omniture

GENOMICA Terima Kebenaran bagi Pengkomersialan Kit dan Peralatan Diagnostik di Korea Selatan

PharmaMar
2017-11-14 08:30 455

MADRID, 14 November 2017 /PRNewswire/ --

GENOMICA, syarikat diagnostik molekul terkemuka milik PharmaMar Group (MCE: PHM), mengumumkan ia telah mendapat kebenaran di Korea Selatan untuk mengkomersialkan kit diagnostik in vitro CLART® berserta peralatan autoclart® plus daripada pihak berkuasa penjagaan kesihatan yang kompeten (KFDA, akronim dalam bahasa Inggeris).

generated by system

Kebenaran ini diterima setelah proses audit dijalankan terhadap GENOMICA dan selepas mengesahkan bahawa kemudahan-kemudahan syarikat, dokumentasi teknikal dan sistem kualiti bagi peralatan dan kit mematuhi Amalan Pengilangan Yang Baik Korea.

"Sebaik sahaja kami mendapat kenyataan rasmi yang menggalakkan daripada pihak berkuasa Korea, kami memulakan prosedur untuk mendaftar produk dan peralatan. Hari ini, kami mendapat kebenaran jualan di Korea Selatan, yang merupakan satu pencapaian penting buat kami memandangkan ia merupakan salah satu badan akreditasi yang paling mencabar di dunia dan kerana ia menyumbang terhadap usaha peluasan kami di Asia Pasifik," jelas Rosario Cospedal, Ketua Pengarah GENOMICA.

GENOMICA telah mencapai persetujuan dengan syarikat diagnostik Korea Selatan AGBIO Diagnostics bagi tujuan pengedaran kit dan peralatan di negara ini.

Latar Belakang GENOMICA 

GENOMIC ialah syarikat Sepanyol pertama dalam bidang Diagnostik Molekul dan amat berpengalaman dalam analisis pengenalpastian genetik. Ditubuhkan pada tahun 1990, dengan kemudahan-kemudahan di Madrid, GENOMICA dimiliki sepenuhnya oleh PharmaMar. Misi kami adalah untuk memperbaiki alat diagnostik molekul sedia ada dan kaedah pengenalpastian manusia melalui keandalan, pengautomatan dan piawaian berkualiti tertinggi. Objektif utama kami adalah untuk mengekalkan kepimpinan dalam aplikasi genomik dalam pasaran Sepanyol, dan memperluas aktiviti-aktiviti kami ke peringkat antarabangsa dalam bidang Diagnostik Molekul melalui reka bentuk, pembangunan, pengautomatan dan pengkomersialan aplikasi diagnostik baharu bagi platform teknologi inovatif kami, Clinical Arrays Technology, CLART®.

GENOMICA membangunkan ujian diagnostik untuk papilomavirus manusia yang dikaitkan dengan kanser serviks, diagnosis penyakit pernafasan virus, pelbagai pengesanan herpes manusia dan enterovirus, selain pengesanan lokasi gen yang berkaitan dengan penentuan faktor-faktor tindak balas terapi manusia, khususnya dalam bidang Onkologi.

GENOMICA turut menyediakan perkhidmatan analisis DNA, Perubatan Perundangan dan Forensik serta Pemindahan Teknologi.

Latar Belakang AGBIO Diagnostics 

AGBIO Diagnostics ialah syarikat yang bertanggungjawab mengedar kit dan peralatan GENOMICA di Korea Selatan. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1994, mengkhusus dalam ujian genetik bagi diagnostik penyakit berjangkit. Ia mengilangkan tatasusunan-mikro untuk mengesan Virus Enterik, Tubercular Bacillus yang rintang ubat, dan penyakit kelamin. Visi korporatnya merangkumi pergantungan terhadap potensi diagnostik molekul sebagai asas kukuh untuk menumpu usaha mereka terhadap pembangunan teknologi yang inovatif.

HUBUNGI : Perhubungan Media (+34-638-79-62-15) dan Perhubungan Pelabur (+34-914444500)

Sumber: PharmaMar

Source: PharmaMar
Keywords: Health Care/Hospital