omniture

Money20/20 bakal dilancar di China

Ascential
2017-10-25 03:59 976

Hangzhou bakal anjur edisi China pertama bagi acara pembayaran dan teknologi kewangan terkemuka pada 2018

LAS VEGAS, 25 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Ascential plc (LSE: ASCL.L), syarikat maklumat perniagaan-kepada-perniagaan bertaraf global, hari ini mengumumkan Ketua Eksekutifnya Duncan Painter menandatangani sendiri perjanjian perkongsian jangka panjang dengan bandar Hangzhou serta daerah Xiaoshan bagi menganjurkan siri acara Money20/20 edisi baharu yang amat membuahkan hasil. Perjanjian ini ditandatangani bersama Xie Shuang Cheng, Naib Datuk Bandar Hangzhou dan Gu Chun Xiao, Timbalan Warden Xiaoshan. Acara baharu yang dikenali sebagai Money20/20 China akan diadakan pada bulan November 2018 di Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou, lokasi yang pernah menganjurkan Sidang Kemuncak G20 2016.

Duncan Painter,Chief Executive, Ascential and Xie Shuang Cheng, Vice Mayor of Hangzhou
Duncan Painter,Chief Executive, Ascential and Xie Shuang Cheng, Vice Mayor of Hangzhou

Money20/20 menghimpunkan individu-individu berwawasan dan para penginovasi dari seluruh spektrum pembayaran, teknologi kewangan dan perkhidmatan kewangan untuk berhubung dan mencipta masa depan wang. Telahpun mengadakan edisi-edisi AS, Eropah dan pan-Asia, Money20/20 menawarkan para peserta dengan peluang perangkaian yang tiada tandingan dan agenda berprofil tinggi, kesemuanya mendukung misi Money20/20 bagi mewujudkan dunia kewangan yang lebih ringkas, lebih adil dan lebih pantas untuk syarikat dan juga masyarakat.

Tracey Davies, Presiden, Money20/20, menyatakan bahawa "Pasaran unik China dan minat domestik untuk mencipta dan menerima produk teknologi kewangan baharu" merupakan faktor bagi melancarkan edisi baharu acara pembayaran dan teknologi kewangan utama ini, dan menambah, "Peningkatan teknologi kewangan di China adalah suatu yang tidak boleh diabaikan oleh sesiapa jua dalam industri ini."

Bandar tuan rumah Hangzhou, di Wilayah Zhejiang China dipilih berdasarkan komitmen jangka panjangnya terhadap masa depan kewangan. Ia juga menjadi tumpuan bagi para penginovasi kewangan seperti Alibaba dan LianLian Group, antaranya. Dengan rekaan persekitaran tanpa wang dan menjadi tumpuan bagi gelombang baharu para usahawan internet China, Hangzhou akan menyediakan pusat jangka panjang yang sempurna untuk Money20/20 China.

En. Xie mengulas, "Perkongsian kami bersama Ascential dan Money20/20 akan menggalakkan perkongsian maklumat dan sumber yang lebih baik. Platform Money20/20 China akan menyokong kami menerusi visi strategik kami terhadap pembangunan kewangan Hangzhou tatkala kami terus memudahkan jalinan kerjasama merentasi industri, menggabungkan sumber kami, memperluas rangkaian antarabangsa kami dan mempercepatkan usaha inovasi di rantau ini."

Mengulas tentang pelancaran di China, Davies berkata, "Hasil daripada kepantasan, kemahiran dan skala yang hebat bagi daya reka China dalam teknologi kewangan, China sering menjadi negara tumpuan bagi penginovasi untuk mendapatkan ilham. Ia mempunyai pasaran pelaburan teknologi kewangan terbesar di dunia dan menerusi Money20/20 China, syarikat-syarikat dari China dan juga pasaran-pasaran antarabangsa akan mendapat peluang yang tiada tandingan untuk mempelajari tentang apa yang menjadikan industri teknologi kewangan China amat berpandangan jauh dan progresif."

Pelancaran Money20/20 di China mendapat sokongan meluas daripada rakan-rakan kongsi berprestij termasuk ACI Worldwide, Ant Financial, Baidu Finance, China Everbright Bank, DHGate.com, IDG Capital Partners, LianLian Pay, Phoenix Finance, Tencent WeChat Pay, Union Mobile Financial, serta pihak pengusaha utama yang lain daripada industri ini. Sokongan turut diperoleh daripada persatuan-persatuan perdagangan termasuk Persatuan Pembayaran dan Penjelasan China, Persatuan Kewangan Internet Zhejiang dan Persatuan Bank-bank Zhejiang.

Latar Belakang Money20/20:

Diasaskan pada tahun 2011, Money20/20 mewujudkan acara-acara destinasi yang mana individu paling inovatif dalam industri pembayaran, teknologi kewangan dan perkhidmatan kewangan yang lebih luas berhubung. Terkenal dengan rangkaian berimpak tinggi mereka, edisi-edisi Las Vegas (Oktober) dan Amsterdam (Jun) umum dianggap sebagai suatu yang tidak boleh dilepaskan oleh industri yang menerima khidmat mereka. Edisi Asia baharu bakal diperkenalkan buat julung kalinya di Singapura pada Mac 2018. Money20/20 ialah ruang yang membolehkan individu berwawasan paling bijak dan penginovasi berhimpun untuk mencipta masa depan wang.

Money20/20 ialah satu acara Ascential. www.money2020.com  www.ascential.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171023/1972278-2

Source: Ascential
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Licensing/marketing agreements Trade show news