omniture

ZTE jalin kerjasama dengan Wind Tre dan Open Fiber bangunkan rangkaian pra-komersial 5G pertama Eropah

ZTE Corporation
2017-10-26 15:17 1057

SHENZHEN, China, 26 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan Wind Tre dan Open Fiber, masing-masing merupakan pengendali mudah alih terbesar di Itali serta pengendali rangkaian gentian borong Itali, bagi membangunkan rangkaian pra-komersial 5G pertama Eropah bagi jalur 3.6-3.8GHz

Pada awal tahun 2017, Kerajaan Itali mengumumkan hasratnya untuk menjadi peneraju dalam memperkenalkan Pelan Tindakan 5G EU, sebagai usaha untuk menggalakkan pengendali terkemuka Itali membangunkan rangkaian 5G bagi mempromosikan pengkomersialan 5G Itali, menerusi lima bandar rintis yang dipilih. Peringkat percubaan merupakan pencapaian penting dalam Pelan Tindakan 5G. Wind Tre dan Open Fiber akan bekerjasama dengan ZTE untuk menjalankan ujian percubaan pra-komersial 5G di wilayah-wilayah Itali iaitu L'Aquila dan Prato.

ZTE merancang untuk menyediakan penyelesaian rangkaian hujung-ke-hujung 5G yang paling canggih untuk ujian lapangan pra-komersial serta bekerjasama dengan Wind Tre, Open Fiber, universiti-universiti tempatan dan syarikat-syarikat perusahaan bagi menguji dan mengesahkan secara menyeluruh prestasi teknikal 5G, seni bina rangkaian, penyepaduan rangkaian 4G/5G dan kes penggunaan 5G masa depan, termasuk AR/VR, bandar pintar, keselamatan awam, penjagaan kesihatan 5G dan juga Industri 4.0.  

Bai Yanmin, pengurus besar bagi produk TDD dan 5G ZTE berkata, "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Wind Tre dan Open Fiber untuk membangunkan rangkaian pra-komersial 5G sulung Eropah. Sementara itu, kami turut merancang untuk membina Pusat Inovasi dan Penyelidikan 5G ZTE di L'Aquila. Selaku peneraju global yang terkemuka bagi penyelesaian telekomunikasi, ZTE komited untuk menjadi pelopor 5G global, dengan menjadikan 5G sebagai strategi terasnya. Kami percaya jalinan kerjasama ini akan dapat membantu Itali membangunkan rangkaian pra-komersial 5G bertaraf dunia, mempromosikan pengkomersialan 5G di negara-negara serta wilayah-wilayah lain, serta mempercepatkan pembinaan rantaian industri 5G."

Setakat ini, ZTE telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik 5G bersama China Mobile, China Telecom, China Unicom, SoftBank, Telefonica, Telenet Belgium dan KT Korea Selatan, selain menjalin kerjasama teknikal dan industri dengan beberapa syarikat telekomunikasi lain. Menuju masa depan, ZTE merancang untuk terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya untuk menjalankan ujian 5G dan ujian percubaan serta mempromosikan pengkomersialan 5G di seluruh dunia, sebagai usaha untuk menawarkan rangkaian penuh pengalaman 5G yang bakal tersedia tidak lama lagi.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:
Margrete Ma                                                       
ZTE Corporation                                                 
Tel: +86 755 26775207                                      
Emel: ma.gaili@zte.com.cn   

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements