omniture

Hikvision Tingkatkan Prestasi Sistem Pengawasan Video dengan Siri Kamera DeepinView Baharu

Hikvision Digital Technology
2017-11-02 00:53 919

HANGZHOU, China, 2 November 2017 /PRNewswire/ -- Hikvision, pembekal terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif, meneruskan pelancaran NVR Pembelajaran Mendalam pertama dunia menerusi siri baharu kamera IP. Siri Kamera IP "DeepinView" baharu memberikan kuasa dan kepintaran untuk meningkatkan nilai prestasi sistem pengawasan dalam pelbagai aplikasi keselamatan dan pengurusan.

Algoritma pembelajaran mendalam Hikvision menggunakan pengaturcaraan yang lebih mendalam berbanding algoritma konvensional, yang hanya beroperasi secara luaran. Algoritma ini melaksanakan pembelajaran berciri dan menyediakan prestasi analitik kandungan video (VCA) yang begitu tepat dan tekal. Apabila digandingkan dengan pemprosesan GPU berkelajuan tinggi, kamera DeepinView Hikvision dapat memberikan penghitungan yang lebih pantas dengan jumlah data yang banyak.

Analitik kritikal – seperti penapis amaran palsu, pengecaman wajah, penghitungan orang dan ANPR – kini dapat dilaksanakan dengan andal dalam sistem pengawasan sedia ada dan baharu dengan aplikasi yang serbaguna, menyediakan tahap pengesanan yang sofistikated dan pengaktifan amaran semasa berlakunya suatu kejadian mahupun untuk isyarat sebelum kejadian. Analitik ini turut membolehkan pelanggan mengurangkan tenaga kerja yang sebelum ini diperlukan untuk mencari rakaman pengawasan, selain meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan dan ROI komersial.

Pengesanan Tubuh Manusia 
Teknologi pembelajaran mendalam Hikvision membolehkan kamera DeepinView mengesan tubuh manusia, sambil menapis objek-objek dan pergerakan yang tidak perlu dalam paparan yang mana sistem VCA konvensional mencetuskan penggera palsu. Ciri ini berguna khususnya untuk perlindungan perimeter, yang mana pengguna sering menghabiskan banyak masa dan sumber kewangan untuk mencari penggera yang jelas dan juga maklumat yang relevan.

Pengecaman Wajah 
Pengecaman wajah boleh digunakan dalam banyak senario keselamatan dan pengurusan menerusi pelbagai aplikasi bagi memberi amaran kepada pengendali sistem tentang kehadiran individu yang dikehendaki. Ini dapat dicapai melalui pemodelan imej wajah dan pengiraan kesamaan yang disertakan dalam sistem. Teknologi ini semakin menjadi alat yang kritikal terhadap orang yang disenarai hitam yang masuk ke kasino, memandangkan identiti individu boleh digunakan untuk memberi amaran kepada pengawal keselamatan tentang kehadiran pesalah yang dikenali, yang membolehkan kakitangan keselamatan menafikan akses ke dalam kasino. Dengan cara ini mereka berpotensi dapat mencegah kelakuan penipuan. Teknologi ini berfungsi dengan baik untuk mencegah kemasukan pesalah yang dikenali ke tempat-tempat seperti stadium sukan atau restoran.

Penghitungan Orang
Bagi hab pengangkutan, kedai runcit, tempat sukan, tarikan pelawat dan tempat letak kereta, pengumpulan dan analisis maklumat pengunjung yang tepat dapat membantu perniagaan meningkatkan keuntungan mereka dan pengurusan tapak.

Analitik video Penghitungan Orang boleh mengesan jumlah orang yang masuk dan keluar dari kawasan tertentu. Ia dapat merakam pejalan kaki yang melalui kedai runcit pada setiap hari, atau memantau jumlah orang di suatu tempat bagi memastikan had kesihatan & keselamatan tidak dilanggar pada satu-satu masa, sebagai contoh di muzium, yang mana orang ramai bergerak dengan berjalan kaki.

Pengurusan Kenderaan
Pengawasan trafik dan analitik Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR) boleh digunakan untuk memantau pergerakan trafik kenderaan dan meningkatkan kecekapan strategi pengurusan trafik. ANPR boleh digunakan untuk mengenal pasti kenderaan menerusi plat nombor yang disenaraikan dan memberikan akses kepada tempat letak kereta awam dan persendirian secara automatik. Kamera pembelajaran mendalam DeepinView Hikvision mempelajari sendiri maklumat plat nombor dalam satu paparan dan mengecam sejumlah besar plat nombor berbanding sistem ANPR konvensional, tanpa memerlukan pelarasan kedudukan kamera yang seringkali rumit.

Analitik pengawasan Trafik DeepinView, apabila diaplikasikan di kawasan yang padat penduduk dan lebuh raya, merakam kesalahan trafik seperti melanggar lampur merah, memandu salah hala, meletak kereta secara haram dan pusingan-U yang menyalahi undang-undang, menyumbang kepada penurunan kesesakan lalu lintas dan meletakkan penumpang awam dan kenderaan pada kadar risiko kemalangan yang lebih rendah.

"Menawarkan golongan profesional keselamatan dengan fungsi sistem yang lebih mendalam, rangkaian kamera IP DeepinView Hikvision baharu menggabungkan data video, kuasa pemprosesan yang besar dan set teknologi pintar yang inovatif daripada Hikvision untuk menyediakan tahap prestasi pengawasan video yang serba baharu," kata Keen Yao, Naib Presiden Pusat Perniagaan Antarabangsa Hikvision. "Menerusi rangkaian DeepinView, analitik video pembelajaran mendalam akan mengubah standard sistem CCTV menjadi sistem pengesanan dan amaran automatik, pintar dan amat berkesan dan berkualiti HD, bagi menyokong pengendali dan memberikan pengurusan sistem pengawasan yang lebih cekap."

Hikvision telah memanfaatkan teknologi Pembelajaran Mendalam dan menginovasi rangkaian produk untuk memaksimumkan penggunaannya, termasuk Siri Kamera IP DeepinView, NVR DeepinMind dan Pelayan Analitik Video DeepinMind. Tarikh pelancaran produk akan diumumkan di laman sesawang Hikvision.

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah penyedia terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) paling mantap dalam industri, syarikat memajukan teknologi-teknologi teras pengekodan audio dan video, pemprosesan imej video dan storan data berkaitan, selain teknologi-teknologi berpandangan ke hadapan seperti pengkomputeran awan, data besar dan pembelajaran mendalam. Selain industri pengawasan video, Hikvision mengembangkan perniagaannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Sentiasa mencipta nilai kepada pelanggannya, Hikvision mengendali 33 subsidiari rantau di seluruh dunia untuk mencapai kehadiran global sebenar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

 

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology New products/services