omniture

Digital Realty dan Mitsubishi Corporation Umum Usahasama di Jepun

Digital Realty
2017-10-23 21:00 864

Usahasama untuk menggabungkan pengiktirafan jenama global dan kepakaran perusahaan tempatan Mitsubitshi dengan platform pusat data global dan rekod prestasi pengendalian Digital Realty yang meneraju industri

SINGAPURA, 23 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Digital Realty (NYSE: DLR), penyedia penyelesaian pusat data, kolokasi dan keterhubungan terkemuka dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyertai usahasama 50/50 bersama Mitsubitshi Corporation untuk menyediakan penyelesaian pusat data di Jepun. Usahasama baharu ini akan mendapat manfaat daripada kepakaran perusahaan tempatan dan kehadiran mantap pusat data Mitsubitshi Corporation di Tokyo, serta pangkalan pelanggan global dan rekod prestasi peneraju industri dalam kecemerlangan pengendalian pusat data Digital Realty.

Usahasama ini akan beroperasi di bawah nama MC Digital Realty. Mitsubitshi Corporation akan menyumbang dua kemudahan pusat data sedia ada di barat pinggir bandar Tokyo, Mitaka, sementara Digital Realty akan menyumbang projek pembangunan pusat datanya yang telah siap baru-baru ini di Osaka. Tiga benih aset ini dinilai secara kolektif pada kira-kira 40 bilion Yen Jepun, atau kira-kira $350 juta. Usahasama ini bertujuan untuk membina platform yang bermakna untuk berkhidmat kepada pasaran Jepun yang lebih luas, dengan potensi untuk memperluaskan skopnya dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan sebuah institusi berprestij dunia dan pakar tempatan Mitsubitshi Corporation dan mewujudkan kehadiran kami di Tokyo," kata A. William Stein, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Realty. "Jepun ialah sebuah negara yang benar-benar strategik bagi platform pusat data Digital Realty dan hubungan dengan Mitsubitshi Corporation ini merupakan satu langkah penting ke arah pengukuhan kehadiran kami di Jepun."

Digital Realty mengumumkan pembukaan Digital Osaka 1, projek pusat data pertamanya di Jepun, awal tahun ini. Digital Osaka 1 merangkumi kawasan seluas kira-kira 93,000 kaki persegi, menyediakan kapasiti IT sebanyak 7.6 megawatt dan telah disewakan sepenuhnya sebelum pembukaan rasminya. Seiring dengan pembukaan Digital Osaka 1, Digital Realty juga mengumumkan pemerolehan sebidang tanah bersebelahan untuk pembangunan sebuah kampus terhubung di masa akan datang, yang akan menyokong sehingga 27 megawatt kapasiti IT tambahan sebaik ia siap.

"Jepun ialah sebuah pasaran maju dengan sektor teknologi terkini yang dijangka akan mengalami pertumbuhan pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tetapi pasaran pusat data tempatan masih terlalu berpecah-pecah dengan kekurangan kapasiti pusat data institusi berkualiti," kata Chris Kenney, Naib Presiden Kanan Antarabangsa Digital Realty. "Kami melihat peluang hebat untuk pertumbuhan dalam rantau Asia Pasifik dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dan kami menjangkakan usahasama MC Digital Realty akan meningkatkan kebolehan kami dengan lebih luas untuk memenuhi permintaan pusat data yang semakin berkembang di pasaran Jepun."

Digital Realty menawarkan rangkaian penuh penyelesaian pusat data, kolokasi dan keterhubungan global dan kini memiliki dan mengendali 157 hartanah di sepanjang 33 kawasan metropolitan dunia. Dalam rantau Asia Pasifik, Digital Realty mengendalikan sebuah rangkaian pusat data industry yang terkemuka di Singapura, Hong Kong, Osaka, Melbourne dan Sydney. 

Latar Belakang Digital Realty

Digital Realty menyokong strategi-strategi pusat data, kolokasi dan keterhubungan lebih daripada 2,300 buah firma merentasi portfolio pusat data yang selamat dan beraneka rangkaian yang terletak di seluruh Amerika, Eropah, Asia dan Australia. Para pelanggan Digital Realty termasuk syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa dari berbagai saiz, bermula dengan perkhidmatan kewangan, perkhidmatan awan dan teknologi maklumat, kepada pengilangan, tenaga, permainan digital, sains hayat dan produk pengguna. Untuk maklumat lanjut layari www.digitalrealty.asia, ikuti kami di Twitter di @DigitalAPAC atau lihat blog kami di https://apac.digitalrealty.com.

Latar Belakang Mitsubitshi Corporation

Mitsubitshi Corporation (MC) ialah perusahaan perniagaan bersepadu dunia yang membangun dan mengendali perniagaan di hampir setiap industri termasuk kewangan perindustrian, tenaga, logam, mesin, bahan kimia dan barangan keperluan seharian.

