omniture

SunMoon Food Company Laksana OneWorld NetSuite Sokong Peluasan Global yang Pesat

Oracle NetSuite
2017-11-09 20:45 474

Pengedar produk segar tingkatkan produktiviti dan kecekapan, jimat S$20,000 dalam hanya lima bulan

SINGAPURA, 9 November 2017 /PRNewswire/ -- Oracle NetSuite, salah satu penyedia yang terkemuka di dunia bagi kewangan berasaskan awan/  ERP, HR, Pengautomatan Perkhidmatan Profesional (PSA) dan suit perisian perdagangan berbilang saluran, hari ini mengumumkan SunMoon Food Company Limited (SunMoon), pengedar global bagi buah-buahan dan produk makanan, mengguna pakai OneWorld NetSuite bagi menyokong pertumbuhan globalnya, mendayakan peningkatan produktiviti dan kecekapan keseluruhan dengan ketara. Hanya dalam tempoh lima bulan, OneWorld NetSuite memudahkan 900 transaksi, dan membantu menjimatkan 150 jam untuk SunMoon dan anggaran nilai S$20,000.

Bermula pada April 2017, SunMoon memanfaatkan OneWorld bagi tujuan pengurusan kewangan, inventori dan pesanan, selain penyatuan kewangan untuk tiga subsidiari di China, Indonesia dan AS, serta transaksi berbilang mata wang di 11 negara berbeza – Dolar Australia, Kanada, Hong Kong, Singapura dan AS, Euro, Rupiah Indonesia, Ringgit Malaysia, Renminbi dan Baht Thailand. Ia turut menyokong bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Ditubuhkan pada tahun 1983, SunMoon mengedar pelbagai hasil makanan segar dan mampan, bermula daripada durian beku premium kepada jagung manis sedia dimakan. Hasil makanan ini diperoleh secara terus daripada lebih 200 pembekal yang dipilih dengan teliti dan disahkan menurut piawaian 'Jaminan Kualiti SunMoon', senarai semak penting bagi menjamin kesegaran, keselamatan dan kebolehkesanan. Kemudian ia diagihkan kepada pengguna yang mementingkan kesihatan di seluruh dunia, merentasi pelbagai saluran e-dagang, pasar raya besar dan juga outlet francais milik SunMoon.

Sebelum menggunakan OneWorld NetSuite, SunMoon menggunakan emel terutamanya untuk berkomunikasi dengan petani, pembekal dan pelanggan bagi tujuan pengambilan stok, pengurusan pesanan, penghantaran invois dan pengeluaran bil. Penyelarasan manual penting yang diperlukan ini, menjadikannya amat sukar untuk mengesan pesanan dan membandingkan sebut harga, memberi impak yang besar kepada produktiviti dan juga potensi pertumbuhan syarikat.

OneWorld NetSuite memperkasa pihak pembekal SunMoon untuk memasukkan tarikh luput, saiz bungkusan dan butiran lain daripada sebarang peranti yang disambungkan dengan internet ke dalam sistem berasaskan awan. Berdasarkan maklumat ini, SunMoon dapat membuat sebut harga dengan mudah untuk pelanggannya, yang boleh diterima dengan hanya satu klik. Kemudian, OneWorld NetSuite secara automatik menghantar PO kepada petani dan mengeluarkan invois sebaik sahaja pesanan dipenuhi.

"SunMoon menawarkan lebih 200 produk melalui lebih 11,000 titik jualan di seluruh dunia kepada 169 pelanggan di 20 negara, dan angka ini bertambah setiap hari," kata Gary Loh, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SunMoon Food Company Limited. "Dengan OneWorld NetSuite, kami berupaya memindahkan produk-produk kami dengan lancar dari ladang ke meja makan pada skala global dengan lebih pantas dan lebih cekap. Penggunaan keupayaan bersepadu daripada OneWorld NetSuite dapat membantu kami mengubah SunMoon menjadi perusahaan aset ringan dan bertumpu pelanggan."

OneWorld NetSuite turut menyokong pelan peluasan SunMoon yang agresif. "Dengan OneWorld NetSuite, kami dapat menembusi pasaran-pasaran baharu dengan lebih mudah," sambung Loh. "Ciri-ciri berbilang bahasa dan pelbagai mata wang dapat meletakkan kami di persada dunia, memperkasa kami untuk terus memperluas operasi-operasi kami di Indonesia, AS dan Asia Tenggara. Paling utama, kami tidak memerlukan jabatan-jabatan IT luar negara bagi menyokong negara-negara ini. Pasukan Singapura kami dapat memberi sokongan secara jarak jauh memandangkan OneWorld NetSuite adalah berasaskan awan sepenuhnya."

Zakir Ahmed, Pengurus Besar, Oracle NetSuite Asia mengulas: "Dengan Asia Pasifik yang menyumbang hampir 60 peratus daripada populasi global, rantaian bekalan makanan dan jaringan pengedaran yang cekap adalah lebih penting di sini berbanding tempat-tempat lain di dunia. Kami komited untuk menyediakan perniagaan yang berpandangan hadapan dengan instrumen untuk berinovasi. SunMoon ialah contoh penting bagi perniagaan yang memanfaatkan teknologi untuk mendigitkan dan mengubah pasaran tradisional ini."

OneWorld NetSuite dapat menyokong 190 mata wang, 20 bahasa, pengiraan dan pelaporan cukai secara automatik di lebih 100 negara, serta transaksi pelanggan di lebih 200 negara dan wilayah. Keupayaan kewangan global ini memberikan keterlihatan organisasi yang luas dan pada masa sebenar kepada SunMoon serta pandangan baharu untuk tiga subsidiarinya melalui pihak pembekal, pelanggan dan juga data transaksi yang lain.

Latar Belakang Oracle NetSuite  
Oracle NetSuite merintis revolusi Pengkomputeran Awan pada tahun 1998, menubuhkan syarikat pertama dunia khusus untuk menyediakan aplikasi perniagaan melalui internet. Hari ini, ia menyediakan suit kewangan berasaskan awan / Perancangan Sumber Perusahaan (ERP), HR dan perisian perdagangan berbilang saluran yang mengendalikan perniagaan syarikat-syarikat di lebih 100 negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.netsuite.com.sg.

Ikuti blog Awan NetSuite, halaman Facebook dan pemegang Twitter @NetSuite untuk maklumat terkini pada masa sebenar.

Latar Belakang Oracle
Oracle Cloud menawarkan suit aplikasi SaaS yang lengkap untuk ERP, HCM dan CX berserta pangkalan data terbaik dalam kategorinya Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS) dan Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS) daripada pusat-pusat data di seluruh benua Amerika, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut tentang Oracle (NYSE:ORCL), sila kunjungi kami di oracle.com.

Latar Belakang SunMoon Food Company Limited ( www.sunmoonfood.com )
SunMoon Food Company Limited ("SunMoon") ialah pengedar dan pemasar global bagi buah-buahan segar, sayur-sayuran dan produk-produk berkhasiat, disediakan untuk pengguna yang mementingkan kesihatan dengan cara yang paling mudah.

Bermula pada tahun 1983, SunMoon telah mengembangkan tawaran produknya kepada lebih 200 jenis produk, termasuk buah-buahan segar, sayur-sayuran, snek buah-buahan kering yang dibekukan, kekacang, buah-buahan campur, buah-buahan cucuk, jus, sorbet, buah-buahan beku serta pelbagai jenis air yang dibungkus di bawah jenamanya sendiri.

Menerusi jaringan jualan luas yang melibatkan lebih 11,000 titik jualan di seluruh dunia, tawaran produk premium yang berkualiti daripada SunMoon diedarkan melalui pasar raya, kedai serbaneka, saluran dalam talian dan borong, syarikat penerbangan, perkhidmatan makanan selain outlet francais SunMoon di Singapura.

Sejak tahun 2015, syarikat beralih kepada model perniagaan aset ringan berfokus pengguna dan bertumpu jenama dengan memanfaatkan ekuiti jenama yang kukuh serta model operasi 'Jaringan x Geografi x Produk'. Dengan memilih untuk tidak memiliki lading sendiri, SunMoon bekerjasama dengan para petani untuk memastikan mereka memenuhi piawaian kualiti kami.

Produk-produk SunMoon didatangkan dengan Jaminan Kualiti SunMoon, disokong oleh akreditasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti HACCP; Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), AIB (Cemerlang) ISO 22000, Sijil Halal dan Kosher.

SunMoon tersenarai pada tahun 1997 dalam Papan Utama Bursa Singapura.

Oracle NetSuite
Oracle NetSuite

 

Logo: http://mma.prnewswire.com/media/597456/O_Netsuite_clr.jpg

 

Source: Oracle NetSuite
Related Stocks:
NYSE:ORCL
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Food/Beverages Licensing/marketing agreements