omniture

ESP Global Adestra Menang Pasukan Khidmat Pelanggan Terbaik Tahunan bagi Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Australia CSIA

Adestra Ltd
2017-10-28 03:05 775

SYDNEY, 28 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Adestra, penyedia utama bagi perisian dan perkhidmatan teknologi pemasaran inovatif, memenangi anugerah bagi Pasukan Khidmat Pelanggan Terbaik Tahunan - Perniagaan Saiz Sederhana menerusi Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Australia (ASEAs) tahunan Institut Khidmat Pelanggan untuk Australia (CSIA).

generated by system

ASEAs merupakan acara penganugerahan khidmat pelanggan terunggul Australia, yang mana lebih 650 eksekutif berhimpun setiap tahun bagi mengiktiraf amalan terbaik dan inovasi dalam khidmat pelanggan. Program ini disokong oleh Perdana Menteri Australia.

Anugerah-anugerah disampaikan semasa makan malam gala pada 25 Oktober, di hotel Westin, Sydney.

"Kami benar-benar berbesar hati atas penerimaan anugerah ini. Untuk disebut-sebut kami mempunyai khidmat pelanggan terbaik dalam perniagaan merupakan satu pujian, dan menerima pengiktirafan dalam hal ini ialah sesuatu yang pengesahan tentangnya. Dalam persekitaran MarTech yang sesak pada masa kini, penting untuk pelanggan merasakan mereka mempunyai rakan kongsi yang berdedikasi terhadap kejayaan mereka. Inilah yang kami usahakan di Adestra dengan menjadikan khidmat pelanggan sebagai tumpuan utama kami. Inilah bukti untuk seluruh pasukan kami dan saya berasa amat bangga," kata Carl Chambers, Pengarah Serantau Adestra APAC.

Memasuki tahun ke-16 ASEAs, CSIA menyatakan ia menerima lebih banyak penyertaan berbanding tahun sebelum ini, menjadikan kategori-kategori individu lebih kompetitif.

"Kaliber penyertaan tahun ini adalah benar-benar luar biasa dan kami berbangga dapat mengiktiraf pencapaian organisasi-organisasi dan individu-individu berjaya yang menonjolkan inovasi serta amalan terbaik dalam bidang ini. Mereka merupakan peneraju bagi kecemerlangan perkhidmatan dan pastinya menerajui usaha yang dilaksanakan," kata beliau.

Mempunyai lebih 500 pelanggan seluruh dunia dalam beberapa sektor utama, Adestra mengalami pertumbuhan pendapatan dua angka tahunan selama hampir 13 tahun. Pada tahun 2015, Adestra mengumumkan pembukaan operasi APAC di Sydney, Australia dan Auckland, New Zealand. Setelah diiktiraf oleh UBM sebagai Pembekal Terbaik Tahunan, memenangi anugerah Tumpuan Pelanggan oleh Institut Khidmat Pelanggan UK (disenarai pendek lima tahun berturut-turut), selain mendapat anugerah Pingat Gangsa untuk Khidmat Pelanggan Stevie AS semuanya pada tahun 2016, ASEA bukan sahaja merupakan anugerah Australia sulung milik Adestra, tetapi ia merupakan satu pengiktirafan lanjut terhadap dedikasi global syarikat untuk membantu pelanggan meraih kejayaan.

"Kami berasa teruja kerana mendapat sokongan untuk khidmat pelanggan kami di rantau ini. Berbanding para finalis hebat yang lain dalam pertandingan, kami berada di Australia hanya dalam tempoh yang pendek. Namun begitu, dalam tempoh tersebut, pasukan kami bekerja dengan amat bersungguh-sungguh pada setiap peringkat dan jabatan bagi menyediakan penyelesaian terbaik dalam perniagaan. Lagipun, apabila pelanggan kami menang, kami turut menang," simpul Chambers.

Latar Belakang Adestra  

Adestra ialah penyedia dipercayai bagi penyelesaian Pemasaran Individu-Pertama untuk jenama-jenama global dan jenama-jenama yang sedang berkembang.

Platform emel syarikat yang terkemuka dalam industri menyediakan infrastruktur hebat untuk khidmat satu-dengan-satu, pemesejan kontekstual dan pengautomatan pemasaran, bagi membantu pemasar berkomunikasi dengan lebih berkesan bersama pengguna dan pelanggan mereka. Ciri-ciri pelaporan yang mantap membolehkan pemasaran menilai dan mengoptimumkan dengan cekap hasil kempen mereka. Struktur yang anjal dan seni bina penyepaduan terbuka membolehkan syarikat-syarikat untuk menghubungkan platform-platform teknologi berbeza demi mewujudkan perjalanan pelanggan yang lancar.

Berserta platform yang terbaik dalam kategori yang mendorong penglibatan pelanggan dan meningkatkan ROI, Adestra ditubuhkan berasaskan prinsip bahawa kejayaan pemasaran adalah lebih daripada sekadar teknologi, dan atas sebab inilah khidmat pelanggan menjadi tumpuan perniagaan ini. Adestra merupakan pemenang bagi Anugerah Tumpuan Pelanggan 2014 dan 2017 daripada Institut Khidmat Pelanggan. Ia turut memenangi Pingat Gangsa bagi kategori Jabatan Khidmat Pelanggan Terbaik Tahunan sempena Anugerah Khidmat Pelanggan Stevie 2017, selain dianugerahkan dengan Anugerah Pembekal Terbaik Tahun 2017 daripada salah satu pelanggannya yang paling lama, UBM.

Adestra terus mengekalkan kadar pengekalan pelanggan tertinggi dalam industri ini. Ia dipercayai oleh syarikat-syarikat terkemuka termasuk UBM, FranklinCovey, Condé Nast Digital Limited, dan Tile, antara lain.

Ditubuhkan pada tahun 2004, Adestra mempunyai pejabat-pejabat di seluruh UK, AS, Kanada, Australia dan New Zealand. Untuk maklumat lanjut, sila layari adestra.com.

Untuk pertanyaan akhbar:
Melanie White
Ketua Bahagian Kandungan dan Komunikasi
Melanie.white@adestra.com
+1-347-506-6027

Source: Adestra Ltd
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Awards