Aktiviti semasa MC telah berkembang melampaui operasi perdagangan tradisionalnya meliputi pelaburan dan pengurusan perniagaan dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan sumber asli, pengilangan barangan perindustrian, peruncitan, tenaga baharu, infrastruktur, kewangan dan perniagaan-perniagaan berkaitan teknologi baharu.

Dengan lebih 200 buah pejabat dan anak syarikat di sekitar 90 buah negara seluruh dunia dan sebuah rangkaian lebih 1,200 kumpulan syarikat, MC menggaji lebih daripada 68,000 tenaga kerja multinasional.

Kenyataan Selamat

Kenyataan akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan berdasarkan jangkaan, ramalan dan andaian semasa yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan sebenar berbeza secara material, termasuk kenyataan berkenaan pengumuman usahasama antara Digital Realty dan Mitsubitshi Corporation.

Risiko-risiko dan ketidaktentuan ini termasuk, antara lain, yang berikut: impak daripada ekonomi semasa global; keadaan kredit dan pasaran; keadaan ekonomi semasa tempatan dalam kawasan metropolitan di tempat kami beroperasi; pengurangan perbelanjaan teknologi maklumat, termasuk kesan daripada kelembapan atau kemelesetan ekonomi; pembangunan ekonomi dan hartanah yang tidak baik dalam industri kami atau sektor industri di mana kami menjual (termasuk risiko berkaitan dengan pengurangan nilai dan  caj kejejasan hartanah); kebergantungan kami terhadap penyewa-penyewa penting; kemuflisan atau ketidakmampuan penyewa utama atau  sejumlah besar penyewa kecil; mungkir atau tiada pembaharuan sewaan oleh penyewa; kegagalan kami untuk mendapatkan pembiayaan hutang dan ekuiti yang diperlukan; risiko berkaitan dengan penggunaan hutang untuk membiayai aktiviti perniagaan kami; termasuk risiko pembiayaan semula dan kadar faedah, kegagalan kami untuk membayar semula hutang apabila matang, perubahan buruk dalam penarafan kredit atau perlanggaran perjanjian atau lain-lain terma yang terkandung dalam kemudahan perjanjian pinjaman kami; turun naik pasaran kewangan; perubahan dalam kadar pertukaran matawang asing; ketidakupayaan kami untuk mengurus pertumbuhan kami secara berkesan; kesukaran memperoleh atau mengendali hartanah di bawah bidang kuasa negara asing; kegagalan kami untuk mengintegrasi dan  mengendali hartanah atau perniagaan yang sedang dibangunkan dengan berjaya; kesesuaian hartanah dan infrastruktur pusat data kami; kelewatan atau gangguan sambungan; kegagalan infrastruktur fizikal dan maklumat keselamatan atau perkhidmatan atau ketersediaan tenaga; risiko berkaitan dengan pelaburan usahasama, termasuk kesan daripada kekurangan kawalan kami ke atas pelaburan tersebut; kelewatan atau kos yang tidak dijangka dalam pembangunan hartanah; penurunan kadar sewa, peningkatan kos operasi atau kadar kekosongan; peningkatan persaingan atau ketersediaan bekalan ruang pusat data; ketidakupayaan kami untuk membangun dan menyewakan hartanah dan ruang pembangunan baharu; kesukaran dalam mengenalpasti hartanah untuk diperoleh dan melengkapkan pemerolehan; ketidakupayaan kami untuk memperoleh hartanah luar pasaran; impak referendum penarikan diri United Kingdom daripada Kesatuan Eropah ke atas pasaran kewangan global dan perniagaan kami; ketidakupayaan kami untuk mematuhi peraturan berkaitan syarikat pelapor; kegagalan kami untuk mengekalkan status kami sebagai REIT; kemungkinan perubahan buruk ke atas undang-undang cukai; kekangan ke atas keupayaan kami untuk melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan tertentu; ketidakpastian persekitaran dan risiko berkaitan dengan bencana alam; kerugian melebihi perlindungan insurans; perubahan dalam undang-undang dan peraturan asing; termasuk yang berkaitan dengan cukai dan pemilikan dan pengendalian hartanah; dan perubahan dalam keperluan pengawalseliaan tempatan, negeri dan persekutuan, termasuk perubahan dalam undang-undang hartanah dan penzonan dan peningkatan kadar cukai hartanah. Untuk senarai dan keterangan lanjut risiko dan ketidakpastian lain, lihat laporan dan pemfailan lain oleh Digital Realty dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S., termasuk Laporan Tahunan syarikat pada Borang 10-K bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2016 dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q bagi suku berakhir pada 31 Mac 2017 dan 30 Jun 2017. Syarikat ini menolak sebarang permintaan atau kewajiban untuk mengemaskini atau menyemak sebarangan kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa-peristiwa akan datang atau sebaliknya.

Untuk Maklumat Tambahan:

Omer M. Wilson
Pengarah Kanan Pemasaran
Asia Pasifik
Digital Realty
owilson@digitalrealty.com
+65 6505 3951

 

Source: Digital Realty
Related Stocks:
NYSE:DLR
Keywords: Commercial Real Estate Computer Networks Computer/Electronics Real Estate Joint ventures