SAO PAULO, 2 November 2017 /PRNewswire/ -- Angka-angka utama yang dilapor oleh Bradesco pada sembilan bulan pertama tahun 2017, dengan penekanan terhadap penggabungan, mulai 1 Julai 2016, antara HSBC Bank Brasil S.A. dan subsidiarinya (HSBC Brasil):
1. Pendapatan Bersih Terlaras untuk sembilan bulan pertama tahun 2017 bernilai R$14.162 bilion (meningkat 11.2% berbanding Pendapatan Bersih Terlaras sebanyak R$12.736 bilion yang dicatat pada tempoh yang sama tahun 2016), bersamaan pendapatan sesaham sebanyak R$3.05 dan pulangan Ekuiti Pemegang Saham Terlaras Purata sebanyak 18.1%.
2. Berhubung sumbernya, Pendapatan Bersih Terlaras merangkumi R$10.035 bilion daripada aktiviti kewangan, mewakili 70.9% daripada jumlah keseluruhan, dan R$4.127 bilion daripada insurans, pelan pencen dan operasi bon permodalan, yang bersama-sama menyumbang sebanyak 29.1%.
3. Pada 30 September 2017, permodalan pasaran Bradesco bernilai R$208.250 bilion, menunjukkan peningkatan sebanyak 29.8% berbanding pada September 2016.
4. Jumlah Aset, pada September 2017, bernilai R$1.312 trilion, meningkat sebanyak 3.3% berbanding pada September 2016. Pulangan Jumlah Aset Purata adalah sebanyak 1.5%.
5. Pada September 2017, Portfolio Pinjaman Tambahan mencecah R$486.864 bilion, menurun sebanyak 6.7% berbanding pada September 2016. Operasi-operasi individu pula berjumlah R$172.207 bilion (meningkat 0.7% berbanding pada September 2016), manakala operasi bersama syarikat-syarikat berjumlah R$314.657 bilion (menurun 10.3% berbanding pada September 2016).
6. Aset Bawah Pengurusan bernilai R$1.992 trilion, meningkat sebanyak 6.8% berbanding pada September 2016.
7. Ekuiti Pemegang Saham berjumlah R$110.301 bilion pada September 2017, 11.9% lebih tinggi berbanding pada September 2016. Nisbah Basel III yang dihitung, berdasarkan Konglomerat Prudential berada pada 17.7%, 13.4% ialah Modal Tahap I.
8. Sejumlah R$4.597 bilion telah dibayar dan diperuntukkan kepada pemegang saham sebagai Faedah dalam Ekuiti Pemegang Saham bagi keuntungan yang dijana pada sembilan bulan pertama tahun 2017, dengan R$2.054 bilion dibayar dalam bentuk ansuran bulanan dan interim, dan R$2.543 bilion telah diperuntukkan.
9. Bahagian Faedah-Pendapatan bagi NII berjumlah R$47.114 bilion pada sembilan bulan pertama tahun 2017, menunjukkan pertumbuhan sebanyak 1.7% berbanding tempoh yang sama pada sembilan bulan pertama tahun 2016.
10. Nisbah Delinkuensi 90-hari ialah 4.8% pada akhir September 2017, menurun 0.2 p.p. berbanding pada Jun 2017.
11. Nisbah Kecekapan Operasi (ER), tidak termasuk kesan kemerosotan aset-aset kewangan, pada September 2017 ialah 40.7% (38.2% pada September 2016), manakala nisbah kecekapan "risiko-terlaras" ialah 53.2% (49.9% pada September 2016).
12. Premium Bertulis Insurans, Simpanan Pelan Pencen dan Pendapatan Bon Permodalan berjumlah R$55.097 bilion pada sembilan bulan pertama tahun 2017, meningkat 9.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016. Peruntukan teknikal bernilai R$239.287 bilion, meningkat 12.0% berbanding baki pada September 2016.
