omniture

ERS Perkenal Inovasi Canggih dalam Ujian Termal Semikonduktor

ERS electronic GmbH
2017-11-14 07:00 541

MUNICH, 14 November 2017 /PRNewswire/ --

- Semicon Europa: reruai B1-1519 

ERS electronic GmbH, peneraju inovasi dalam pasaran penyelesaian ujian termal, mengumumkan satu inovasi penting dalam rangkaian produknya untuk industri semikonduktor, meningkatkan dengan ketara kefleksibelan pengguna dan juga keberkesanan kos.

Rangkaian cuk termal AirCool® PRIME baharu, dibangunkan dengan kerjasama erat bersama MPI Corporation, menawarkan kefleksibelan yang tiada tandingan dan masa peralihan paling pantas dalam industri. Menerusi pencapaian ini, system ini dapat meningkatkan daya pemprosesan ujian pelanggan dengan ketara. Begitu juga, system ini menyediakan rangkaian julat termal paling besar dalam pasaran, menawarkan kefleksibelan yang tiada tandingan menerusi rangkaian aplikasi ujian semikonduktor yang luas.

Awalnya disediakan untuk wafer 300mm, ERS AirCool® PRIME menggabungkan konsep reka bentuk plat atas yang fleksibel dan modular, membolehkan peningkatan lapangan yang mudah. Melalui penyepaduan PRIME Thermo Shield (PTS) dalam cuk, produk-produk AirCool® PRIME dapat memendekkan tempoh rendaman dengan drastik dalam kitaran ujian. Ia mewujudkan satu persekitaran mini di sekitar cuk yang menghasilkan ujian yang pantas dan tepat. Hingar isyarat ultra rendahnya dalam rangkaian Femto-Ampere (fA) digit tunggal membolehkan pengukuran yang sensitif melampau dibuat.

Bagi menyesuaikan keupayaan termal sistem dengan keperluan dan anggaran perbelanjaan pelanggan, sistem ini dapat dikonfigurasi mengikut pelbagai julat suhu antara -60°C dan +300°C.

"Usaha membangunkan teknologi AirCool® PRIME bersama ERS Electronic menggalakkan kemajuan penting dalam set ciri yang membolehkan pelanggan bersama menjadi lebih cekap dan berkesan dalam aplikasi prob wafer termal," kata Stojan Kanev, Pengurus Besar Divisyen Semikonduktor Termaju MPI Corporation.

"Kami amat berbesar hati menerusi kerjasama dengan MPI yang memberikan kami pandangan berharga dan kepakaran dalam pasaran prob wafer analitik yang mencabar," ulas Klemens Reitinger, Ketua Pegawai Eksekutif ERS electronic GmbH.

Maklumat perhubungan akhbar:
Sophia Oldeide
PR dan MarCom
oldeide@ers-gmbh.de
+47-47332776

Sumber: ERS electronic GmbH

Source: ERS electronic GmbH
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors