omniture

Pemerintah Dubai Lancar Inisiatif Pendidikan IT untuk Hasilkan Satu Juta Pengekod Arab

DAMAC Properties
2017-11-03 13:29 979

DUBAI, UAE, 3 November 2017 /PRNewswire/ --

Disokong oleh Yayasan Hussain Sajwani-DAMAC, Inisiatif bertujuan untuk mewujudkan kumpulan pengekod perisian bagi memimpin dunia Arab menuju era digital 

Yayasan Hussain Sajwani - DAMAC, satu usaha sama antara DAMAC Properties dan Pengerusinya, En. Hussain Sajwani, menandatangani satu memorandum perkongsian untuk menyokong dan menaja inisiatif Satu Juta Pengekod Arab (One Million Arab Coders). Inisiatif ini, dilancarkan oleh Naib Presiden UAE, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, bertujuan unutk menyediakan latihan pengekodan percuma kepada satu juta penduduk Arab.

generated by system

Sheikh Mohammed berkata, "Kami ingin berterima kasih kepada Yayasan Hussain Sajwani - DAMAC kerana menyokong inisiatif Satu Juta Pengekod Arab, yang bertujuan untuk memperkasa warga Arab dengan bahasa era moden - satu langkah penting ke arah membina masa depan yang lebih cerah. Institusi-institusi sektor swasta kami merupakan rakan-rakan kongsi penting dalam usaha pembangunan dan memainkan peranan aktif dalam membina masyarakat masa depan."

'Satu Juta Pengekod Arab' ialah inisiatif pendidikan pan-Arab yang pertama seumpamanya, diwujudkan dengan kerjasama Yayasan Hussain Sajwani - DAMAC, satu inisiatif amal bersama antara DAMAC Group dan Pengerusinya bagi menyokong visi Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum untuk mewujudkan masyarakat yang diperkasa dan lebih bahagia melalui pembelajaran dan pembangunan kemahiran.

Perjanjian perkongsian ditandatangani dalam satu majlis yang diadakan di pejabat Yayasan Masa Depan Dubai di Menara Emirates, oleh Tuan Yang Terutama Mohammed bin Abdullah Al Gergawi, Menteri Hal Ehwal Kabinet dan Masa Depan, Naib Pengerusi dan Pengarah Urusan Yayasan Masa Depan Dubai, dan Hussain Sajwani, Pengerusi DAMAC Properties.

Mengulas tentang inisiatif ini, Tuan Yang Terutama Al Gergawi berkata, "Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan keupayaan asas dan set kemahiran yang akan diperlukan oleh para peserta pada masa depan, tanpa sebarang kos, bagi membantu dunia Arab mewujudkan penyelesaian yang diperlukan untuk memacu pembangunan yang mampan, di samping membina ekonomi berasaskan pengetahuan yang disokong oleh teknologi."

"Yayasan Hussain Sajwani - DAMAC komited untuk melihat visi Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum untuk masa depan yang lebih baik menerusi masyarakat yang diperkasa dan lebih bahagia di seluruh dunia Arab," kata Sajwani. "Saya berbesar hati dapat menjadikan Satu Juta Pengekod Arab sebagai inisiatif pertama kami dan dapat bekerjasama dengan Yayasan Masa Depan Dubai."

Inisiatif Satu Juta Pengekod Arab merupakan sebahagian daripada Inisiatif Mohammed bin Rashid Global (MBRGI), yayasan amal khusus untuk menyebarkan pendidikan dan pengetahuan bagi menyumbang kepada kebangkitan dunia Arab, dan untuk memajukan rantau ini dengan melabur dalam golongan belia, yang mana tenaga dan kebolehan mereka akan membina masa depan.

Inisiatif ini, yang diurus oleh Yayasan Masa Depan Dubai, terdiri daripada tiga fasa untuk dilengkapkan selama dua tahun. Fasa pertama melibatkan pendaftaran pelajar-pelajar Arab dan pengajar dari seluruh dunia melalui http://www.arabcoders.ae. Di sini, para peserta boleh memulakan latihan percuma dan menerima sijil pada akhir setiap kursus.

Dalam peringkat kedua, 1,000 pelajar terbaik akan dipilih melalui Cabaran Pengekod, dan mereka akan berpeluang untuk mendaftarkan diri dan menerima kursus lanjutan, biasiswa dan kursus-kursus vokasional untuk profesional.

Dalam peringkat ketiga, 10 pengekod terbaik akan dipilih. Pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai bernilai $1 juta, manakala sembilan pengekod lain, masing-masing akan menerima wang tunai bernilai $50,000. Empat pengajar terbaik akan menerima wang tunai berjumlah $200,000, yang mana masing-masing menerima $50,000.

Inisiatif ini akan memperkasa penduduk Arab agar mereka mendapat pekerjaan - statistik semasa menunjukkan, kira-kira 80 juta pekerjaan akan disediakan pada tahun 2020 dalam bidang perisian, aplikasi telefon pintar dan pembangunan web.

Maklumat lanjut disediakan di http://www.damacproperties.com

Nota untuk editor: DAMAC Properties telah mempelopori pasaran hartanah mewah Timur Tengah sejak tahun 2002 - memberikan pengalaman hidup mewah kepada penduduk dari seluruh dunia. Mencipta nama pada tahap tertinggi bagi kehidupan bergaya, DAMAC Properties mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju mewah utama di rantau ini, menawarkan reka bentuk ikonik dan kualiti terbaik. Pengaruh syarikat kini melangkaui seluruh Timur Tengah menerusi projek-projek di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan dan juga United Kingdom. 

Setakat 30 September 2017, DAMAC Properties telah menyempurnakan hampir 19,855 kediaman. Syarikat ini mempunyai portfolio pembangunan melibatkan lebih 44,000 unit rumah pada pelbagai peringkat kemajuan dan perancangan, merangkumi lebih 13,000 bilik hotel, pangsapuri berservis dan vila hotel, yang akan diurus oleh cabang hospitalitinya, DAMAC Hotels & Resorts. Berbekalkan visi dan momentum, DAMAC Properties kini membina kehidupan mewah Timur Tengah generasi akan datang.

Ikuti DAMAC Properties melalui Facebook, Twitter (@DAMACofficial) dan YouTube.

Source: DAMAC Properties
Keywords: Computer/Electronics Education Internet Technology Real Estate New products/services