13. Pelaburan dalam infrastruktur, teknologi maklumat dan telekomunikasi berjumlah R$4.215 bilion pada sembilan bulan pertama tahun 2017.
14. Cukai dan sumbangan yang dibayar atau diperuntukkan, termasuk keselamatan sosial, berjumlah R$26.496 bilion pada sembilan bulan pertama tahun 2017, dengan R$10.942 bilion berkaitan cukai yang dipegang dan dikumpul daripada pihak ketiga, manakala R$15.554 bilion dihitung mengikut aktiviti yang dibangunkan oleh Bradesco Organization, bersamaan 109.8% daripada Pendapatan Bersih Terlaras.
15. Bradesco memiliki Jaringan Khidmat Pelanggan yang luas di Brazil, menerusi 4,845 Cawangan dan 3,908 Titik Khidmat Pelanggan (PA). Perkhidmatan berikut turut disediakan untuk pelanggan Bradesco: 980 ATM yang terletak di premis syarikat (PAE), 39,062 titik khidmat pelanggan Bradesco Expresso, 35,854 ATM Bradesco, dan 21,006 ATM Jaringan Banco24Horas.
16. Pada bulan Julai 2017, Bradesco melancarkan Skim Program Pemisahan Sukarela Khas (PDVE), yang mana kakitangan Organisasi yang memenuhi segala syarat yang ditetapkan dalam peraturan pelan masing-masing boleh menyertainya. Tarikh akhir untuk menyertai pelan ini berakhir pada hujung Ogos 2017, dengan pematuhan seramai 7.4 ribu kakitangan, dan jumlah kos sebanyak R$2.3 bilion. Anggaran kesan tahunan terhadap perbelanjaan kakitangan ialah pengurangan sebanyak R$1.5 bilion.
17. Gaji, termasuk caj dan faedah berjumlah R$12.700 bilion pada sembilan bulan pertama tahun 2017. Faedah sosial yang diberikan kepada kakitangan Bradesco Organization dan tanggungan mereka berjumlah R$3.480 bilion, manakala pelaburan dalam pendidikan, latihan dan juga program pembangunan berjumlah R$127.693 juta.
18. Anugerah dan Pengiktirafan Utama dalam tempoh ini:
- Pemenang anugerah "Empresas Mais", bagi kategori "Bank-bank" (akhbar O Estado de S. Paulo, dengan kerjasama Fundação Instituto de Administração - FIA dan Austin Rating);
- Pemenang dalam panduan "As Melhores da Dinheiro 2017", bagi kategori "Tadbir Urus Korporat". Bradesco Vida e Previdência memenangi anugerah Syarikat Terbaik dalam sektor ini dan turut dibawakan dalam kategori "Kemampanan Kewangan" dan "Inovasi dan Kualiti" (majalah Isto É Dinheiro);
- Ditampilkan dalam "Anugerah Projek Teknologi Terbaik Tahun 2017", memenangi kategori "Keselamatan Siber", menerusi kes "Penggunaan Teknologi Data Besar untuk Cegah Serangan Terhadap ATM", yang menunjukkan penggunaan Data Besar untuk mengenal pasti, pada masa sebenar, serangan yang mungkin berlaku terhadap ATM (majalah The Banker);
- Ditampilkan dalam anugerah "Conarec – Kongres Nasional bagi Hubungan Syarikat-Pelanggan" edisi tahun 2017, bagi kategori "Bank-bank". Grupo Bradesco Seguros memenangi anugerah bagi kategori: "Insurans", "Kesihatan", "Pelan Pencen" dan "Bon Permodalan";
- Berada dalam senarai "150 Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Brazil" (majalah Época, menerusi penilaian oleh firma khidmat runding Great Place To Work);
- Bradesco BBI memenangi tiga anugerah dan menjadi satu-satunya bank Brazil yang memenangi tiga anugerah antarabangsa tertinggi dalam sektor ini selama dua tahun berturut-turut, iaitu: "Bank Pelaburan Paling Inovatif di Amerika Latin" oleh majalah The Banker; dan "Bank Pelaburan Terbaik Brazil" oleh Global Finance dan Euromoney;
- Grupo Bradesco Seguros, bagi tahun kelapan berturut-turut, tersenarai dalam buku tahunan "Melhores & Maiores", pencapaian penting dalam sektor insurans, berserta "Bradesco Saúde", "Bradesco Vida e Previdência", dan "Bradesco Auto/RE" (majalah Exame); dan
- Bradesco Seguros tersenarai dalam buku tahunan "Valor 1000", menerajui sektor insurans di Brazil. "Bradesco Seguros" dan "Bradesco Saúde" berada di tempat pertama dalam kategori "Insurans Am" (termasuk Auto) dan "Insurans Kesihatan", masing-masing (akhbar Valor Econômico).
