omniture

Maison Mumm Dedah Rahsia Kejayaan Usain Bolt

Maison Mumm
2017-11-06 08:39 718

LONDON, 6 November 2017 /PRNewswire/ --

Maison Mumm mengeluarkan video baharu yang berani, di mana Ketua Pegawai Hiburan baharu Usain Bolt mendedahkan petua peribadinya untuk menjadi pemenang. Dengan gaya tersendiri sendiri yang tidak dapat ditiru, Usain masuk ke dalam rentak parti dengan persembahan tarian yang luar biasa hebatnya!    

Untuk melihat siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8152651-g-h-mumm-usain-bolt-secrets-success/  

Tatkala beliau memulakan kerjaya baharunya, Usain Bolt membuktikan bahawa bakatnya yang mengagumkan bukanlah sekadar menjadi lelaki terpantas di planet ini. Dilantik sebagai Ketua Pegawai Hiburan Mumm sepanjang tahun lalu, Usain telah memberi inspirasi kepada dunia menerusi pemikiran positifnya dengan mewujudkan keraian berani dengan sentuhan Mumm yang tersendiri. Produksi baharu yang berani itu menunjukkan beliau mendedahkan sisi peribadi yang tidak dijangka, dalam satu siri rutin yang direka tari dengan liuk lentok yang selayaknya bagi seorang penari profesional.

Mendebarkan dan di luar kebiasaan, filem ini - yang diarahkan oleh Luis Cervero yang berbakat (pernah bekerjasama dengan Pharell Williams, Justice, dan lain lain) - menampilkan atlet itu dan bekas peserta Miss Universe Jamaica Yendi Philipps dalam ekspresi detik demi detik yang melambangkan nilai istimewa Berani Maison Mumm. Menang. Raikan.

Ia bermula dengan Usain yang berpakaian elegan tiba di kelab malam yang meriah pada tengah malam. Setelah memulakan pesta di lantai tarian, Usain mencuri tumpuan dengan duet tarian yang penuh bertenaga. Aksi reka tari atletik memberi peluang kepadanya untuk menanggalkan pakaian sebelum bersedia di garis permulaan dengan pakaian perlumbaannya. Itulah saatnya kita menyedari bahawa Usain sebenarnya telah meraikan kemenangannya sebelum berlumba!

Buat pertama kali, video itu menunjukkan seorang atlet elit mendedahkan rahsia kejayaannya. Usain Bolt memancarkan sikap pemenang sebelum tiba di garisan permulaan, dan kaedah peribadinya menyangkal kebiasaan: "Jangan menang untuk meraikan, raikan untuk menang." Mesej itu membuktikan Mumm sebagai Maison dengan pandangan yang teguh dan minda yang fokus pada gaya dan pemikiran positif: ringkasnya, ikon kemenangan dan keraian yang sebenar.

Video ini merupakan satu babak baharu dalam sejarah Maison Mumm yang berani. Sejak penubuhannya, ia berbangga menjadi rakan kongsi bagi perintis berani yang menolak sempadan. Botol tersendiri Mumm yang istimewa ialah ungkapan keraian kemenangan yang terhebat dan penghormatan kepada pencapaian ahli sukan di mana-mana jua.

Untuk menonton klip video, sila klik di sini: https://youtu.be/dz27Fd90rLs

Raikan #NextVictory anda

Sila minum dengan berhemah


(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/542288/Usain_Bolt_Success.jpg )


Video: https://www.multivu.com/players/uk/8152651-g-h-mumm-usain-bolt-secrets-success/

Source: Maison Mumm
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment New products/services