadi penawar penting untuk dunia di sekeliling kita." – Joseph Akel, Ketua Editor L'Officiel USA Inc.

Syarikat sudah mula membentuk Lembaga Pengarahnya, dengan melantik Chris Brown daripada GEM Group sebagai Pengerusi. Ahli-ahli lain terdiri daripada Benjamin Eymere (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan), Anthony Romano (Ketua Pegawai Keselamatan), Maria Cecilia Andretta (Naib Presiden), Nicolas Reynaud dan Patricia Landeau.

Global Emerging Markets (GEM) melabur dalam pasaran baru muncul dan pasaran antarabangsa sejak lebih 20 tahun, dan menyelesaikan 375 transaksi di 70 negara. L'Officiel USA ialah pelaburan penting untuk strategi pelaburan media yang baru dilancarkan oleh GEM, ditempatkan di pejabat-pejabat Los Angeles yang baru dibuka.

"GEM berbesar hati dapat bekerjasama dengan Jalou Media Group untuk melancarkan L'Officiel USA. L'Officiel USA memperlihatkan kemuncak penciptaan kandungan asli yang berusia hampir seabad, dikuasakan oleh pasukan editorial global dan prasarana teknologi yang mengagumkan. Kami berasa teruja dapat memanfaatkan jenama L'Officiel bagi mengkomersialkan kandungan globalnya menerusi medium hiburan baharu." – Chris Brown, Pengasas dan Pengarah GEM.

LATAR BELAKANG L'OFFICIEL

Dimiliki oleh JALOU MEDIA GROUP, jenama Perancis terkemuka ini terkenal dengan tumpuannya terhadap fesyen berkualiti tinggi dan gaya hidup mewah. Ia diedarkan di lebih 80 negara dan paling disegani dalam majalah fesyen wanita Perancis. L'OFFICIEL menerima semangat keanggunan Perancis dan bakat terbaik busana selama hampir 100 tahun. Ia kini menjadi media bagi seleksi gaya terunggul, menasihati wanita tentang cara berpakaian dan menyokong secara langsung aktiviti perniagaan fesyen antarabangsa dan jenama-jenama mewah yang dipaparkan dalam majalah. Berdasarkan kenyataan asas dalam pemilihan gaya ini, L'OFFICIEL mempunyai strategi pembangunan asing yang dinamik menerusi jaringan antarabangsa bagi edisi-edisi asing L'OFFICIEL, L'OFFICIEL Hommes, L'OFFICIEL Art serta satelit jenama lain, diterbitkan menerusi lesen oleh penerbit tempatan, usaha sama tempatan atau secara langsung oleh JALOU MEDIA GROUP. Pada tahun 2017, buat pertama kalinya, sebuah kumpulan media mencipta teknologi berpaten, LOFFICIEL.COM, rangkaian digital global pertama khusus untuk gaya hidup.

LATAR BELAKANG JALOU MEDIA GROUP  

JALOU MEDIA GROUP ialah sebuah syarikat media milik keluarga yang berpangkalan di Paris, ibu kota fesyen antarabangsa, selama hampir 100 tahun. Dipengerusikan oleh Marie-Jose Jalou, syarikat dikawal sepenuhnya oleh keluarga Jalou. Menerusi 10 majalah (L'OFFICIEL, L'OFFICIEL Hommes, L'OFFICIEL Art, L'OFFICIEL Voyage, La Revue des Montres, Jalouse, L'OFFICIEL 1000 Modèles, L'OFFICIEL Shopping, L'OFFICIEL 1000 Modèles Design, L'OFFICIEL Médecine et Chirurgie Esthetique), teknologi berpaten miliknya LOFFICIEL.COM, JALOU MEDIA GROUP berada di lebih 80 negara, dengan lebih 44 edisi antarabangsa miliknya sendiri, membawakan penyelesaian positif untuk perubahan industri media yang stabil.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
PURPLE, Jocelyn Mak
Jocelyn.Mak@purplepr.com

GEM Group, Anthony Romano
aromano@gemny.com

www.lofficiel.com 

www.lofficielusa.com 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/570683/L_Officiel_USA_Logo.jpg  

 

Source: L’Officiel USA Inc.
Keywords: Fashion Magazines Publishing/Information Service Retail Web Site