omniture

Asia Plantation Capital Diumum "Syarikat Pelaburan Perhutanan Terbaik' oleh The European Magazine

Asia Plantation Capital
2017-10-23 10:19 503

LONDON, 23 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Untuk tahun ketiga berturut-turut, Asia Plantation Capital telah menerima gelaran 'Syarikat Pelaburan Perhutanan Terbaik' di Anugerah Perniagaan 2017 The European Magazine. Asia Plantation Capital berbangga kerana diiktiraf sekali lagi untuk kemajuan, daing saing dan prestasi cemerlangnya dalam sektor industri yang berkepakaran tinggi ini.

Selama bertahun-tahun, The European Magazine telah mengiktiraf dan meraikan pencapaian, inovasi dan kecemerlangan melalui program anugerah tahunannya. Ia meliputi sektor Perbankan dan Kewangan Global, Pemimpin ESG Global dan Penjagaan Kesihatan Global, serta pembangunan serantau di kawasan-kawasan seperti Eropah, Amerika Latin, Afrika, Asia dan Timur Tengah Eropah.

Asia Plantation Capital mempunyai projek-projek perladangan dan pertanian di empat benua, dengan projek yang beroperasi di berbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Cambodia, Sri Lanka, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah. Sebahagian daripada Asia Plantation Capital Group, Asia Plantation Capital (APC) juga bertindak sebagai pengurus dan penasihat perladangan dan pertanian kepada beberapa Dana Ekuiti Swasta yang memberi tumpuan kepada sektor-sektor perhutanan, pertanian dan tenaga boleh diperbaharui.

"Kami sangat bangga apabila Asia Plantation Capital menerima anugerah ini sekali lagi," kata En Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital Group. "Kami telah berkembang dengan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan pertumbuhan menghasilkan jangkaan yang lebih tinggi. Perkara ini sentiasa menambahkan tekanan kepada kami sebagai sebuah syarikat, tetapi ia merupakan tekanan yang kami yakin boleh ditangani. Amat mudah untuk kami lupa kepada apa yang kami percaya dan apa yang ingin kami capai, namun daripada berpuas hati selepas menerima sanjungan berprestij ini, ia menjadikan kami bekerja lebih keras lagi. Standard telah ditingkatkan sekali lagi dan kami bertekad untuk membuat yang lebih baik di masa hadapan." Rawlinson menyimpulkan, "Anugerah ini adalah bukti bahawa kami telah berjaya dengan mengekalkan prinsip dan nilai teras kami. Kami komited terhadap kelestarian, tanggungjawab sosial korporat dan menghormati alam sekitar, dan pengiktirafan nilai dan usaha kami ini sangat-sangat dihargai oleh semua yang terlibat."  

Asia Plantation Capital gembira diiktiraf oleh masyarakat dalam industri atas usahanya dalam mempromosi kelestarian dan kesedaran alam sekitar.

Nota Untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Pemasaran
Emel:zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012 203 5344

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Group ialah sebuah syarikat pengendali dan pengurusan kelestarian perladangan yang memenangi pelbagai anugerah, dengan projek-projek merentasi empat benua dan tenaga kerja global melebihi 2,000 orang. Sebagai peneraju pasaran dalam industri, Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ahli akademik terkemuka dari berbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang di kalangan mereka telah membangun dan mempaten teknologi-teknologi dan sistem-sistem terkemuka industri.

Dengan pengkhususan dalam projek-projek perladangan komersil dan perniagaan-perniagan bersepadu menegak yang menawarkan gabungan faedah komersil, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah mewujudkan sebuah syarikat 'tiga keuntungan' yang berjaya dan dinamik.

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Magazines Paper/Forest Products/Containers Awards