omniture

Percanggahan Enigma Software Group dengan Malwarebytes Dibawa ke Mahkamah Rayuan Lindungi Hak-hak Pengguna

Enigma Software Group USA, LLC
2017-11-12 01:29 340

Enigma Software Group meneruskan tuntutannya terhadap Malwarebytes bagi amalan predatori perniagaan atas rayuan. Enigma Software Group menyediakan pemfailan rayuan untuk dakwaan tuntutan mahkamah selanjutnya.

Enigma Software Group komited untuk mendakwa tuntutannya terhadap Malwarebytes bagi amalan perniagaan yang tidak adil setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

CLEARWATER, Florida, 12 November 2017 /PRNewswire/ -- Tuntutan mahkamah oleh Enigma Software Group USA, LLC ("ESG") terhadap Malwarebytes atas kelakuan antipersaingannya menyekat program antiperisian hasad berkualiti tinggi daripada Enigma Software Group dibawa ke Mahkamah Rayuan Litar ke-9. Seperti mana yang dimaklumkan kepada Malwarebytes, Enigma Software Group meneruskan tuntutannya atas rayuan bagi semakan penuh had-had yang dikenakan menurut undang-undang di bawah Seksyen 230 Akta Kesopanan Komunikasi. Tuntutan mahkamah oleh Enigma Software Group asalnya difailkan terhadap amalan antipersaingan predatori Malwarebytes menyekat program Enigma Software Group yang diuji dan disahkan secara bebas yang melindungi berjuta-juta pengguna daripada risiko perisian hasad. Seperti yang dijelaskan dalam tuntutan mahkamah, Malwarebytes menyasarkan Enigma Software Group secara khusus kerana Enigma Software Group ialah pesaing yang berjaya yang mempunyai berjuta-juta pengguna yang memilih programnya sebagai alat antiperisian hasad yang selamat dan berkesan. Seperti yang turut dinyatakan dalam tuntutan mahkamah, amalan sekatan oleh Malwarebytes telah membahayakan pengguna dan juga Enigma Software Group. Paling ketara, kelakuan antipersaingan oleh Malwarebytes menafikan hak pengguna untuk menggunakan perisian keselamatan pilihan mereka – yang akan menjadi salah satu isu yang dibangkitkan dalam Mahkamah Rayuan. 

Enigma Software Group, dengan rasa hormat, tidak bersetuju dengan pencirian Mahkamah Daerah berkenaan fakta kes dan kesimpulan undang-undang menurut Pendapatnya dan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan, seperti haknya di bawah undang-undang. Apa-apa cadangan oleh Malwarebytes bahawa pertikaian undang-undang telah berakhir mengabaikan kuasa Mahkamah Rayuan Litar ke-9 untuk menyemak merit tuntutan Enigma Software Group. Terdahulu, Enigma Software Group telahpun menunjukkan percanggahan yang ganjil dalam kedudukan undang-undang Malwarebytes, yang logiknya membenarkan setiap pesaing Malwarebytes untuk menyenaraikan Malwarebytes juga sebagai Program Berpotensi Tidak Dikehendaki. Enigma Software Group percaya bahawa perdebatan undang-undang Malwarebytes adalah tidak benar berhubung fakta kes ini dan mencabar undang-undang – dan berpotensi mendedahkan mana-mana syarikat menggunakan undang-undang dengan tidak wajar terhadap liabiliti penting dan kerosakan seperti yang dinyatakan oleh Enigma Software Group terhadap Malwarebytes. Enigma Software Group dengan tegas percaya terhadap merit tuntutannya dan amat yakin dengan Mahkamah Rayuan Litar ke-9 untuk menyemak kekuatan kesnya. No. Kes 5:17-cv-02915-EJD-Enigma Software Group USA, LLC lwn. Malwarebytes, Inc.

Aduan Enigma Software Group
https://www.enigmasoftware.com/enigma-software-group-files-suit-against-malwarebytes/
https://www.enigmasoftware.com/legal/enigma-software-vs-malwarebytes-complaint.pdf

Dokumen Tuntutan Enigma Software Group
https://www.enigmasoftware.com/legal/enigma-software-vs-malwarebytes-legal-brief.pdf

Latar Belakang Enigma Software Group USA, LLC

Enigma Software Group USA, LLC ialah penyepadu sistem dan pembangun perisian keselamatan PC bertaraf antarabangsa milik persendirian, dengan pejabat gabungannya berada di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Kepakaran syarikat ialah pembangunan perisian keselamatan PC, analisis keselamatan dalam talian, penilaian ancaman penyesuaian dan pengesanan ancaman keselamatan PC, selain pembaikan khas perisian hasad untuk jutaan pelanggan mereka di seluruh dunia. ESG terkenal dengan SpyHunter®, perkhidmatan dan produk perisian antiperisian hasad. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ESG, kunjungi www.enigmasoftware.com atau tonton video berikut https://youtu.be/GZFK3NV1Hok.

Berhubung dengan ESG melalui Twitter | Facebook | Google+ | LinkedIn | YouTube

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/601506/enigmalogo_big.jpg

Source: Enigma Software Group USA, LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Legal issues