MUMBAI, India, 30 Oktober 2017 /PRNewswire/ --
Sorotan Utama
IndiGrid, Amanah Pelaburan Infrastruktur (InvIT) pertama India dalam sektor kuasa, mengumumkan keputusan suku penuh pertamanya. Pendapatan disatukan mencecah INR 1,323 juta hasil ketersediaan aset yang tinggi. EBITDA disatukan bagi suku tahun adalah sebanyak INR 1,223 juta, membawa kepada aliran Tunai Boleh Diagihkan Bersih (NDCF) sebanyak INR 1,014 juta.
Lembaga Sterlite Investment Managers Limited yang bertindak sebagai Pengurus Pelaburan IndiGrid meluluskan Pengagihan Seunit (DPU) sebanyak INR 2.75 per unit bagi Suku Kedua Tahun Fiskal 2018. Bagi Separuh Pertama Tahun Fiskal 2018, ini membawa kepada jumlah DPU sebanyak INR 3.67 per unit. IndiGrid bakal mencapai panduan DPU sebanyak INR 9.2 per unit bagi Tahun Fiskal 2018.
Mengulas tentang keputusan suku tahunan ini, En. Pratik Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif, IndiGrid berkata, "Kami telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang suku tahun pertama dan dapat mengatasi panduan kami. Kami menjangkakan pertambahan melalui pemerolehan yang diumumkan baru-baru ini, yang selari dengan strategi yang kami nyatakan."
IndiGrid bakal menyelesaikan pemerolehan yang diumumkan mengikut perancangan terhadap tiga aset penganjur - RAPP Transmission Company Limited, Purulia and Kharagpur Transmission Company Limited dan Maheshwaram Transmission Limited, tertakluk kepada kelulusan pemegang unit. Pemerolehan ini akan diselesaikan sebelum Suku Keempat Tahun Fiskal 2018 dan membawa kepada pertumbuhan DPU tahunan sebanyak 4%.
Latar Belakang IndiGrid:
IndiGrid (BSE: 540565) (NSE: INDIGRID) ialah Amanah Pelaburan Infrastruktur (InvIT) pertama yang ditubuhkan untuk memiliki aset-aset transmisi kuasa antara negeri di India. IndiGrid memiliki 10 elemen menjana pendapatan bebas, termasuk 8 barisan transmisi dengan 1,936 ckms dan 2 substesen dengan kapasiti sebanyak 6,000 MVA. InvITs merupakan instrumen pelaburan yang memiliki kebanyakan aset infrastruktur operasi di India dan sama seperti Amanah Pelaburan Hartanah ('ReIT'), Yieldcos dan perkongsian terhad induk ('MLP').
Untuk butiran lanjut, sila kunjungi http://www.indigrid.co.in/.
Hubungan:
Media:
corpcomm@indigrid.co.in
Perhubungan Pelabur:
Investor.relations@indigrid.co.in