omniture

Panggilan Penyertaan Anugerah Eksekutif Terbaik Tahunan SportBusiness

Lapresse
2017-11-10 19:46 589

MILAN, 10 November 2017 /PRNewswire/ --

SportBusiness International menyeru penyertaan untuk satu anugerah baharu yang mengujakan.

Milan, 9 November 2017 /Lapresse/

Bermula Disember ini, Anugerah Eksekutif Terbaik Tahunan SportBusiness akan meraikan 20 eksekutif perniagaan yang telah mencapai keputusan paling mengagumkan untuk firma mereka dan meletakkan penanda aras baharu dalam industri sukan antarabangsa bagi tempoh 12 bulan sebelumnya.

Sekiranya anda, atau seseorang dari organisasi anda, ingin menguar-uarkan tahun yang bertuah, atau meraikan perjanjian perniagaan yang penting, SportBusiness International ingin mendengar kejayaan anda.

Panel hakim kami (lihat di bawah) akan memilih calon-calon yang paling mengagumkan daripada semua penyertaan dan profil 20 individu teratas akan diterbitkan dalam edisi tambahan kenang-kenangan yang istimewa. Edisi tambahan itu akan diterbitkan dalam talian dan dalam keluaran Disember SportBusiness International serta akan dipasarkan dengan meluas di seluruh saluran media sosial SportBusiness Group.

Anugerah ini akan menyediakan organisasi anda dengan cagaran pemasaran yang berkesan dan boleh dianggap sebagai audit luaran objektif ke atas strategi syarikat anda. Dengan membenarkan hakim-hakim kami menilai pencapaian organisasi anda, anda boleh mengukur tahap kejayaan anda tahun ini berbanding dengan rakan-rakan dan pesaing.

Anugerah ini terbuka kepada semua eksekutif yang bekerja dalam arena sukan antarabangsa. Ini termasuk individu-individu di agensi perkhidmatan penuh, agensi penajaan, agensi media, penyiar, firma media, persekutuan, pasukan dan liga. Selain itu, anugerah ini terbuka kepada pengurus stadium dan kemudahan, firma pakar runding dan eksekutif sukan. 

Proses penyertaan telah dipermudahkan sebaik mungkin untuk tidak mengambil banyak masa anda.

Panel hakim untuk Eksekutif Terbaik Tahunan SportBusiness: 

Ben Cronin, editor SportBusiness International

Richard Clarke, wartawan digital, SportBusiness International

Sophie Morris, pemasaran Milharbour 

Jeremy Edwards, Activative

William Field, Prospero Strategy

Mark Dreyer - wartawan China, SportBusiness International

Robin Jellis, editor TV Sports Markets

Mark Burns, Pengasas dan editor, Sport Business Chronicle, USA 

Sekiranya anda ingin mencalonkan eksekutif dari firma anda, sila klik pautan di bawah dan isikan borang permohonan sebelum 16 November. Semua penyertaan adalah sulit.

https://www.surveymonkey.co.uk/r/execoftheyear17

Sumber: Lapresse

Source: Lapresse
Keywords: Sports Awards