omniture

DYTM Putera Mahkota Mohammed bin Salman Umum: NEOM - Destinasi untuk Masa Depan

Public Investment Fund of Saudi Arabia
2017-10-25 23:13 1013

RIYADH, Arab Saudi, 25 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

NEOM menggabungkan cara hidup baharu dan persimpangan strategik dalam perdagangan, inovasi dan teknologi dengan kebolehdiaman sebagai terasnya

  • NEOM berhasrat menjadi tempat paling selamat, paling cekap, paling berorientasi masa depan dan tempat terbaik untuk didiami dan bekerja 
  • NEOM dibangunkan bebas daripada rangka kerja kerajaan sedia ada Kerajaan Arab Saudi bersama pelabur, syarikat dan penginovasi yang dirujuk pada setiap peringkat pembangunan  
  • Lokasi unik NEOM menghubungkan Asia, Eropah dan Afrika serta akan merangkumkan sektor-sektor ekonomi paling penting dan berpotensi di dunia  
  • Tanah NEOM berkeluasan lebih 26,500 km2; lokasinya akan memudahkan kemunculan pesat NEOM sebagai hab global yang berpotensi menghimpunkan yang terbaik daripada Negara Arab, Asia, Afrika, Eropah dan Amerika  
  • NEOM akan dibantu sebanyak lebih $500 bilion dalam tahun-tahun akan datang oleh Kerajaan Arab Saudi, Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, pelabur tempatan dan luar negara   

Duli Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota, Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Dana Pelaburan Awam (PIF), hari ini mengumumkan pelancaran NEOM.

NEOM tercetus hasil daripada cita-cita dalam Wawasan 2030 Arab Saudi untuk melihat negara membangun menjadi model kecemerlangan rintis dan berkembang maju dalam pelbagai aspek kehidupan yang penting. NEOM bertujuan untuk memajukan transformasi Kerajaan Arab Saudi menjadi hab global utama dengan memperkenalkan rantaian nilai industri dan teknologi.

"NEOM akan menumpu pada sembilan sektor pelaburan khusus dan keadaan hidup yang akan mendorong masa depan tamadun manusia, tenaga dan air, mobiliti, bioteknologi, makanan, sains teknologi & digital, pembuatan termaju, media dan hiburan dengan kebolehdiaman sebagai asasnya. Tumpuan terhadap sektor-sektor ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan pempelbagaian dengan menggalakkan inovasi dan pembuatan antarabangsa, bagi memacu pertumbuhan industri tempatan, penciptaan peluang pekerjaan dan KDNK di Kerajaan Arab Saudi. NEOM akan turut menarik pelaburan dan perkongsian persendirian serta awam. NEOM juga akan dibantu sebanyak lebih $500 bilion dalam tahun-tahun akan datang oleh Kerajaan Arab Saudi, Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, pelabur tempatan dan luar negara," kata DYTM Putera Mohammed bin Salman, Putera Mahkota dan Pengerusi Dana Pelaburan Awam (PIF).

NEOM mewujudkan satu lokasi unik bagi menghimpunkan yang terbaik dari Negara Arab, Asia, Afrika, Eropah dan Amerika. NEOM terletak di kawasan Barat Laut Arab Saudi, dan berkeluasan melebihi 26,500 km2. Menghadap pinggir pantai Laut Merah di bahagian Selatan dan Barat, serta Teluk Aqaba, NEOM menikmati kawasan garis pantai yang tiada gangguan sepanjang lebih 468 km, berlatarkan gunung yang dramatik setinggi 2,500m di bahagian timur. Bayu yang bertiup berterusan memberikan suhu sederhana. Angin dan matahari akan membolehkan NEOM dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga jana semula.

NEOM terletak di salah satu arteri ekonomi paling terkenal di dunia, dengan pengaliran hampir satu persepuluh dagangan dunia. Lokasinya yang strategik akan turut memudahkan kemunculan pesat zon ini sebagai hab global yang menghubungkan Asia, Eropah dan Afrika, membolehkan 70% daripada penduduk dunia tiba di lokasi ini kurang daripada lapan jam, yang memberi potensi untuk menggabungkan yang terbaik daripada wilayah-wilayah global utama dari segi pengetahuan, teknologi, penyelidikan, pengajaran, pembelajaran, kediaman dan pekerjaan.

Lokasi ini juga menjadi pintu masuk utama ke Jambatan Raja Salman, menghubungkan Asia dan Afrika, yang akan menambah kepentingan ekonomi zon ini. Kawasan darat NEOM akan diperluas merentasi sempadan Mesir dan Jordan, menjadikan NEOM sebagai zon persendirian pertama yang meliputi tiga negara.

Pelaburan dan pembiayaan akan memainkan peranan penting untuk NEOM, bakal diterajui oleh ekonomi Kerajaan Arab Saudi dan disokong oleh PIF - dana global utama dengan akses kepada jaringan pelabur dan syarikat-syarikat utama seluruh dunia – bakal dihimpunkan bersama-sama demi mendorong kejayaan NEOM.

Dengan cita-cita untuk menjadi salah satu modal ekonomi dan saintifik masa depan dunia, selain menjadi modal perdagangan masa depan untuk Arab Saudi, NEOM bakal menarik pelaburan langsung asing baharu yang akan menyumbang kepada strategi pertumbuhan jangka panjang PIF, bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi Arab Saudi.

NEOM dibangunkan agar bebas daripada rangka kerja kerajaan sedia ada dalam Kerajaan Arab Saudi, kecuali kedaulatan. NEOM akan mengguna pakai rangka kerja kawal selia yang menggalakkan inovasi teknologi dan masyarakat serta keusahawanan selari dengan amalan-amalan terbaik antarabangsa. Pihak pelabur, syarikat dan penginovasi akan dirujuk pada setiap peringkat pembangunan dari segi cara terbaik untuk mewujudkan rangka kerja ekonomi, merancang rancangan bandar dan menarik bakat berkualiti terbaik yang akan memacu pertumbuhan zon ini serta populasi penduduk.

"NEOM akan dibangunkan dari bawah, di kawasan bebas sekatan, memberikannya peluang unik untuk menjadi tempat yang berbeza berbanding semua tempat lain yang telah dibangunkan dan didirikan selama lebih ratusan tahun dan kami akan memanfaatkan peluang ini untuk membina cara hidup baharu dengan prospek ekonomi yang cemerlang. Teknologi-teknologi masa depan membentuk asas pembangunan NEOM: Penyelesaian disruptif untuk pengangkutan daripada pemanduan automatik kepada dron penumpang, cara-cara baharu untuk menghasilkan dan memproses makanan, penjagaan kesihatan berfokus pada pesakit demi kesejahteraan holistik mereka, internet tanpa wayar berkelajuan tinggi sebagai kemudahan percuma yang dikenali sebagai "udara digital", pendidikan dalam talian berterusan bertaraf dunia yang percuma, e-tadbir berskala penuh yang menyediakan perkhidmatan bandar di hujung jari anda, kod-kod bangunan yang menjadikan rumah-rumah karbon sifar-bersih sebagai piawaiannya, susun atur bandar yang menggalakkan aktiviti berjalan kaki dan berbasikal serta dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga boleh diperbaharui, antara lainnya. Semua ini akan membolehkan cara hidup yang baharu muncul dengan mengambil kira cita-cita dan pandangan manusia digandingkan dengan teknologi-teknologi masa depan terbaik serta prospek ekonomi yang luar biasa," tambah Duli Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman.

NEOM akan mencapai sasaran bercita-cita tingginya untuk menjadi antara barisan kawasan paling selamat di dunia – jika bukan yang paling selamat – dengan mengguna pakai teknologi-teknologi masa depan dalam segmen-segmen sekuriti dan keselamatan. Ini akan meningkatkan standard aktiviti kehidupan penduduk awan dan menjamin keselamatan dan perlindungan penduduk, pengunjung dan juga pelabur.

Semua perkhidmatan dan proses di NEOM adalah 100% automatik sepenuhnya, dengan matlamat untuk menjadi destinasi paling cekap di dunia, dan seterusnya dapat dilaksanakan dalam semua aktiviti seperti perundangan, kerajaan dan prosedur pelaburan, antaranya. Selain itu, NEOM akan tertakluk kepada piawaian kemampanan tertinggi, dan akan menyediakan semua transaksi, prosedur dan tuntutan melalui kaedah tanpa kertas dan elektronik.

Satu konsep baharu untuk tenaga kerja bakal dilaksanakan, berdasarkan tujuan untuk menarik sumber manusia berkaliber tinggi dengan kecekapan unik demi inovasi sepanjang masa, pembuatan keputusan dan kepimpinan perniagaan. Tugas berulang-ulang dan sukar akan dibuat secara automatik sepenuhnya dan dikendalikan oleh robot, yang mungkin melebihi populasinya, dijangka menjadikan KDNK per kapita NEOM sebagai yang tertinggi di dunia. Semua elemen ini akan menjadikan NEOM sebagai peneraju dunia dari segi kecekapan yang akan menjadikannya destinasi terbaik di dunia untuk didiami.

Untuk maklumat lanjut tentang NEOM sila layari http://www.DISCOVERNEOM.COM

Source: Public Investment Fund of Saudi Arabia
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Real Estate