omniture

Kementerian Komunikasi Tandatangani MOU dengan OneWeb untuk Rapatkan Jurang Digital di Arab Saudi

OneWeb
2017-10-28 00:18 548

RIYADH, Saudi Arabia, 28 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Dalam satu majlis yang disaksikan oleh Y.M. Menteri Ir. Abdullah Al-Sawaha dan Sir Richard Branson, Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat (MCIT) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) dengan OneWeb untuk bekerjasama membangunkan penyelesaian pada tahun 2020 bagi menghubungkan 237,000 rumah di seluruh negara, membawa akses jalur lebar yang mampu milik, berkelajuan tinggi dan berkependaman rendah kepada mereka yang tinggal di luar bandar dan kawasan terpencil. MOU ini adalah dalam usaha MCIT untuk memperluaskan semua kawasan Internet berkelajuan tinggi Kerajaan dan juga meningkatkan infrastruktur rangkaian komunikasi dan data, sejajar dengan Pelan Transformasi Nasional yang bertujuan untuk mencapai Internet berkelajuan tinggi bagi sebahagian besar penduduk luar bandar dan kawasan terpencil menjelang tahun 2020.

From Left to Right: Greg Wyler, H.E the Minister Eng. Abdulla Al-Sawaha, Sir Richard Branson, Eng. Abdullah Al-Kanhal Signing OneWeb / Ministry of Communications and Information Technology MOU - October 26 2017
From Left to Right: Greg Wyler, H.E the Minister Eng. Abdulla Al-Sawaha, Sir Richard Branson, Eng. Abdullah Al-Kanhal Signing OneWeb / Ministry of Communications and Information Technology MOU - October 26 2017

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan sasaran untuk menghubungkan sebahagian besar penduduk yang tinggal di luar bandar dan kawasan terpencil menjelang 2020, dan OneWeb akan menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk menghubungkan kawasan yang selama ini sukar dicapai. Bersama-sama, Kerajaan dan OneWeb akan dapat membantu memberi capaian kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan peluang ekonomi melalui sambungan ini.

Menandatangani bagi pihak MCIT, Ir. Abdullah Al-Kanhal, Timbalan Menteri Komunikasi dan Infrastruktur Digital, berkata, "Sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi Nasional Kerajaan, kami melancarkan program yang bercita-cita tinggi untuk menyediakan sambungan wayarles berkelajuan tinggi kepada lebih daripada 70% isi rumah di kawasan luar bandar menjelang 2020. Perkongsian kami dengan OneWeb akan membolehkan kami menyediakan baki 30% lagi isi rumah luar bandar dengan sambungan wayarles berkelajuan tinggi selepas 2020, memperkasakan rakyat di kawasan luar bandar untuk merebut peluang era digital."

Greg Wyler, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif OneWeb, menandatangani MOU awal hari ini dan berkata, "Bermula pada tahun 2020, OneWeb akan dapat menyediakan kepada semua orang di Arab Saudi tanpa mengira lokasi, jalur lebar berkelajuan tinggi ke rumah, pejabat dan sekolah mereka. Ini menjanjikan masa depan yang lebih cerah bagi mereka yang pada masa kini tidak mendapat capaian Internet. Sistem kami akan membenarkan semua perniagaan kecil mengambil bahagian dalam pasaran global, mencipta peluang ekonomi sebenar dan berterusan untuk Kerajaan." 

Perkongsian antara MCIT dan OneWeb ini mewakili salah satu daripada banyak perkongsian yang sedang diusahakan OneWeb tatkala ia meningkatkan usaha untuk melancarkan satelit awal tahun depan. OneWeb akan memulakan perkhidmatan komersial di Arab Saudi pada tahun 2020.

OneWeb komited untuk merapatkan jurang digital di seluruh dunia menjelang 2027, dan sedang bekerjasama dengan kerajaan, Penyedia Perkhidmatan Internet, pengendali mudah alih dan lain-lain untuk menyediakan infrastruktur bagi menyambungkan pelanggan kepada rangkaian komunikasi. Kos untuk membina rangkaian darat masih terlalu tinggi  dan menjangkau kawasan rupa bumi mencabar juga sangat sukar. Sistem OneWeb akan mampu menyediakan capaian jalur lebar siap guna yang mampu milik, untuk menghubungkan orang ramai tidak kira di mana mereka tinggal.

Latar Belakang OneWeb
Misi OneWeb adalah untuk menyediakan capaian Internet mampu milik kepada semua orang, untuk menghubungkan semua sekolah yang belum terhubung di seluruh dunia, dan untuk merapatkan jurang digital seluruhnya menjelang 2027. OneWeb sedang membina rangkaian komunikasi global, dengan gugusan satelit Orbit Bumi Rendah, yang akan menyediakan sambungan kepada berbilion orang di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 7 Tbps kapasiti global, OneWeb akan meluaskan rangkaian pengendali mudah alih dan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk melayani kawasan liputan baharu, membawa sambungan dan komunikasi suara dan data kepada pelanggan, perniagaan-perniagaan, sekolah-sekolah, institusi penjagaan kesihatan dan pengguna-pengguna akhir yang lain.

www.oneweb.net

Latar Belakang MCIT
Peranan Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat adalah untuk memperkasakan penduduk Arab Saudi untuk merebut peluang era digital. Pada kurun ke-21, data adalah 'minyak' baharu dan teknologi digital akan memacu realisasi Visi 2030, membolehkan Kerajaan untuk mengembangkan kemakmuran melalui ekonomi digital, mencipta masyarakat digital yang menghubungkan penduduk dengan lebih baik kepada perkhidmatan sosial dan menyediakan penduduk dengan kebolehan untuk melibatkan diri dengan kerajaan secara membina. Menjelang 2030, Kerajaan berusaha untuk menjadi inkubator inovasi serantau yang utama menyaingi keluaran termaju R&D global.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/591561/OneWeb_MOU.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/591578/OneWeb_Logo_Transparent.jpg  

Source: OneWeb
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts