omniture

Cambium Networks Iktiraf Wira-wira Ketersambungan Tanpa Wayar seluruh Dunia

Cambium Networks
2017-11-07 23:00 456

Anugerah Wira Ketersambungan Iktiraf Mereka Yang Mengubah Kehidupan melalui Ketersambungan Tanpa Wayar

ROLLING MEADOWS, Illinois, 7 November 2017 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian rangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan penerima pertama Anugerah Wira Ketersambungan syarikat. Dilancarkan tahun ini, anugerah ini mengiktiraf individu-individu yang membawa perubahan dalam kehidupan orang ramai dan memperbaiki keadaan masyarakat melalui usaha-usaha mereka untuk meluaskan fungsi ketersambungan tanpa wayar dan menghubungkan mereka yang tidak terhubung.


"Meskipun Wi-Fi terkenal dengan hasil positif yang disediakan untuk banyak perniagaan - para pemenang Anugerah Wira Ketersambungan memberikan penjelasan yang diperlukan bagi peranan rangkaian tanpa wayar dalam usaha-usaha kemanusiaan dan kebajikan," kata Nolan Greene, penganalisis penyelidikan kanan, IDC. "Wira-wira Ketersambungan ini mengenal pasti keperluan kritikal dan menggunakan rangkaian tanpa wayar untuk menyediakan perkhidmatan transformatif yang membangunkan komuniti, menyediakan peluang pendidikan dan benar-benar menyelamatkan nyawa."

"Dengan lebih tiga bilion penduduk yang masih tidak terhubung dengan internet, terdapat banyak peluang untuk para pemimpin berwawasan yang menentukan hala tuju dengan tepat bagaimana untuk menghubungkan mereka yang tidak terhubung. Banyak pihak berusaha membuat perubahan sedemikian pada masa kini," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Ia suatu usaha yang tepat untuk turut mengiktiraf individu-individu yang pertama yang melihat wujudnya keperluan tersebut dan mengambil tindakan sendiri untuk keluar dari zon selesa mereka dan menjadikan perubahan terhadap ketersambungan dapat dilaksanakan."

Anugerah Wira Ketersambungan disampaikan kepada empat individu berwawasan pada setiap suku tahun dan satu anugerah tahunan. Para penerima anugerah meraih wang bernilai $1,000 sebagai sumbangan untuk badan amal pilihan mereka dan dipaparkan dalam laman sesawang Cambium Networks. Pemenang tahunan pertama bagi tahun 2017 akan diumumkan pada bulan Januari 2018 dan akan menerima $5,000 tambahan untuk disumbangkan kepada badan amal pilihan mereka.

Para pemenang Anugerah Wira Ketersambungan bagi suku ketiga 2017 ialah:

  • Jay Dearhouse, Semper WiFi – "Kami merupakan satu kolaborasi golongan veteran Marine Corps. yang berpendapat masanya telah tiba untuk melakukan sesuatu dan mewujudkan rangkaian kami sendiri di tanah rizab Kahnawake. Kami berbangga dapat menyediakan fungsi ketersambungan kepada penduduk yang menuntut perkhidmatan tersebut sejak beberapa tahun dan berharap dapat melibatkan lebih banyak bandar dan perkampungan yang memerlukan jalur lebar berkelajuan tinggi dalam masa terdekat." Badan amal yang ditetapkan oleh Dearhouse ialah Pusat Belia Kahnawake, yang menyediakan tempat selamat untuk golongan muda bermain dan bersosial.
  • Evert Bopp, Disaster Tech Lab (DTL) – "Disaster Tech Lab, NGO yang berpangkalan di Ireland mengkhusus dalam penyediaan akses internet di zon-zon bencana. Kami dihubungi oleh pihak UNHCR yang meminta kami untuk menyediakan akses internet kepada kem-kem pelarian yang bakal didirikan di Greece bagi menghubungkan lebih 400,000 pelarian. Badan amal yang ditetapkan oleh Bopp ialah DTL, yang turut menyediakan fungsi ketersambungan berikutan bencana taufan.
  • Juan Javier Marriott, Consulnetworks S. A. – "Syarikat kami menyumbangkan perkhidmatan internet untuk menghubungkan sekolah tempatan. Badan amal yang ditetapkan oleh En. Marriott ialah Colegio San Gabriel Fundesia, yang menubuhkan empat sekolah di Cauca dan Cali, Colombia yang menyediakan perkhidmatan untuk lebih 2,100 kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan tegar dan menyelamatkan mereka daripada keganasan.
  • Tsering G. Sherpa, EverestLink – "Kami mewujudkan komuniti pintar di kawasan pedalaman Himalaya di Nepal dan menghubungkan sekolah-sekolah serta masyarakat di kawasan rupa bumi berceranggah dan terpencil. Seluruh masyarakat mendapat manfaat daripada ketersambungan ini." Usaha amal Sherpa adalah untuk meningkatkan pendidikan kanak-kanak miskin di kawasan Himalaya.

Pencalonan bagi pusingan Anugerah Wira Ketersambungan seterusnya masih dibuka dan boleh dihantar secara dalam talian.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar dipercayai yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubungOrang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diperluas dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian perindustrian, perusahaan dan kerajaan membangunkan fungsi ketersambungan yang mampu milik, andal dan tinggi prestasi. Kini, syarikat mempunyai lebih tujuh lima juta radio digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di lebih 150 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.

Hubungi: Sara Black, 1-213-618-1501

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/595265/Cambium_Networks___Connectivity_Hero.jpg
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/117974

 

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Awards