omniture

Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Antarabangsa (Shenzhen) China ke-25 Buka Tirai Hari Ini mulai 20 hingga 23 Oktober di Shenzhen, China

Reed Huabo Exhibitions
2017-10-20 23:40 932

SHENZHEN, China, 21 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Antarabangsa (Shenzhen) China kali ke-25 diadakan mulai 20 hingga 23 Oktober, bertempat di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen.

Bermula pada 20 hingga 23 Oktober, pameran Cenderamata dan Produk Kediaman terbesar China menyediakan 5300 reruai, dalam 9 dewan pameran. Acara ini menghimpunkan lebih dua ribu pempamer dan jenama, yang tidak sabar-sabar untuk mempamerkan produk mereka yang paling kreatif dan berkualiti tertinggi, selain inovasi mencakupi industri Cenderamata dan Produk Kediaman tradisional untuk pembeli global dari lebih 60 negara dan wilayah, termasuk AS, EU, Korea, Jepun, Thailand, Taiwan, Hong Kong, India, dsb.

Agar kekal sebagai platform penyumberan sehenti terbaik dunia dalam industri Cenderamata dan Produk Kediaman, pameran dalam acara ini meliputi 22 kategori, termasuk: barang rumah, hiasan rumah, perkakas elektronik, tekstil rumah, seramik, kristal & barang-barang kaca, barangan premium & cenderamata, produk pempakejan & kertas, beg & bekas, produk kulit, produk kecantikan & penjagaan kesihatan, alat tulis, produk sukan & santai, barang kemas & aksesori. Antara pempamer yang dijangka akan dapat anda temui di tapak pameran: Panasonic, Swarovski, Casio, Philips, Ecovrcs, Omron, Thermos, WMF, Samsnite, Parker, HUAWEI, Haier, Midea dan banyak lagi.

Sementara itu, banyak produk baharu dilancarkan dalam acara ini, peluang perangkaian secara bersemuka dan komunikasi bersama pempamer ini untuk meninjau trend pembangunan masa depan anda.

Selain itu, juga terletak bersama pameran E-Vape di Dewan 3, Pertandingan Mengejar Awan, Pertandingan Helah Vape dan Anugerah eJuice Terbaik, dsb turut menarik perhatian pengunjung.

Waktu operasi pameran ialah:

20-22 Okt.   mulai 9:00 pagi hingga 5:00 petang
23 Okt.       mulai 9:00 pagi hingga 4:00 petang

Latar Belakang Reed Huabo

Reed Huabo –syarikat pameran yang paling berpengaruh di China, merupakan ahli syarikat kepada Reed Exhibitions - penganjur acara terulung di dunia, yang berpangkalan di UK. Syarikat ini komited untuk menerajui pembangunan industri dan terus mencipta nilai untuk pelanggan dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di: www.chinagiftsfair.com

Maklumat Perhubungan Media:
Lisa Li
+85-755-3398-9311
lisa.li@reedhuabo.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Art Entertainment Furniture & Furnishings Health Care/Hospital Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Sports Sports Equipment & Accessories New products/services Trade show news