omniture

Tarikan Pelancong Baharu Hong Kong - "Ocean Terminal Deck" Dibuka kepada Orang Awam

Harbour City
2017-11-13 17:30 803

Lokasi Terbaik untuk Menikmati Matahari Terbenam Hong Kong dengan Panorama 270-darjah Pelabuhan Victoria

HONG KONG, 13 November 2017 /PRNewswire/ -- Dengan lebih daripada 50 tahun warisan dan tempat bagi pusat membeli-belah terbesar di Hong Kong, Harbour City sentiasa berusaha untuk terus berkembang seiring dengan kemajuan Hong Kong. Terletak di aras bumbung Ocean Terminal bangunan tambahan baharu Harbour City, Dek Pemerhatian yang dinamakan "Ocean Terminal Deck" kini dibuka kepada orang ramai secara percuma. Ia ialah kompleks lima tingkat yang terletak di hujung Ocean Terminal dan dikelilingi oleh laut dengan lokasi utama yang bersambung ke pusat Pelabuhan Victoria.

Untul melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.prnasia.com/mnr/harbourcity_20171113.shtml

 

 

Pusat Membeli Belah Terbesar Hong Kong “Harbour City” telah membuka tarikan pelancong terbaharu “Ocean Terminal Deck” kepada orang awam.
Pusat Membeli Belah Terbesar Hong Kong “Harbour City” telah membuka tarikan pelancong terbaharu “Ocean Terminal Deck” kepada orang awam.

 

“Ocean Terminal Deck” telah menjadi lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di Hong Kong.
“Ocean Terminal Deck” telah menjadi lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di Hong Kong.

 

Dengan pemandangan panorama 270-darjah Pelabuhan Victoria, “Ocean Terminal Deck” menyediakan pemandangan Pulau Hong Kong dan Kowloon yang menakjubkan.
Dengan pemandangan panorama 270-darjah Pelabuhan Victoria, “Ocean Terminal Deck” menyediakan pemandangan Pulau Hong Kong dan Kowloon yang menakjubkan.

 

Kesemua outlet menjamu selera di bangunan tambahan baharu Ocean Terminal menyediakan pemandangan pelabuhan yang hebat dan ruang menjamu selera terbuka kepada pelanggan.
Kesemua outlet menjamu selera di bangunan tambahan baharu Ocean Terminal menyediakan pemandangan pelabuhan yang hebat dan ruang menjamu selera terbuka kepada pelanggan.

Pautan Foto Rujukan Bangunan Tambahan Baharu Ocean Terminal:
https://www.dropbox.com/sh/82f3l8harplrkpa/AABXwsobmGbL0Ln3cB6-VM_Pa?dl=0

Saksikan dengan Lebih Dekat Pemandangan Menakjubkan Victoria Harbour dari Dek Pemerhatian 270 darjah

Bangunan baharu ini direka oleh Foster + Partners, sebuah firma seni bina yang terkenal di peringkat antarabangsa, dengan matlamat menjadikannya ikon baharu Hong Kong dengan memaksimumkan kelebihan geografi Harbour City untuk membolehkan orang ramai menikmati pemandangan pelabuhan dari sudut yang berbeza-beza. Dek Pemerhatian, "Ocean Terminal Deck", di atas bumbung kini dibuka kepada pelawat secara percuma untuk menikmati pemandangan Hong Kong. Dibina di tepi laut dengan panorama 270-darjah Pelabuhan Victoria yang menghadap ke pemandangan yang menakjubkan Pulau Hong Kong dan Kowloon, ia menjadi tempat terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dan malam di Hong Kong, dan pastinya menjadi ikon mercu tanda dan tarikan pelancong baharu Hong Kong.

11 Restoran dengan Pemandangan Pelabuhan menawarkan Juadah Global

Penyewa bangunan tambahan ini kebanyakannya outlet tempat makan, masing-masing dengan pemandangan pelabuhan yang menakjubkan dan ruang makan terbuka yang membolehkan pelanggan menikmati pemandangan Pelabuhan Victoria yang glamor sambil menikmati juadah global yang berkualiti tinggi.

