omniture

Telepizza Memperkukuhkan Operasinya di Rusia: Menukar 15 Kedai di Saint Petersburg dan Menjadi Peneraju Pasaran di Barat Laut Negara

Telepizza
2017-10-20 19:13 1052

MADRID, 20 Oktober, 2017 /PRNewswire/ --

  • Telepizza telah melengkapkan penukaran 15 kedai di Saint Petersburg melalui perjanjian Francais Induk dengan WWP, menjadi peneraju pasaran di rantau ini
  • Francais Induk WWP Telepizza, salah satu pengendali QSR terbesar di negara ini, berhasrat untuk membuka 16 lagi cawangan dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan memberi tumpuan pelaburan mereka di kawasan Barat Laut Pasaran Rusia

Telepizza meneruskan strategi antarabangsanya, kali ini di pasaran Rusia, dengan perjanjian francais induk dengan WorldWide Pizzas Plc (WWP), salah satu pengendali Quick Services Restaurant (QSR) terbesar di negara ini, dengan pengalaman luas dalam pembangunan jenama antarabangsa.

generated by system

Rancangan syarikat penghantaran piza terbesar di luar Amerika Syarikat, bersama dengan rakan kongsinya, bercita-cita tinggi dan mempunyai prospek jangka panjang, memfokuskan pelaburan di Saint Petersburg dan daerah persekutuan Barat Laut. Program perkembangan pesat bermula dengan penukaran 15 kedai daripada jenama piza AS ke Telepizza di Saint Petersburg. Pembukaan 15 kedai yang terawal di Saint Petersburg akan selesai dengan pembukaan 16 lagi kedai dalam masa tiga tahun, yang akan membolehkan Telepizza bersatu di rantau ini dan meneraju pasaran Barat Laut dengan 30 kedai menjelang 2019.

Operasi tersebut mengukuhkan lagi strategi antarabangsa Telepizza, yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan pasaran di mana ia sedang beroperasi dan memasuki pasaran baharu, sama ada secara organik, melalui pengambilalihan syarikat tempatan atau melalui francais induk.

Fleksibiliti dan pengetahuan setempat, kunci untuk pertumbuhan di peringkat antarabangsa 

Telepizza mempunyai model yang kukuh dan jenama yang diiktiraf dan disatukan, boleh disesuaikan kepada pasaran yang berbeza dengan kelonggaran yang meluas bagi pemegang francais.

Presiden Antarabangsa di Telepizza, Giorgio Minardi, mengulas: "Kami berharap untuk meneruskan hubungan kami dengan WWP, yang telah membantu kami mencapai sasaran perancangan pertumbuhan global yang begitu tinggi melalui pengetahuan dan kepakaran setempat yang luas di dalam pasaran utama ini. Pembukaan perniagaan baharu ini menunjukkan keupayaan kami untuk menyesuaikan diri dan bertindak dengan sewajarnya menurut kehendak pengguna setempat di pelbagai pasaran, yang menjadi kunci kejayaan kami."

"Fleksibiliti model francaisnya, dengan kapasiti tindak balas, sokongan pasukan yang berpengalaman serta perkhidmatan yang berkualiti, merupakan elemen utama yang menjadi minat pelabur untuk berkembang bersama dengan Telepizza di pasaran dengan potensi pertumbuhan. Konsep jenama yang terserlah dan tahap inovasi produk yang tinggi - piza buatan tangan yang berkualiti dan segar dalam gaya Mediterranean merupakan faktor penting apabila memilih rakan kongsi baharu," kata Darrin J. Stock (CEO)

Rusia adalah pasaran strategik bagi Telepizza disebabkan oleh pertumbuhan QSR yang luar biasa dan lebih khusus dalam perkhidmatan makanan pengguna piza, di mana kehadiran jenama antarabangsa telah meningkat dengan ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Kumpulan Telepizza: 

Kami adalah syarikat penghantaran piza yang bukan berpangkalan di AS yang terbesar di dunia berdasarkan bilangan kedai. Telepizza yang beribu pejabat di Madrid, Sepanyol, beroperasi di lebih 20 buah negara melalui rangkaian kedai sendiri, francais dan francais induk, dengan 1,440 buah kedai di seluruh dunia, termasuk 469 kedai sendiri (33%) dan 971 francais dan kedai francais induk (67%) setakat 30 Jun 2017.

Termasuk pesaing kami yang berpangkalan di AS, kami adalah pemain global penghantaran piza yang keempat terbesar dari segi bilangan kedai. Kami adalah peneraju pasaran di pasaran utama kami berdasarkan bilangan kedai (nombor satu di Sepanyol, Portugal, Chile dan Colombia dan nombor dua di Poland).

Jumlah jualan dalam rangkaian kami, termasuk kedai sendiri, francais dan francais induk, direkodkan sebagai jualan rangkaian, yang berjumlah EUR541.2 juta dalam tempoh dua belas bulan berakhir 30 Jun 2017.

Telepizza disenaraikan di bursa saham Barcelona, Bilbao, Madrid dan Valencia dengan sahamnya mula didagangkan pada 27 April 2016. Jumlah bilangan saham adalah 100,720,679 unit.

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Transportation Corporate Expansion