omniture

HAIG CLUB Lancar Semalam Bersama David Beckham… Secara Terbalik

Diageo
2017-11-15 11:58 441

LONDON, 15 November 2017 /PRNewswire/ --

Filem baharu lancar kempen #LeaveAsYouArrived Wiski Scotch HAIG CLUB  

Hari ini Diageo melancarkan Leave as You Arrived, filem baharu daripada HAIG CLUB sebagai sebahagian daripada komitmen jenama terhadap tabiat minum yang berhemah. Filem berkenaan, menampilkan ikon dunia dan rakan niaga HAIG CLUB, David Beckham, memperlihatkan langkah progresif seterusnya bagi keazaman Diageo untuk membawakan tabiat minum secara berhemah sebagai elemen penting dalam pemikiran pengguna dengan cara yang inovatif dan asli.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8221051-haig-club-night-out-david-beckham/

Sama seperti HAIG CLUB, filem berdurasi 60 saat itu dicipta agar menjadi berbeza: diarahkan oleh pengarah Sweden yang memenangi Anugerah Grammy, Jonas Akerlund, filem ini dimainkan secara terbalik - bahagian akhir filem hakikatnya adalah bahagian permulaan dan menunjukkan David Beckham serta rakan-rakan beliau berkumpul bersama-sama dengan kemas dan rapi meninggalkan bar sama seperti ketika mereka tiba.

Ronan Beirne, Pengarah Jenama Global berkata: "Tabiat minum secara bertanggungjawab ialah bahagian penting dalam falsafah HAIG CLUB dan kami mempunyai kepercayaan yang sama dengan rakan niaga kami, David Beckham, tentang kualiti berbanding kuantiti serta kepentingan tabiat minum yang sederhana. #LeaveAsYouArrived diwujudkan untuk menonjolkan kelebihan tabiat minum yang sederhana apabila keluar waktu malam. HAIG CLUB percaya bahawa segak ketika meninggalkan bar sama seperti ketika anda tiba, merupakan lambang gaya."

David Beckham berkata: "Terdapat begitu banyak faktor yang membuatkan saya ingin bekerjasama dengan Diageo melalui HAIG CLUB, dan salah satu daripadanya ialah komitmen mereka terhadap tabiat minum secara berhemah. Jonas melakukan tugas yang amat bagus untuk menghidupkan idea kami menerusi filem baharu ini."

Carolyn Panzer, Pengarah Alkohol dalam Masyarakat Global, Diageo berkata: "Bergaya dan berkuasa berlaku seiring. Kempen ini menunjukkan sejauh mana aspirasi tabiat minum secara sederhana telah berfokus menjadi galakan kepada golongan dewasa yang memilih untuk minum, agar melakukannya dengan penuh bertanggungjawab. Galakan terhadap kesederhanaan tidak bercanggah dengan matlamat kami sebagai pengeluar alkohol: bahkan, ia selari dengan begitu jelas terhadap nilai dan sasaran kami sebagai sebuah perniagaan. Kami ingin memimpin orang ramai ke arah tabiat minum yang lebih baik, dan bukannya lebih banyak, dan kempen ini merupakan contoh penting bagi sejauh mana jenama-jenama kami membantu kami melaksanakannya."

#LeaveAsYouArrived ialah sebahagian daripada komitmen berterusan HAIG CLUB terhadap tabiat minum secara berhemah dan akan terus diperkenalkan di seluruh dunia melalui media sosial dengan kandungan eksklusif tambahan direka untuk meraikan tabiat minum secara sederhana. Ia termasuk kandungan dari bandar-bandar seluruh dunia yang memaparkan individu sebenar dalam detik-detik #LeaveAsYouArrived.

LATAR BELAKANG HAIG CLUB:  

HAIG CLUB ialah Wiski Scotch Bijian Tunggal daripada Diageo yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan ikon dunia David Beckham serta usahawan Simon Fuller. Dibangunkan menerusi warisan penyulingan yang berusia hampir 400 tahun lamanya, ini merupakan Wiski Scotch Bijian Tunggal yang terhasil dengan cara baharu yang radikal. Sebagai sebahagian daripada perkongsian beliau dengan HAIG CLUB, David Beckham menyokong falsafah HAIG CLUB terhadap tabiat minum dengan gaya dan kepercayaan bersama terhadap kualiti berbanding kuantiti. Maklumat lanjut tentang HAIG CLUB boleh didapati di http://www.HaigClub.com atau facebook.com/HaigClub.

Latar Belakang Diageo: 

Diageo ialah sebuah perniagaan minuman premium yang terkemuka di dunia yang mempunyai koleksi jenama minuman beralkohol hebat termasuk minuman keras, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, JεB, Windsor, Buchanan's dan Bushmills, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Baileys, Captain Morgan, Jose Cuervo, Tanqueray serta Guinness.

Diageo ialah sebuah syarikat bertaraf global dan produk-produknya dijual di lebih 180 negara seluruh dunia. Syarikat tersenarai dalam Bursa Saham New York (DEO) dan Bursa Saham London (DGE). Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di Diageo.com. Untuk mendapatkan sumber global yang menggalakkan tabiat minum secara berhemah melalui perkongsian peralatan, maklumat dan inisiatif amalan terbaik, layari DRINKiQ.co.uk.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Nota untuk Editor: 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

FREUDS: 
Haig@freuds.com

DIAGEO: 
HAIG CLUB: Gillian Cook, Gillian.cook@diageo.com
Diageo: Michelle Lavipour, Michelle.Lavipour@diageo.com

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/603378/HAIG_CLUB.jpg )

 

Source: Diageo
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Film & Motion Picture Food/Beverages