5 restoran telahpun memulakan perkhidmatan, iaitu Hexa (Guangdong), Tsukada Nojo (Jepun), Xi He Ya Yuan (Beijing), Paper Moon (Itali) dan ANA Ten (Jepun) serta 2 restoran dijadualkan dibuka dalam tahun 2017 A Nu Retrouvez-vous (Perancis) dan Fu Rong (Sichuan). Baki 4 restoran akan dibuka dalam tahun 2018 bertujuan untuk menawarkan hidangan masakan antarabangsa yang lebih pelbagai demi memenuhi keperluan pelanggan.

Ruang Acara Menyediakan Orang Awam dengan Tempat untuk Acara Hebat

"Ocean Terminal Deck" bukan sahaja dek pemerhatian 270 darjah, tetapi juga tempat untuk acara-cara hebat. Ia terdiri daripada 2 ruang acara luar hampir 6,500 kaki persegi, di mana salah satu daripadanya ialah halaman semula jadi yang membolehkan orang ramai bersiar-siar di atas rumput. Terdapat Grandstand dengan kapasiti maksima sebanyak 200 orang yang menghadap tempat persembahan luar yang akan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti persembahan yang akan datang ke Harbour City.

Perkongsian Detik-detik yang Tidak Dapat Dilupakan dengan Aktiviti Bertema

Pelbagai persembahan dan aktiviti yang ditampilkan akan diadakan oleh Harbour City di bangunan baharu dan "Ocean Terminal Deck" untuk membolehkan penduduk Hong Kong dan para pelancong menikmati pengalaman yang indah dengan pemandangan Pelabuhan Victoria dan matahari terbenam. Harbour City telah bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Hong Kong untuk menambah ciri-ciri "Pesta Wain & Makan" dengan menganjurkan satu siri acara merasa wain dan kecantikan bertajuk "Sparkle & Shine" pada bulan Oktober 2017. Selain itu, Harbour City akan bekerjasama dengan Foster + Partners untuk menganjurkan pameran seni bina bangunan baharu pada November 2017 untuk memperkenalkan sejarah bangunan Ocean Terminal dan konsep seni bina dan ciri bangunan tambahan.

Membina Ikon dan Tarikan Pelancong Hong Kong Baharu

Ocean Terminal bangunan tambahan baharu Harbour City, yang merupakan tambahan kepada kemudahan terminal pelayaran yang dipertingkatkan, menyajikan pelancong dengan F & B dan pengalaman santai & hiburan baharu. Penambahan ini memastikan Harbour City, pusat membeli-belah pertama dan terbesar di Hong Kong, mengekalkan kedudukan peneraju industrinya dan mempromosikan lagi pelancongan Hong Kong dengan menjadikan Hong Kong dan Harbour City destinasi yang mesti dikunjungi.

Fakta Utama Bangunan Tambahan Baharu Ocean Terminal, Harbour City

Kawasan Membeli Belah Bangunan Tanbahan Baharu

Sekitar 100,000 kaki persegi

Jumlah Tingkat

5

Jumlah Bilangan Penyewa

14

Latar Belakang Restoran

- 11 restoran dengan pemandangan pelabuhan yang mempunyai ruang makan terbuka

-  5 sudah dibuka, iaitu Hexa, Tsukada Nojo, Xi He Ya Yuan, Paper Moon
dan ANA Ten

- A Nu Retrouvez-vous dan Fu Rong dijadualkan dibuka menjelang akhir Disember 2017

Kemudahan utama

- Dek Pemerhatian dengan panorama 270-darjah Pelabuhan Victoria, "Ocean Terminal Deck"  

- 2 ruang acara termasuk satu halaman semula jadi 6,500 kaki persegi setiap satu

-  Tempat persembahan luar (kira-kira 200 tempat duduk)

-  kawasan mengambil & menurunkan penumpang

Waktu Operasi

07:00 - 24:00 (berbeza mengikut waktu operasi setiap restoran)

Video - https://www.youtube.com/watch?v=aQ9K0xqV9YE
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171109/1988422-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171109/1988422-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171109/1988422-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171109/1988422-1-d
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

Source: Harbour City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Construction/Building Leisure/Travel/Hotels Restaurants Retail Travel New products/services