REDONDO BEACH, California, 15 November 2017 /PRNewswire/ -- Dr. Sanusi Umar, pemilik Dr. U Devices Inc., yang merupakan pencipta Peralatan Transplan Rambut Dr. UGraft dan Dr. UPunch dengan beberapa paten bagi alatan yang digunakan dalam pemulihan rambut pengekstrakan unit folikel (FUE), hari ini mengumumkan bahawa beliau telah memfailkan aduan terhadap Dr. Jean Devroye dan Devroye Instruments, Inc. dalam Mahkamah Daerah Persekutuan di Jerman.
Aduan ini menyatakan bahawa Dr. Devroge dan Devroye Instruments menjual sebuah peranti, yang biasanya dijual di bawah tanda dagangan WAW Punch dan Trumpet Punch, yang melanggar hak cipta paten yang dimiliki oleh Dr. Umar. Paten ini secara umumnya berkaitan dengan penebuk rambut yang boleh mengambil folikel rambut daripada kulit kepala pesakit dengan berkesan dan menyebabkan kerosakan minima pada graf rambut.
"Dr. U Devices Inc. berbangga dengan pemikiran di luar kebiasaan yang menghasilkan beberapa teknologi yang telah dipatenkan dalam industri transplan rambut," jelas Dr. Umar "Pakar bedah lain telah menghubungi saya untuk membeli beberapa peralatan yang telah saya patenkan. Mereka tidak mahu berdepan dengan liabiliti pelanggaran hak cipta paten dengan membeli penebuk yang melanggar paten."
Dr. Umar menegaskan, "Teknologi penebuk dan transplan rambut FUE kami memerlukan 10 tahun tempoh penyelidikan dan pembangunan yang memuncak dalam beberapa penerbitan dalam jurnal semakan setara utama dan banyak paten yang dikeluarkan di seluruh dunia. Hasilnya ialah teknologi terulung FUE yang mampu milik, mudah alih dan dalam banyak situasi telah mengurangkan keluk pembelajaran yang diperlukan untuk melaksanakan FUE asas dan lanjutan termasuk pengekstrakan FUE daripada kepala, tengkuk, badan, janggut dan rambut degil bertekstur Afro. Pelaburan seperti ini yang dicipta oleh pencipta untuk membawakan perubahan dalam industri dan status quo. Inilah sebab mengapa paten mesti dihormati." Pengedar tunggal berlesen bagi Peralatan Transplan Rambut FUE Terkini Dr. UGraft dan Dr. UPunch ialah Ellis Instruments, Inc. dari Madison, New Jersey. Selain itu, tempahan boleh dibuat terus di internet melalui https://ugraft.com/ di mana maklumat terkini bagi teknologi-teknologi Dr. UGraft dan Dr. UPunch boleh didapati. Dr. Umar mengingatkan, "Para pembeli mesti berhati-hati dengan peranti-peranti tiruan UGraft dan UPunch di pasaran. Alatan yang tulen mempunyai logo tersendiri pada mereka dan mana-mana alatan yang tidak dibeli daripada salah sebuah cawangan yang dibenarkan berkemungkinan merupakan tiruan dan palsu."
Dr. Umar meneruskan, "Untuk menggalakkan inovasi, banyak negara telah mewujudkan sistem paten untuk memberi insentif kepada kreativiti dan melindungi hak-hak pencipta yang sering melalui kesusahan luar biasa untuk merealisasikan impian mereka. Saya memfailkan tuntutan mahkamah ini hanya setelah ia jelas bahawa Dr. Devroye telah menggunakan aspek teknologi saya untuk menjual penebuk rambut di seluruh dunia."
Dr. Umar meminta ganti rugi kewangan, pelepasan injuksi dan yuran dan kos berkanun dalam tuntutan undang-undang di Jerman ini. Dr. Umar melaporkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap peranti lain yang berpotensi untuk melanggar hak cipta di seluruh dunia dan beliau akan memfailkan tuntutan pelanggaran tambahan sekiranya sebarang pelanggaran lain ditemui.
Video - https://www.youtube.com/watch?v=t4hsOGbAgoM&t=64s
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/603527/Dr_U_Devices_Inc___UPunch_Rotor_IV.jpg