omniture

Berkeley Research Group Perluas Pasukan Asia Pasifik menerusi Pengarah Beijing

Berkeley Research Group
2017-11-01 17:55 528

EMERYVILLE, California, 1 November 2017 /PRNewswire/ -- Firma khidmat nasihat strategik dan perunding pakar bertaraf global, Berkeley Research Group hari ini mengumumkan Steven Shi menyertai firma selaku Pengarah, berpangkalan di Beijing, yang mana beliau akan memimpin operasi-operasi BRG di tanah besar China. Beliau pakar dalam melaksanakan tugasan penyelidikan rumit yang melibatkan ketekunan wajar, penyiasatan korporat termasuk penyiasatan penipuan dan antirasuah (Akta Amalan Rasuah Negara Asing) serta perundingan risiko yang lain.

Shi terlibat secara meluas dalam tugasan untuk syarikat-syarikat multinasional asing yang beroperasi di tanah besar China dan menyokong firma-firma Cina menerusi pelaburan luar negara mereka. Tugasan-tugasan ini termasuk penilaian risiko geopolitik, projek-projek ketekunan wajar pratransaksi, tugasan yang berfokus kajian industri dan pasaran serta khidmat nasihat reaktif yang lain, seperti penyiasatan korporat dan hal-hal pengurusan krisis. Beliau mempunyai pengetahuan tinggi dan pengalaman luas dalam bidang-bidang termasuk perkhidmatan kewangan, perbankan, teknologi tinggi, perubatan dan farmaseutikal, selain sektor-sektor pembangunan hartanah.

"Platform global BRG membolehkan kami menyokong firma-firma Cina dengan lebih baik menerusi strategi-strategi pelaburan mereka di luar China, khususnya yang berkaitan dengan inisiatif Satu Jalur Satu Jalan," kata Shi. "Saya berharap dapat terus memperluas kebolehan kami di tanah besar China bersama pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli profesional terbaik dalam industri."

"Saya berbesar hati dapat bekerjasama sekali lagi dengan Steven," kata Pengarah Urusan Stuart Witchell, pemimpin Asia Pasifik bagi amalan Penyiasatan Global + Risikan Strategik BRG. "Pengetahuan industri beliau digabungkan dengan jaringan luar biasa beliau di China akan membolehkan kami untuk terus menyokong pelanggan kami menerusi penyelesaian yang berkualiti tinggi kepada isu-isu yang rumit. Kami bertuah kerana memperoleh seseorang yang berkaliber seperti Steven untuk menyertai pasukan kami."

"Saya berasa amat teruja untuk mengalu-alukan Steven dalam pasukan penyiasatan global BRG," kata Allen D. Applbaum, Pengarah Urusan dan Pemimpin Global bagi amalan Penyiasatan Global + Risikan Strategik BRG. "Kami terus berusaha membangunkan pasukan AsiaPac yang bertaraf dunia, dan saya yakin, setelah bekerjasama dengan Steven selama bertahun-tahun, pengetahuan dan kepakaran beliau di tanah besar China merupakan aset yang amat bernilai untuk pasukan kami yang terus berkembang."

"Saya telah mengenali Steven secara profesional selama hampir lebih 10 tahun lamanya. Beliau ialah seorang ahli profesional handal yang mempunyai kenalan dan sumber yang luas di seluruh tanah besar China," ulas Michael Slattery, Penasihat Kanan Global dan Pengarah Urusan BRG. "Selaku penyelaras bagi peluasan BRG menembusi rantau Asia Pasifik, saya berasa teruja apabila Steven memutuskan untuk menyertai pasukan profesional yang hebat dan pelbagai di BRG-AsiaPac dan untuk menyediakan firma dengan kehadiran penting di Beijing."

Latar Belakang Berkeley Research Group, LLC

Berkeley Research Group, LLC (www.thinkbrg.com) ialah firma khidmat nasihat strategik dan perunding pakar terkemuka yang menyediakan nasihat bebas, analitik data, kajian berwibawa, keterangan pakar, penyiasatan dan perundingan pengawalseliaan dan pertikaian untuk syarikat-syarikat Fortune 500, institusi-institusi kewangan, agensi-agensi kerajaan, firma-firma undang-undang utama serta badan-banda kawal selia di seluruh dunia. Pakar dan perunding BRG menggabungkan ketangkasan intelektual dengan pengalaman dunia sebenar yang praktikal serta pemahaman mendalam tentang industri dan juga pasaran. Kepakaran mereka meliputi bidang ekonomi dan kewangan, analitik dan statistik data serta dasar awam untuk banyak sektor utama bagi ekonomi kita, termasuk penjagaan kesihatan, perbankan, teknologi maklumat, tenaga, pembinaan dan hartanah. Ibu pejabat BRG terletak di Emeryville, California, dan pejabat-pejabatnya berada di seluruh Amerika Syarikat, dan Asia, Australia, Kanada, Amerika Latin, Timur Tengah dan juga United Kingdom.

 

Source: Berkeley Research Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements