omniture

MCI Ambil Alih FLOWTRONEX Dan WET (Water Equipment Technologies)

MCI
2017-11-01 12:01 434

DALLAS, 1 November 2017 /PRNewswire/ --  MCI, peneraju bagi reka bentuk dan pembuatan produk-produk kawalan industri, kotak penutup elektrik, kepingan tanah berumput dan stesen pam perbandaran, hari ini mengumumkan ia mengambil alih jenama-jenama produk FLOWTRONEX dan Water Equipment Technologies (WET) daripada XYLEM, INC., dahulunya merupakan sebahagian daripada ITT Industries.  Jenama-jenama Flowtronex dan WET telah menyediakan perkhidmatan untuk industri golf, lanskap, pertanian dan pakej rawatan air di seluruh dunia selama lebih 40 tahun.

"Pasukan FLOWTRONEX/WET ialah pasukan yang bertaraf dunia dan mempunyai minat yang sama dengan MCI—mencipta produk-produk paling canggih dari segi teknologi untuk pelanggan dan industri yang menerima perkhidmatan kami," ujar James Carter, Ketua Pegawai Eksekutif MCI. Dengan menggabungkan kedua-dua syarikat, MCI dapat mengukuhkan strategi industri mereka untuk meningkatkan pasaran tempatan dan memperluas pasaran antarabangsa dengan memanfaatkan hasil pembangunan FLOWTRONEX/WET sejak 40 tahun lalu. Jenama-jenama FLOWTRONEX dan WET akan mendapat faedah daripada produk-produk tambahan, keupayaan serta teknologi yang dibangunkan dan dihasilkan oleh MCI sepanjang 37 tahun sejarahnya. Ini merupakan satu sinergi yang hebat dan dapat mengukuhkan pasaran.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

info@MCIFLOWTRONEX.COM

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/590852/MCI_Logo.jpg

Source: MCI
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation Electronics Performance Measurement Acquisitions, mergers, takeovers