omniture

Kejohanan Dunia STIHL TIMBERSPORTS® 2017: Atlet Sukan Ekstrem Jason Wynyard Sekali Lagi Juara Dunia - New Zealand Tewaskan Australia dalam Pertandingan Berpasukan

STIHL TIMBERSPORTS Series
2017-11-06 20:58 737

LILLEHAMMER, Norway dan WAIBLINGEN, Jerman, 6 November 2017 /PRNewswire/ -- Kejohanan dunia STIHL TIMBERSPORTS® telahpun berakhir: Pada tanggal 3 November di Dewan Håkons, Lillehammer, New Zealand memenangi kejohanan dunia berpasukan, mengalahkan Poland dan Australia. Pada hari Sabtu, Jason Wynyard dari New Zealand berjaya mempertahankan gelaran beliau dalam pertandingan individu. Lebih 5,500 penonton mengikuti kejohanan dunia itu secara langsung di arena tersebut. Pada tahun 2018, Liverpool bakal menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Dunia STIHL TIMBERSPORTS®. 

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Selepas kejohanan tahun 2012, Lillehammer sekali lagi menjadi tuan rumah bagi kejohanan dunia STIHL TIMBERSPORTS®. Atlet-atlet sukan pembalak terbaik dunia beradu tenaga di hadapan 5,500 penontoan di Dewan Håkons menerusi pertandingan kelas yang terbaik. Pada akhir babak pertandingan individu yang mendebarkan, Jason Wynyard dari New Zealand berjaya mempertahankan gelaran juara dunia buat kali kesembilan dan menewaskan Brad De Losa dari Australia dan Mitch Hewitt dari Kanada yang menduduki tempat kedua dan ketiga. Dari peringkat awal, Wynyard menunjukkan prestasi yang mantap dan bertarung bagi mendapat tempat dalam kumpulan utama. Beliau mendahului dengan memecahkan rekod hari tersebut menerusi disiplin yang menjadi kegemaran beliau, Single Buck. Wynyard memanfaatkan kedudukan hadapan beliau dan tidak melepaskannya walaupun sehingga peringkat terakhir. "Gelaran ini amat bermakna buat saya. Akhirnya, semuanya ditentukan oleh Hot Saw dan bagi disiplin ini, butiran paling kecil juga penting," kata Wynyard.

Pada hari Jumaat, para atlet New Zealand merampas gelaran dalam pertandingan berpasukan. Para atlet New Zealand itu, diketuai oleh Jason Wynyard, mengalahkan pasukan Poland dalam pusingan akhir dan berjaya merampas gelaran keempat mereka. Atlet kegemaran ramai dari Australia kalah mengejut terhadap pasukan Poland dalam pusingan separuh akhir kerana mereka menerima penalti masa kerana bermula awal. Manakala atlet Poland bertarung bermati-matian dan menyebabkan kekalahan pasukan kegemaran ramai itu. Para atlet Australia mengalahkan atlet-atlet Kanada dalam pusingan akhir kecil dan berjaya menduduki tempat ketiga.

Kejohanan Dunia 2018 di Liverpool

Pada tahun 2018, buat julung kalinya, Kejohanan Dunia STIHL TIMBERSPORTS® akan diadakan di Liverpool, England. Pada 19 dan 20 Oktober, para atlet terbaik dari seluruh dunia akan bersaing bagi merebut gelaran Individu dan Pasukan.

Latar Belakang STIHL TIMBERSPORTS® 

STIHL TIMBERSPORTS® ialah siri pertandingan sukan lasak bertaraf antarabangsa. Ia berasal dari Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand, yang mana para pekerja daripada industri balak mengadakan pertandingan bagi menentukan individu paling pantas bagi pelbagai disiplin memotong dan menggergaji kayu yang hampir menyerupai tugasan harian mereka. Disiplin-disiplin pembalakan ini berkembang mengikut peredaran masa menjadi siri disiplin sukan yang memerlukan ciri keatletikan, kekuatan, ketepatan dan kuasa yang hebat. Hari ini, para atlet terbaik dunia bersaing dalam acara-acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa, yang merangkumi tiga disiplin kapak dan tiga disiplin menggergaji. Springboard, Underhand Chop dan Standing Block Chop merupakan disiplin-disiplin kapak klasik; Single Buck (gergaji pengerat lelaki individu), Stock Saw (gergaji rantai standard) dan Hot Saw (gergaji rantai tertala, tersuai sehingga 80 kuasa kuda) merupakan disiplin menggergaji. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.stihl-timbersports.com

Maklumat perhubungan akhbar
Christopher Borghorst        
Telefon: +49(0)7151 / 26-4521        
Faks: +49(0)7151 / 26-84521        
E-Mel: christopher.borghorst@stihl.de   

ANDREAS STIHL AG & Co. KG
Badstraße 115
71336 Waiblingen
http://www.stihl.de

Source: STIHL TIMBERSPORTS Series
Keywords: Sports