Bradesco Organization komited sepenuhnya terhadap pembangunan sosioekonomi negara. Kami menetapkan garis panduan dan strategi perniagaan kami dengan matlamat untuk merangkumkan amalan kemampanan terbaik, mengambil kira konteks dan potensi setiap rantau, seterusnya menyumbang kepada penjanaan nilai yang dikongsi bersama dalam tempoh jangka panjang. Bagi mengukuhkan kedudukan ini, kami menekankan pematuhan terhadap inisiatif perniagaan yang diiktiraf seluruh dunia, seperti: Kompak Global, Sasaran Pembangunan Lestari (SDG), Prinsip Khatulistiwa, CDP (Projek Pendedahan Karbon), Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI), Program Protokol GHG (Program Emisi Gas Rumah Hijau Brazil) dan Syarikat-syarikat untuk Perubahan Iklim (EPC). Lembaga Pengarah, menerusi Jawatankuasa Kemampanan, memantau segala pertimbangan kemampanan. Kecemerlangan dalam pengurusan perniagaan boleh dilihat menerusi indek Kemampanan utama, seperti Indeks Kemampanan Dow Jones (DJSI) – "Dunia dan Pasaran Baru Muncul", Bursa Saham New York, Indeks Kemampanan Korporat (ISE) dan Indeks Cekap Karbon (ICO2), kedua-duanya daripada B3.
Dengan program sosial dan pendidikan meluas yang dijalankan sejak 60 tahun lalu, Fundação Bradesco mengendalikan 40 sekolah di seluruh Brazil. Pada tahun 2017, belanjawan sebanyak R$625.944 juta akan memberi faedah kepada kira-kira 104.2 ribu orang pelajar yang mendaftar di sekolah-sekolah tersebut pada tahap berikut: Pendidikan Asas (bermula daripada Tadika kepada Sekolah Menengah dan Pendidikan Menengah Tinggi Teknikal-Profesional), pendidikan belia dan dewasa; dan latihan vokasional awal dan berterusan, fokus untuk mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan. Selain jaminan pendidikan yang percuma dan berkualiti, pelajar yang mengikuti sistem Pendidikan Asas, berjumlah melebihi 43 ribu pelajar, turut menerima baju seragam, kelengkapan sekolah, bekalan makanan dan juga bantuan perubatan serta pergigian. Fundação juga dijangka akan memberi manfaat kepada 630 ribu pelajar menerusi pembelajaran jarak jauh (EaD), iaitu melalui portal e-Pembelajaran "Escola Virtual" (Sekolah Maya), dengan pelajar-pelajar ini boleh menghabiskan satu daripada lebih 90 kursus yang ditawarkan dalam jadualnya. Baki seramai 15,040 orang pelajar mengambil bahagian dalam projek-projek dan tindakan-tindakan yang dijalankan dengan kerjasama Program Educa+Ação dan dalam kursus-kursus Teknologi.
HUBUNGI:
Pasukan Perhubungan Pelabur
+011-55-11-2194-0922
investors@bradesco.com.br