DUBAI, UAE, 12 Oktober 2017 /PRNewswire/ --
Avaya hari ini melancarkan Indeks Kebahagiaan pada Blockchain pada Minggu Teknologi GITEX: satu penyelesaian yang menunjukkan buat pertama kalinya bagaimana teknologi disruptif, termasuk Blockchain, kecerdasan buatan, dan analitik data canggih, boleh digunakan untuk mengubah pengalaman pelanggan. Blockchain Kebahagiaan , yang dibangunkan dengan kerjasama Avanza Solutions, membolehkan organisasi-organisasi mengurus perjalanan pelanggan secara dinamik untuk mencapai kepuasan yang lebih tinggi.
"Bagi begitu ramai orang, Blockchain ialah penyelesaian yang mencari masalah. Indeks Kebahagiaan pada Blockchain menyerlahkan cara Avaya mengubah platform komunikasi dan pusat perhubungan yang disatukan untuk menyepadukan trend teknologi disruptif yang baru muncul ke dalam pengalaman pelanggan dengan tangkas dan pantas," kata Laurent Philonenko, Ketua Pegawai Teknologi, Avaya, di GITEX. "Menggabungkan volum data sejarah dan masa sebenar yang banyak untuk memahami kepuasan pelanggan ialah satu cabaran besar bagi pelanggan kami. Dengan menggunakan rantaian blok, analitik data dan kecerdasan buatan pada profil dan sumber data yang berbeza, kami telah membina penyelesaian unik global yang membolehkan organisasi besar mengukur dan menguruskan sentimen untuk setiap pelanggan mereka, sewaktu ia berlaku. "Dengan Indeks Kebahagiaan pada Blockchain Avaya mempamerkan kaedah bagi syarikat dan organisasi kerajaan memanfaatkan Blockchain untuk mengumpul dan menyepadukan data dengan selamat daripada pelbagai sumber, seperti pusat perhubungan berbeza, e-mel, media sosial, laman sesawang dan platform sembang. Oleh terpilih data luar talian dan memantau sumber data masa sebenar secara berpilih-pilih, organisasi-organisasi secara dinamiknya dapat mengukur tahap kepuasan pelanggan dan mengubah pengalaman untuk memenuhi objektif tahap kepuasan mereka.Banyak organisasi hari ini sedang berjuang untuk menjadikan jumlah besar data yang mereka miliki mengenai pelanggan mereka menjadi wawasan yang boleh diambil tindakan. Walaupun penyelidikan Gartner menunjukkan 89% syarikat mengharapkan untuk bersaing terutama dalam pengalaman pelanggan, hanya 6% daripada syarikat dalam kaji selidik Aberdeen Group mengatakan mereka sangat berpuas hati dengan kemampuan mereka menggunakan data untuk meningkatkan perjalanan pelanggan."Inovasi ialah sebahagian daripada DNA Avanza - kita sentiasa melihat bagaimana kami dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan kami hari ini dan menyediakan penyelesaian yang menangani cabaran masa depan. Menerusi kerjasama dengan Avaya, kami sekali lagi menggunakan blockchain daripada teknologi konsep menjadi alat perniagaan yang menangani isu dunia sebenar," kata Waqas Mirza, Ketua Pegawai Pemasaran & Pengarah Urusan, Avanza Solutions.
Untuk maklumat lanjut mengenai Avaya, sila lawati http://www.avaya.com.