omniture

LKKHPG Menang Anugerah 'Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia' Pertama di Tanah Besar China

LKK Health Products Group
2017-11-02 10:20 1051

SHANGHAI, 2 November 2017 /PRNewswire/ -- LKK Health Products Group (LKKHPG) dipilih sebagai salah sebuah Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia di Tanah Besar China oleh HR Asia, bahan penerbitan berwibawa untuk golongan profesional HR. Majlis penyampaian anugerah diadakan di Shanghai pada 27 Oktober 2017.

LKKHPG Menang Anugerah 'Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia' Pertama di Tanah Besar China
LKKHPG Menang Anugerah 'Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia' Pertama di Tanah Besar China

LKKHPG diberi penghormatan menerusi anugerah ini untuk Hong Kong selama dua tahun berturut-turut. Kemenangan bagi anugerah Tanah Besar Cina yang pertama ini terus memperlihatkan prestasi luar biasa LKKHPG terhadap penjenamaan majikan.

Kempen "Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia" ialah salah satu anugerah pengurusan korporat yang paling berpengaruh di Asia. LKKHPG ialah salah satu daripada 28 syarikat yang layak bagi tahun ini daripada 158 pencalonan merentasi 20 industri di Tanah Besar China, mengikut kriteria penting termasuk persekitaran bekerja, amalan HR, penglibatan pekerja dan kepuasan kerja.

Anugerah ini diadili oleh panel bebas berdasarkan Tinjauan Input Tempat Kerja dan Pekerja (IES) dan juga Tinjauan Penglibatan Tempat Kerja dan Pekerja (WEES). "Gabungan unik pengesahan didorong pekerja dan piawai bandingan penghakiman boleh ukur, kedua-duanya menyingkirkan sikap berat sebelah dalam jawatankuasa penghakiman, dan membezakan Anugerah ini daripada program-program lain yang terdapat dalam pasaran," kata En. William NG, Penerbit Kumpulan dan Ketua Editor bagi Business Media International.

Melalui tinjauan tanpa nama yang dijalankan dalam kalangan pekerja yang dipilih secara rawak daripada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian, LKKHPG menerima mata yang tinggi dalam semua dimensi, yang menandakan para pekerjanya amat mengiktiraf syarikat dalam aspek-aspek termasuk kepuasan kerja, rasa pemilikan, hubungan yang baik dengan rakan sekerja & golongan atasan, potensi & peluang pertumbuhan jangka panjang, galakan inovasi, motivasi diperkasa oleh pengiktirafan, bersikap proaktif dalam mengenal pasti bakat-bakat pekerja, berfikir di luar dasar dan pewujudan budaya kerja-kehidupan yang seimbang.

En. David Zhang, Naib Presiden Kanan LKKHPG berkata apabila menerima anugerah, "Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyatakan penghargaan ikhlas saya kepada semua rakan sekerja. Dengan berpegang pada nilai-nilai teras kami iaitu 'Si Li Ji Ren', usaha mereka yang berterusan membolehkan kami mencapai pengiktirafan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada HR Asia atas penilaian dan akreditasi profesional mereka. Kami sentiasa menghargai kakitangan kami sebagai aset yang paling penting. Kami akan terus maju ke hadapan bagi menjadikan syarikat kami sebagai tempat kerja yang lebih baik, dipenuhi kebahagiaan."

Latar Belakang LKK Health Products Group ( www.lkkhpg.com )

LKK Health Products Group, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, ditubuhkan oleh Keluarga Lee Kum Kee pada tahun 1992. Syarikat mengendalikan pelbagai segmen perniagaan melibatkan produk kesihatan herba Cina, pelaburan hartanah, perladangan dan perdagangan herba Cina serta modal usaha niaga untuk syarikat-syarikat baharu. Tanda dagangan Syarikat merangkumi "Infinitus", "Tianfangjian" dan "Happiness Capital".

Ikuti kami melalui Facebook dengan mencari: lkkhpg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171031/1979502-1

 

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources Awards Survey, Polls & Research