omniture

Modul PV Sel Separuh Risen Energy Peroleh Sijil Pengoperasi Terbaik dan Bersiap Sedia untuk Dihantar

Risen Energy Co., Ltd
2017-10-24 22:25 812

NINGHAI, China, 24 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Risen Energy mengumumkan bahawa produk PV baharu mereka: Modul PV Sel Separuh Berkecekapan Tinggi merupakan yang pertama memperoleh sijil kelas pertama Pengoperasi Terbaik 2017 yang dikeluarkan oleh Pusat Pensijilan Kualiti China (CQC). Sijil ini menunjukkan bahawa teknologi Risen Energy menerima kelulusan tahap tinggi daripada agensi pensijilan pihak ketiga bersama pihak lembaga negara dan tahap penyelidikan & pembangunan (R&D) syarikat telah mematuhi piawaian ketat bagi sijil Pengoperasi Terbaik.

Produk terkini - Modul PV Sel Separuh telah mencapai satu perkembangan luar biasa dari segi kecekapan tenaga. Satu contohnya ialah 72 sel modul PV separuh poli boleh memberikan puncak output kuasa sebanyak 340-345W. Bagi memaksimumkan kecekapan dan mengurangkan kos, pasukan teknikal Risen Energy berjaya menambah saiz kepanjangan kepada badan modul tersebut, sambil mengekalkan saiz kelebaran yang sama. Reka bentuk bahagian belakang modul dibuat agar kehilangan kuasa dalam dapat dibawa ke tahap minimum. Ini dapat dilaksanakan hasil daripada peti simpangan jenis dipisahkan yang pada masa yang sama dapat meningkatkan penyebaran haba produk.

Kumpulan pertama modul PV Sel Separuh tersebut berjaya dihantar dan akan dilaksanakan dalam proses pembinaan bagi projek Pengoperasi Terbaik PV Shanxi Yangquan. Sementara itu, pesanan lain sedang dalam proses pembuatan.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Risen Energy mengesahkan: "Kami amat gembira atas penerimaan sijil Pengoperasi Terbaik kelas pertama ini. Ini merupakan saat penting untuk Risen Energy kerana ia merupakan satu pengiktirafan bagi komitmen jangka panjang kami terhadap kualiti produk, peningkatan kecekapan dan banyak lagi aspek kerja kami."

Di samping itu, ia merupakan pengiktirafan untuk Risen Energy atas usaha mengejar kualiti, meningkatkan kecekapan dan sebagainya. Pada masa depan, Risen Energy akan terus menumpu pada pelaksanaan teknologi kecekapan tinggi Sel Separuh secara besar-besaran dan akan terus berusaha gigih ke arah pembangunan industri solar agar ia dapat mencapai keseimbangan grid secepat mungkin."

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities Awards New products/services