omniture

Johnson & Johnson Innovation Lancar Cabaran QuickFire Kecantikan Digital Tangani antara Masalah Penjagaan Kulit Paling Sukar Pengguna

Johnson & Johnson Innovation
2017-11-15 01:00 263

SAN FRANCISCO, 15 November 2017 /PRNewswire/ -- Johnson & Johnson Innovation LLC, dengan kerjasama Johnson & Johnson Consumer Inc., hari ini mengumumkan pelancaran Cabaran QuickFire Kecantikan Digital. Cabaran ini akan menggalakkan syarikat-syarikat baharu untuk mencipta penyelesaian digital paling terkini dan berorientasikan masa depan dalam usaha untuk memberikan hasil penjagaan kulit yang lebih baik kepada para pengguna seluruh dunia. Pemenang cabaran akan menerima hadiah sehingga berjumlah $50,000 sebagai pembiayaan untuk membantu memajukan prototaip produk mereka ke arah pengkomersialan. Selain pembiayaan, Johnson & Johnson Innovation akan turut menyediakan pemenang dengan akses kepada jaringan pakar, residensi sehingga setahun lamanya di Johnson & Johnson Innovation yang sedia ada, JLABS (JLABS), dan kemasukan ke Pusat Pengalaman Pengguna Johnson & Johnson (CxC). Di CxC, pemenang berpeluang membuat ciptaan khusus dan melaksanakan satu inisiatif penyelidikan percuma.

"Inovasi sebenar bukan sekadar meningkatkan pengalaman dan hasil produk—ia mencabar definisi utama penjagaan kulit itu sendiri," kata Sebastien Guillon, Presiden, Kecantikan Global, Johnson & Johnson Consumer Inc. "Pengubah teknologi kecantikan seterusnya berada di luar sana, dan Cabaran ini akan membantu kami mengenal pasti bakal rakan-rakan kongsi paling berpotensi dalam penciptaan bersama penyelesaian kulit yang bermakna dan berorientasikan masa depan."

Cabaran QuickFire, satu inisiatif daripada JLABS—inkubator bebas—berusaha memperkasa dan mendayakan penyelesaian sains dan kesihatan rintis dengan menggalakkan pelajar, usahawan, penyelidik, dan syarikat baharu untuk memohon. Cabaran QuickFire Kecantikan Digital akan menumpu pada tiga segmen inovasi:

  1. Alat Penjana Maklumat yang memperkasa pengguna untuk membuat pilihan penjagaan kulit bermaklumat yang lebih baik, seperti penilaian kulit di rumah, enjin bimbingan dan alat-alat peribadi bagi memudahkan pemilihan produk dan membina regimen.
  2. Peranti Penjejakan Impak dan Penyelesaian Kepatuhan yang membantu meningkatkan pengurusan kesihatan kulit pengguna dengan memantau faktor-faktor yang memberi kesan kepada kulit seperti pencemaran, UV dan penanda bio kulit.
  3. Teknologi Digital atau Peranti yang meningkatkan kecekapan melangkaui aplikasi topikal biasa untuk meningkatkan tahap kesihatan kulit buat pengguna yang mengalami masalah yang sukar dirawat seperti jerawat, penuaan kulit akibat cahaya matahari (photoaging) dan ekzema.   

"Bagi mencapai matlamat ini, kami tercari-cari peralatan inovatif dan penyelesaian teknologi digital untuk menjadikan yang tidak terlihat dapat dilihat dan menangani cabaran penjagaan kulit yang paling sukar," kata Naomi Furgiuele, Naib Presiden, R&D Wajah dan Cahaya Matahari Global, Johnson & Johnson Consumer Inc. "Dengan mewujudkan pengalaman terhubung yang hebat bersama mereka yang berada di luar syarikat kami, kami berupaya mewujudkan keutamaan pengguna, kesetiaan dan pemperibadian yang unik."

