omniture

Bosch Perluas Kerjasama Dengan Avaya Sokong Strategi Tempat Kerja Generasi Seterusnya

Avaya
2017-10-27 10:00 867

DUBAI, UAE, 27 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Avaya Private Cloud Services bakal sediakan penyelesaian komunikasi kepada 160,000 kakitangan seluruh dunia menerusi perjanjian $60 juta selama lima tahun

Bosch Group, pembekal terkemuka global bagi teknologi dan perkhidmatan, mengumumkan peluasan perkongsian dengan Avaya untuk membantu menyokong strategi transformasi digital Bosch dalam seluruh operasi globalnya. Avaya Private Cloud Services (APCS) menandatangani perjanjian bernilai $60 juta dengan Bosch bagi menyediakan rangkaian penyelesaian komunikasi perniagaan kepada 160,000 rakan kerjasama Bosch di seluruh dunia.

generated by system

Perjanjian selama lima tahun ini meneruskan hubungan sedia ada Avaya dengan Bosch dan merupakan sebahagian daripada projek "Tempat Kerja Generasi Seterusnya" kumpulan tersebut yang lebih luas, diwujudkan untuk terus menyokong tempat kerja yang terhubung di seluruh dunia dan tangkas. Projek "Tempat Kerja Generasi Seterusnya" itu merupakan projek jangka panjang untuk Bosch yang bertujuan untuk menjadikan pekerjaan bergerak yang lebih cekap dan lebih mudah untuk rakan kerjasama. Melalui penyelesaian APCS Avaya yang disediakan, Bosch dapat mengurangkan jumlah kos pemilikan (TCO) bagi peruntukan perkhidmatan suara sehingga sebanyak 20%.

Avaya akan menyediakan perkhidmatan suara berasaskan awan persendirian, pusat hubungan dan kolaborasi, membantu jabatan IT pusat Bosch memperkenalkan penyelesaian terpiawai untuk semua syarikat kumpulan Bosch di seluruh dunia. Penyelesaian penyepaduan infrastruktur Avaya akan turut menyediakan perkhidmatan suara terjamin bertaraf perusahaan untuk pengguna Bosch yang mendayakan pengantaramukaan melalui pelanggan desktop Skype for Business.

"Kami memperlihatkan komitmen yang tinggi untuk mendorong ketangkasan dengan melabur dalam infrastruktur IT kami. Oleh itu, kami memerlukan rakan kongsi dipercayai yang dapat membantu kami membawakan visi "Tempat Kerja Generasi Seterusnya" kami dan menyediakan tahap kualiti dan perkhidmatan yang diperlukan kepada rakan kerjasama kami. Kebolehan terbukti Avaya untuk memenuhi tarikh akhir yang mendesak, pengetahuan mendalam yang diperlukan oleh perniagaan kami dan kepakaran teknikal bagi melaksanakan dengan sempurna menjadikan mereka pilihan semula jadi untuk menjadi salah satu rakan kongsi dipercayai. Mereka membantu kami menghasilkan penyelesaian piawaian global yang akan disediakan kepada lebih 440 subsidiari Bosch dan syarikat-syarikat serantau." Klaus Hüftle, Naib Presiden Kanan, Bosch GmbH.

"Perjanjian baharu ini memperlihatkan tahap keyakinan dan kepercayaan yang dibangunkan oleh Bosch dalam Avaya, keupayaan kami untuk melaksanakan projek yang luas ini, dan kebolehan kami mencipta penyelesaian inovatif yang melangkaui segmen produk kami sendiri. Kami berusaha mengukuhkan hubungan kami dengan syarikat teknologi yang terkemuka di dunia dan memainkan peranan kami untuk membantu Bosch mencapai objektif-objektif transformasi digitalnya selain memperkasa tenaga kerjanya. Avaya berbangga dengan sokongan yang diberikan oleh kami yang diperlihatkan menerusi perjanjian ini." Nidal Abou-Ltaif, Presiden, Avaya International.

Source: Avaya
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements