omniture

Nexen Tire Pecah Tanah untuk Pusat Teknologi Tayar Baharu Amerika Utara

Nexen Tire
2017-10-20 13:58 1313

Nexen Tire America, Inc. pecah tanah untuk pusat teknologi tayar baharu di Ohio, Amerika Syarikat

- Pusat akan sediakan teknologi termaju dan inovatif bagi mengeluarkan tayar canggih untuk pasaran Amerika Utara dan Selatan

SEOUL, Korea Selatan, 20 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar bertaraf global yang terkemuka, telah memecah tanah bagi pusat teknologi tayar baharunya di Richfield, Ohio, A.S. Bangunan bernilai 5 juta dolar A.S., dan berkeluasan 3,159 meter persegi (atau 34,000 kaki persegi) itu akan menyediakan pejabat, makmal, mesin ujian dan gudang, selain akan turut menjadi bangunan pertama yang berada di Daerah Pembangunan Persimpangan Richfield baharu yang berprestij.

Nexen Tire Pecah Tanah untuk Pusat Teknologi Tayar Baharu Amerika Utara
Nexen Tire Pecah Tanah untuk Pusat Teknologi Tayar Baharu Amerika Utara

Pusat teknologi baharu ini memperlihatkan komitmen Nexen Tire terhadap pasaran-pasaran Amerika Utara dan Selatan, serta akan menyediakan teknologi-teknologi termaju dan inovatif demi pembangunan tayar yang canggih dan mesra alam untuk pasaran-pasaran Peralatan dan Penggantian Asli.

Ditubuhkan pada tahun 1942, Nexen Tire ialah pengeluar tayar bertaraf global yang beribu pejabat di Yangsan dan Seoul, Korea Selatan. Berada pada kedudukan ke-18 di peringkat global, ia membawakan rancangan pertumbuhan agresif bagi menjadi salah satu daripada 10 pengeluar terkemuka global menjelang tahun 2025. Sebagai salah satu daripada pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia dengan para pengedar berada di 141 negara seluruh dunia, Nexen Tire menubuhkan pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di seluruh dunia iaitu di Korea, AS, China dan Jerman, menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk tayar-tayar berkualiti tinggi Nexen Tire.

Kini, Nexen Tire turut mengendalikan tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Kilang baharu kini sedang dibina di Zatec, Republik Czech dan akan mula beroperasi menjelang tahun 2018. Kilang Changnyeong Nexen Tire diiktiraf sebagai salah satu daripada kilang pengeluaran tayar paling canggih dan moden di dunia dengan keluaran tahunan mencecah 12 juta unit. Rancangan tambahan untuk membina kilang di Amerika Utara sedang diusahakan, dengan matlamat permulaan pengeluaran disasarkan pada tahun 2021.

Nexen Tire mengeluarkan 42 juta tayar setahun untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan menggunakan teknologi termaju dengan rekaan yang seragam, berkualiti dan cemerlang yang tiada tandingan. Nexen Tire membekalkan tayar-tayar OE untuk lebih dua puluh pembuat kereta dunia di Amerika Utara dan Selatan, Asia dan juga Eropah.

Latar Belakang Nexen Tire

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, ialah pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada dalam 141 negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan menggunakan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat turut memfokus kepada pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara di seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat gelaran 'grand slam' setelah merangkul 4 anugerah rekaan terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nexentire.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171019/1970304-1

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion New products/services