omniture

MR PORTER Perkenal Mr P. - Jenama Definitif Baharu daripada Destinasi Utama Dunia untuk Gaya Lelaki

MRPORTER.COM
2017-11-07 16:00 587

LONDON, 7 November 2017 /PRNewswire/ -- MR PORTER, destinasi dalam talian yang memenangi anugerah untuk gaya lelaki, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Mr P. – label milik kami sendiri, ditampilkan buat julung kalinya secara eksklusif melalui MR PORTER pada 7 November.


Dicipta oleh pasukan yang terdiri daripada para pereka dalaman, Mr P. ialah koleksi klasik masa depan sepanjang tahun, yang menumpu pada rangkaian pakaian Essentials yang utama. Selain itu, turut disediakan lima kapsul edisi terhad setiap tahun – setiap satunya didorong oleh trend, mengikut musim dan diinspirasikan oleh ikon gaya dahulu dan masa kini. Sumber inspirasi kami bagi kapsul pelancaran November ialah artis 'School of London' selepas perang, semasa kegemilangan mereka pada tahun 1960-an di Soho, London.

Ciptaan Mr P. adalah hasil makluman pandangan pelanggan selama tujuh tahun (dengan lebih 600,000 pembeli setakat ini!) dan juga maklum balas berharga serta corak membeli belah yang kami perhatikan menerusi kumpulan pelanggan kami sejak dilancarkan pada Februari 2011. Proses rekaan bagi setiap pakaian dipimpin oleh pepatah yang membimbing kami: Potongan ringkas. Perincian segak. Gaya berkekalan.

Koleksi pelancaran Mr P. mencakupi 53 item melibatkan pakaian sedia untuk dipakai, termasuk 24 gaya Essential yang tersedia sepanjang tahun dan 29 gaya bermusim menerusi kapsul penampilan sulung. Gaya-gaya yang menonjol termasuk: 15-ukuran pakaian berkait kashmir, baju moden Oxford; denim tepi kain Jepun; serta kot luar satu dan dua lapisan dengan gabungan bulu biri-biri mentah dan kashmir. Kebanyakan koleksi ini dibuat di Itali, dengan item terpilih dibuat di Portugal, manakala denim dibuat di Jepun. Harga bermula pada nilai £55 untuk kemeja-T teras, sehingga £875 untuk jaket kulit juruterbang kapsul.

"Di MR PORTER, kami merupakan – pertama dan paling utama – individu yang menghasilkan produk. Minat terhadap kualiti, keunikan, gaya dan keserbabolehan menjadi tulang belakang bagi membangunkan perniagaan kami sejak tujuh tahun lalu. Oleh itu, pelancaran Mr P. adalah suatu yang agak asli buat kami; kami berpendapat terdapat ruang untuk gabungan lebih 400 jenama kami untuk sesuatu yang dapat membawakan gambaran unik terhadap elemen klasik pada pakaian dan turut menonjolkan kapsul biasa menerusi pakaian yang lebih mengikut trend dan didorong oleh musim sepanjang tahun. Kami ingin memikirkan bahawa kami mempunyai pandangan yang hebat bagi pakaian lelaki, menghimpunkan gabungan pengetahuan antara pembeli dan editor kami, dan akhirnya Mr P. adalah hasil gabungan tersebut: perincian yang segak, potongan yang ringkas dan gaya yang berkekalan.

En. Toby Bateman, Pengarah Urusan, MR PORTER  

Kapsul kedua edisi terhad Mr P. bakal dilancarkan pada Februari, diikuti dengan kapsul ketiga pada April. Mr P. akan memperkenalkan koleksi kasut dan aksesori untuk AW18.

Pada 17 Oktober, MR PORTER mendedahkan imej pertama dan butiran tentang koleksi Mr P. melalui pemegang Instagram khusus (@mrp) dan pada pautan berikut: www.mrporter.com/mrp.

Ikuti dan kunjungi kedua-duanya dalam acara pada majlis pelancaran 7 November.

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/596881/MrP_Label_launch_creative_A4_6.jpg

 

 

 

 

Source: MRPORTER.COM
Related Links:
Keywords: Fashion Retail Textiles New products/services