Maklumat tentang penyertaan cabaran dan juga panduan kemasukan boleh dilihat secara dalam talian di https://jlabs.tv/DigitalBeauty. Tarikh akhir untuk menghantar permohonan ialah 19 Januari 2018. Penyertaan yang layak akan dinilai dan pemenang akan dipilih serta diumumkan pada Musim Bunga 2018.

Latar Belakang Johnson & Johnson Innovation   
Johnson & Johnson Innovation LLC menumpu pada usaha mempercepatkan semua tahap inovasi seluruh dunia dan membentuk kerjasama antara para usahawan dan perniagaan penjagan kesihatan global Johnson & Johnson. Johnson & Johnson Innovation menyediakan para saintis, usahawan dan syarikat baharu dengan akses sehenti kepada pakar-pakar sains dan teknologi yang dapat memudahkan kolaborasi merentasi bidang farmaseutikal, peralatan perubatan dan syarikat pengguna Johnson & Johnson. Di bawah naungan perniagaan Johnson & Johnson Innovation, kami berhubung dengan para penginovasi melalui Pusat Inovasi serantau kami, JLABS, Johnson & Johnson Innovation - JJDC, Inc. dan pasukan Pembangunan Perniagaan kami untuk memberikan tawaran tersuai dan kolaborasi baharu yang dapat mempercepatkan pembangunan inovasi bagi menangani keperluan pesakit yang belum dipenuhi. Untuk maklumat lanjut sila layari www.jnjinnovation.com.

Latar Belakang Johnson & Johnson Innovation, JLABS   
Johnson & Johnson Innovation, JLABS (JLABS) ialah jaringan global bagi ekosistem inovasi terbuka, yang mendayakan dan memperkasa penginovasi untuk mencipta dan mempercepatkan penyediaan penyelesaian yang menyelamatkan nyawa, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan untuk pesakit seluruh dunia. JLABS mencapai semua ini dengan menyediakan persekitaran optimum untuk syarikat-syarikat baru muncul bagi memangkin pertumbuhan dan mengoptimumkan penyelidikan dan pembangunan mereka dengan membuka peluang terhadap hubungan industri yang penting, menyediakan program keusahawanan dan memberikan platform yang cekap modal dan fleksibel yang membolehkan mereka mengubah penemuan saintifik masa kini mejadi penyelesaian penjagaan kesihatan rintis untuk masa depan. Di JLABS, kami menghargai idea-idea bernas dan amat bersemangat untuk menyingkirkan halangan bagi mencapai kejayaan demi membantu penginovasi menunjukkan potensi penemuan saintifik awal mereka. JLABS ialah satu model bebas, yang bermakna para usahawan bebas membangunkan sains mereka sambil berpegang pada harta intelek mereka. JLABS terbuka untuk para usahawan mencakupi spektrum penjagaan kesihatan yang luas termasuk sektor farmaseutikal, peralatan perubatan, kesihatan pengguna dan digital. Untuk maklumat lanjut tentang JLABS, sila layari www.jlabs.jnjinnovation.com.

Latar Belakang Johnson & Johnson Consumer Inc.   
Johnson & Johnson Consumer Inc. ialah salah sebuah syarikat kesihatan pengguna dan produk penjagaan peribadi yang paling besar di dunia. Dengan ibu pejabat globalnya terletak di New Brunswick, New Jersey, Johnson & Johnson Consumer Inc. mengeluarkan banyak jenama yang paling dipercayai di dunia: JOHNSON'S®, BAND-AID® Brand Adhesive Bandages, NEUTROGENA®, TYLENOL®, MOTRIN®, dan LISTERINE®. Johnson & Johnson Consumer Inc. memanfaatkan sains yang inovatif bagi menghasilkan produk yang dapat meramal keperluan pengguna, di samping turut mencipta pengalaman yang dapat membantu pengguna untuk menjalani kehidupan yang sihat dan bertenaga. Untuk maklumat lanjut mengenai Johnson & Johnson Consumer Inc., sila layari https://www.jnj.com/healthcare-products/consumer.

Source: Johnson & Johnson Innovation
Related Stocks:
NYSE:JNJ
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals