omniture

Pemaju Hartanah UAE DAMAC Raih Tempat Pertama dalam Senarai Syarikat Berkembang Paling Pantas Dunia Forbes Global 2000

DAMAC Properties
2017-10-31 23:49 742

DUBAI, UAE, 31 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Kedudukan teratas DAMAC dalam senarai Forbes meletakkan UAE di persada dunia bagi kepimpinan dalam keusahawanan perniagaan dan daya saing global   

DAMAC Properties, pemaju hartanah mewah yang terkemuka di rantau ini, meraih kedudukan pertama dalam Senarai Juara Pertumbuhan Forbes Global 2000, menjadikannya syarikat paling pesat berkembang di dunia dalam kalangan 2,000 terbaik yang disenaraikan oleh Forbes.

generated by system

Senarai Forbes diwujudkan dengan kerjasama Statista, portal terkemuka yang menyediakan statistik dalam talian, kajian pasaran dan risikan perniagaan, yang berasaskan empat metrik - jualan, keuntungan, aset dan nilai pasaran, dan turut mengambil kira pertumbuhan pendapatan terkompaun tahunan syarikat antara tahun 2013 hingga 2016.

Hussain Sajwani, Pengerusi DAMAC Properties, berkata, "Peluang berada di kedudukan teratas dalam senarai Juara Pertumbuhan Forbes Global 2000 ialah satu pengiktirafan peribadi buat saya memandangkan ia memantapkan kedudukan daya saing UAE dan Dubai di persada dunia. Kedudukan ini menjadi bukti terhadap para pemimpin berwawasan di UAE dan sokongan kerajaan dalam menggalakkan semangat keusahawanan dan kejayaan komersial, khususnya dalam sektor hartanah. Pencapaian ini turut mengiktiraf visi jelas DAMAC untuk berkembang, tawaran inovatifnya, perancangan dan prestasi kewangannya yang mantap, serta cita-cita yang berterusan seramai 2,000 kakitangannya dalam menjadi pemimpin industri."

Senarai Juara Pertumbuhan mengambil kira kadar pertumbuhan bagi semua syarikat dalam indeks Global 2000 dan mengenal pasti 250 syarikat yang mencatat prestasi terbaik sebagai Juara Pertumbuhan, berdasarkan pertumbuhan pendapatan kompaun tahunan sejak tiga tahun lalu.

Prestasi jualan DAMAC yang mantap adalah hasil permintaan berterusan untuk projek-projeknya termasuk AYKON City, DAMAC Hills dan AKOYA Oxygen. Pada separuh pertama tahun 2017, DAMAC telah menempah jualan sebanyak AED 4 bilion, meningkat 11 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu. Ditubuhkan pada tahun 2002, pengaruh DAMAC kini meliputi seluruh Timur Tengah menerusi projek-projek di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan dan United Kingdom. Setakat 30 September 2017, DAMAC telah menyiapkan lebih 19,800 kediaman dan 44,000 unit tambahan pada pelbagai peringkat pembangunan.

Sejak ditubuhkan, DAMAC mempelopori industri hartanah di UAE dan rantau ini, selain menjadi contoh untuk jenama-jenama dan organisasi-organisasi dalam industri-industri lain, dari segi kewangan dan profil. DAMAC melancarkan dan membangunkan projek hartanah ikonik yang telah mengubah wajah industri hartanah di UAE.

Senarai lengkap bagi Juara Pertumbuhan Forbes Global 2000 boleh ditemui di: https://www.forbes.com/growth-champions/list/

Dapatkan maklumat lanjut di http://www.damacproperties.com

DAMAC Properties telah mempelopori pasaran hartanah mewah Timur Tengah sejak tahun 2002 - memberikan pengalaman hidup mewah kepada penduduk dari seluruh dunia. Mencipta nama pada tahap tertinggi bagi kehidupan bergaya, DAMAC Properties mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju mewah utama di rantau ini, menawarkan reka bentuk ikonik dan kualiti terbaik. Pengaruh syarikat kini melangkaui seluruh Timur Tengah menerusi projek-projek di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan dan juga United Kingdom.

Setakat 30 September 2017, DAMAC Properties telah menyempurnakan hampir 19,855 kediaman. Syarikat ini mempunyai portfolio pembangunan melibatkan lebih 44,000 unit rumah pada pelbagai peringkat kemajuan dan perancangan, merangkumi lebih 13,000 bilik hotel, pangsapuri berservis dan vila hotel, yang akan diurus oleh cabang hospitalitinya, DAMAC Hotels & Resorts. Berbekalkan visi dan momentum, DAMAC Properties kini membina kehidupan mewah Timur Tengah generasi akan datang.

Ikuti DAMAC Properties melalui Facebook, Twitter (@DAMACofficial) dan YouTube.

 

Source: DAMAC Properties
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Survey, Polls & Research