ATLANTA dan TORONTO, 2 November 2017 /PRNewswire/ -- Envista Forensics hari ini mengumumkan Ron Koerth menyertai syarikat bagi menyandang jawatan Naib Presiden Kanan.
En. Koerth, yang akan ditempatkan di luar pejabat Toronto, Ontario Envista, akan menggalas tanggungjawab terhadap pengurusan operasi bagi operasi-operasi khidmat runding forensik Kanada dan UK/Eropah Envista. Selain tanggungjawab operasi, beliau akan turut memanfaatkan hubungan sedia ada bagi membantu perekrutan korporat global dan usaha pembangunan bakat.
Sebelum menyertai Envista, Ron telah menghabiskan sebahagian besar kerjaya beliau dengan bekerja sebagai jurutera forensik, khususnya sebagai Pengasas Bersama Giffin Koerth Forensic Engineering (kini -30-), yang mana kepakaran dan minat beliau untuk membangunkan dan membimbing pasukan kejuruteraan dan pakar memainkan peranan penting dalam mengukuhkan reputasi sebagai syarikat yang disegani dari segi kepakaran teknikal.
"Kami berasa amat teruja apabila Ron menyertai pasukan kami. Beliau bukan sahaja seorang pakar forensik awam yang berjaya, malah beliau sangat mahir dalam membangunkan dan memimpin pasukan forensik pelbagai bidang yang amat berkesan," kata Bob Wedoff, Presiden Envista Forensics.
Beliau meneruskan dengan menambah, "Ron menyertai keluarga Envista pada saat yang mengujakan, dan sebetulnya, pada masa yang tepat dalam sejarah syarikat kami. Tatkala kami terus maju ke hadapan untuk merealisasikan visi kami bagi menyediakan perkhidmatan kejuruteraan forensik bertaraf dunia yang lengkap kepada kumpulan pelanggan global kami, saya yakin dorongan Ron terhadap kecemerlangan dan tumpuan terhadap nilai-nilai teras akan meningkatkan minat, bakat dan kepakaran pasukan sedia ada kami yang sudahpun menjadi contoh."
Apabila ditanyakan tentang aspek peranan baharu beliau yang paling mengujakan, Ron Koerth mengulas, "Mengurus, membimbing dan memimpin individu merupakan antara aspek yang paling mendatangkan kepuasan dalam kerjaya profesional dan juga kehidupan peribadi saya. Membantu orang lain meningkat maju bagi mencapai tahap potensi penuh mereka, dan berjaya dengan cara yang mendatangkan kesan positif terhadap mereka yang berada di sekeliling adalah suatu yang amat saya minati."
Beliau menyambung dengan berkata, "Envista Forensics ialah tempat yang saya percaya saya mampu membawakan sesuatu daripada bakat berkenaan dengan cara terbaik, dan memberi kesan positif yang maksimum. Mereka merupakan peneraju global bagi perundingan kerugian hartanah dan forensik, forensik digital dan pemulihan peralatan. Paling penting, seluruh pasukan kepimpinan Envista mempunyai segala yang menjadi pendirian saya berkaitan sejauh mana orang ramai seharusnya dilayan: mereka menerima ideal korporat bahawa semua orang penting, dan berjaya melaksanakan falsafah tersebut dalam tempoh yang begitu lama. Saya berasa teruja dapat menjadi sebahagian daripada organisasi yang mempunyai komitmen yang begitu mendalam terhadap orang ramai."
Latar Belakang Envista Forensics
Envista ialah peneraju global bagi kejuruteraan forensik & penyelesaian pemulihan, menyediakan analisis kegagalan, penyiasatan kebakaran dan letupan, forensik digital, rekonstruksi kemalangan, perundingan bangunan, kejuruteraan geoteknikal, penilaian kerosakan dan perkhidmatan pemulihan peralatan setelah berlakunya pelbagai bencana.
Envista menyediakan perkhidmatan untuk industri insurans, perundangan dan pengurusan risiko selama lebih 30 tahun. Pakar-pakar mereka mengembara ke seluruh dunia dari lebih 30 pejabat yang terletak di seluruh Amerika Utara, Amerika Latin, U.K., Eropah, Singapura dan Australia.
UNTUK SIARAN SEGERA
Untuk maklumat tambahan, sila hubungi:
Jennifer Gaster, Naib Presiden-Pemasaran
+1 224 406 9809 jennifer.gaster@envistaforensics.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/593924/Envista_Logo_RGB_F.jpg