omniture

Kenderaan Elektrik Pertama Daripada Borgward Menang Anugerah

BORGWARD Group AG
2017-11-10 20:39 609

STUTTGART, Jerman, 10 November 2017 /PRNewswire/ --

Anugerah Rekaan Jerman Jadi Milik Borgward BXi7

Barisan hakim yang handal daripada Majlis Rekaan Jerman - pihak berkuasa Jerman tertinggi bagi jenama dan rekaan – sekali lagi diberi penghormatan menerusi produk daripada Borgward. BXi7 Borgward, SUV berkonsep elektrik sepenuhnya, memenangi Anugerah Rekaan Jerman bagi tahun 2018. Terdahulu, anugerah pernah diberikan untuk tiga model Borgward yang lain: BX7 Borgward, BX5 Borgward dan SUV berkonsep coupe BX6.

generated by system

Majlis Rekaan Jerman berusaha untuk mempromosikan produk dan projek inovatif memainkan peranan rintis dalam industri rekaan Jerman dan antarabangsa. Ini bermakna gaya rekaan Borgward, yang disifatkan sebagai "inovatif" dan "tipikal Jerman" dalam banyak keadaan, menerima pujian rasmi daripada pihak berkuasa tertinggi. Majlis Reka Bentuk ini, yang terdiri daripada pakar-pakar berprofil tinggi, ditubuhkan sebagai sebuah yayasan pada tahun 1953 menerusi inisiatif German Bundestag. Hari ini, ia dianggap sebagai salah satu pusat kepakaran utama dunia bagi komunikasi rekaan dan pengurusan jenama.

"Penghormatan buat model kenderaan elektrik BXi7 Borgward kami pada tahun 2017 merupakan penghormatan kali keempat yang kami terima menerusi Anugerah Rekaan Jerman," kata Anders Warming, Presiden Rekaan Global, Borgward Group AG, di ibu pejabat syarikat di Stuttgart. "Kami menganggap ini sebagai insentif tambahan untuk terus mencipta rekaan automotif yang menjadi contoh anjakan paradigm yang berlaku dalam industri auto ke arah mobiliti elektrik. Kami juga dapat menunjukkan haluan masa depan kami menerusi satu lagi kenderaan rintis, Konsep Isabella Borgward."

Model memenangi anugerah daripada Borgward   
Ciri reka bentuk luaran BXi7 BORGWARD dicipta di pusat rekaan di Renningen berhampiran Stuttgart. Ia memperlihatkan semangat baharu dan berorientasikan masa depan bagi platform pemanduan elektrik berubah-ubah ePROPULSION Borgward.

Versi elektrik kenderaan tersebut berbeza daripada Borgward BX7 biasa, yang dikuasakan oleh enjin pembakaran, menerusi beberapa butiran penting. Sebagai contoh, bahagian luaran mendapat hasil cat BIRU KILAT eksklusif, yang akan dikhaskan untuk semua kenderaan konsep Borgward dengan menampilkan sistem pemanduan elektrik pada masa depan. Reka bentuk eksklusif lain yang dibawakan untuk BXi7 termasuk rel bumbung dengan peralihan lancar kepada spoiler bumbung, bamper depan dan belakang, peresap belakang dan roda yang dioptimumkan secara aerodinamik. Rekaan luar dilengkapkan dengan aplikasi warna biru menerusi WARNA BIRU LANGIT dan lampu LED berfungsi siang hari yang terkenal.

Bahagian dalam BXi7 turut dinaik taraf menerusi ciri-ciri rekaan yang tersendiri. Ciri-ciri ini termasuk elemen hiasan besar dalam BIRU KILAT, perapian yang berhati-hati dan tempat duduk berbentuk berlian BORGWARD yang tipikal, dijahit dengan WARNA BIRU LANGIT. Kesemuanya menyampaikan pesanan yang jelas bahawa ini merupakan sejenis sistem pemanduan yang berbeza. Tanggapan ini ditingkatkan dengan tuil pemilih gear dengan rekaan baharu pada konsol tengah dan dua paparan LCD besar pada papan pemuka.

Sesuai untuk kegunaan harian, hasil sistem pemanduan elektrik inovatif   
SUV konsep BXi7 Borgward, yang hampir menyerupai model pengeluaran siri yang akhirnya siap, amat sesuai untuk kegunaan harian disebabkan oleh baterinya, yang dibangunkan bersama rakan strategik Borgward, LG Electronics. Bagi langkah-langkah pembangunan seterusnya, jarak elektrik BXi7 dijangka akan ditambah sehingga 500 kilometer, bergantung pada sejauh mana kenderaan tersebut dipandu. Kitar pengecasan kepada 80 peratus kapasiti mengambil masa hanya 30 minit di stesen pengecasan pantas.

Sistem kawalan elektronik eAWD dan motor elektrik di bahagian gandar depan dan belakang mengubah SUV menjadi kenderaan pacuan semua roda dengan sistem pengedaran tork yang berubah-ubah sepenuhnya. Dua motor segerak magnet kekal dengan penukar bersepadu mempunyai gabungan output 200 kW/272 kuasa kuda, memberikan tork maksimum sehingga 400 Newton meter, dan menggabungkan, selari dengan harapan pemandu, antara prestasi bergaya dan pengendalian dengan tahap kecekapan tertinggi.

Maklumat lanjut
BORGWARD GROUP AG
Kriegsbergstrasse 11  
70174 Stuttgart, Jerman

Marco Dalan
Ketua Bahagian Komunikasi Global
e-mel: marco.dalan@borgward.com  
Tel. +49(0)711-365-101-041 
http://www.borgward.com

Source: BORGWARD Group AG
Keywords: Auto Transportation Awards